Muhyiddin Kenapa Cepat Lupa Sejarah



Via WhatsApp
Kehadapan Tan Sri Muhyiddin tersayang,
Tan Sri,
Tan Sri pernah dibuang, dipijak dan dihina semasa di dalam UMNO. Kami semua sangat kagum kerana dengan begitu lantang sekali Tan Sri mengkritik salah laku DS Najib Razak waktu itu.
DS Najib Razak segera mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan MT memutuskan Tan Sri dipecat dari UMNO.
Ya, DS Najib Razak, rakan sekutu Tan Sri sekarang juga bertindak bijak iaitu memecat Tan Sri melalui MT, mengikut peraturan parti, bukan sesuka hati memecat atau menggugurkan keahlian mana-mana ahli.
Tan Sri,
Sebab itu pemecatan Tan Sri dari UMNO tak ada pertikaian dan rakyat waktu itu tabik hormat kepada Tan Sri.
Kemudian Tan Sri muncul sepentas dengan Tun M. Akhirnya secara rasminya Tan Sri umum akan berganding bahu dengan Tun di dalam Bersatu.
Ya, Tan Sri, orang tua yang Tan Sri sedang musuhi sekaranglah yang membuka pintu Bersatu untuk Tan Sri. Tanpa Bersatu, karier politik Tan Sri akan tenggelam begitu sahaja.
Tan Sri,
Tan Sri dilantik sebagai Presiden. Satu jawatan yang terhormat di dalam Bersatu. Tetapi Tan Sri menggunakan jawatan itu untuk membuat keputusan yang sangat pentingkan diri tanpa merujuk kepada Pengerusi parti dan MPT, iaitu keluar daripada PH.
Sampai hari ini sebagai Presiden, Tan Sri sendiri gagal mengesahkan keputusan itu ialah keputusan MPT. Jika benar itu keputusan MPT, kenapa Tan Sri tidak menafikan audio suara yang Tan Sri sebut keputusan akhir serah kepada Tun? Kenapa setelah didesak agar mendedahkan audio penuh mesyuarat tersebut, Tan Sri tidak berani melakukannya?
Tan Sri,
Ramai orang tahu dan kasihan kerana Tan Sri menghidap penyakit kanser pankreas. Ingat lagikah Tan Sri bahawa Tun selalu menjadi menteri memangku Tan Sri semasa mesyuarat kabinet ketika Tan Sri berubat.
Semasa Tan Sri sakit teruk, rakan-rakan sekutu Tan Sri sekarang ke yang melawat Tan Sri? Atau Tun, rakan-rakan dari DAP, Amanah dan PKR? Tan Sri lupa siapa yang datang menziarahi Tan Sri dan mendoakan Tan Sri?
Baiklah. Tan Sri memang seronok kerana cita-cita Tan Sri untuk menjadi Perdana Menteri akhirnya tercapai. Tetapi Tan Sri, cuba fikir sejenak, sejarah PM8 ialah sejarah yang baik atau bagaimana?
Tan Sri,
Fikirkan semula kenapa Tan Sri menyertai Bersatu dahulu. Kenapa ramai orang berbondong-bondong keluar untuk mengundi PH. Bukan sahaja keluar mengundi, tetapi rata-rata pengundi pulang dari jauh untuk pulang mengundi. Kenapa akhirnya UMNO rebah dan tidak sampai sepenggal, Tan Sri membiarkan UMNO bangkit dari abu.
Tan Sri,
Musuh yang rakyat jatuhkan akhirnya diberi suntikan semula dengan harta dan dana yang sangat kukuh. Bersatu sendiri merangkak-rangkak untuk bangun, tak cukup dana dan sebagainya. Nasib Bersatu akhirnya macam kata pepatah, “Anak di rumah kelaparan, kera di hutan pula yang disusukan”.
Tidak lama lagi, PN akan jatuh dengan sendirinya. Jika Tan Sri telah mengheret Bersatu menjadi parti yang menjatuhkan PH, apa yang sedang dilakukan oleh Tun sekarang ialah membawa Bersatu menjadi parti yang menaikkan semula PH, meletakkan semula mandat rakyat ke tempat asalnya.
Tan Sri,
Semoga Tan Sri dan rakan-rakan yang selesa meneguk kemewahan sekarang, terus sihat dan sejahtera. Saya percaya, adalah amat sukar untuk Tun kembali percaya kepada Tan Sri di atas pengkhianatan berlaku walaupun sudah beberapa kali ada pihak yang cuba menyatukan Tan Sri dan Tun. Adalah lebih baik jika Tan Sri menyertai semula UMNO, duduk bersama DS Najib dan Zahid Hamidi, dan fikirkan cara untuk selamatkan mereka berdua.
Abdul Hannaan Khairy
Ahli Bersatu 00000464


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28052

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak Report Dapat Kontrak Ph Untuk Burukkan Muhyiddin Dan Kerajaan Pn

Sarawak Report Dapat Kontrak Ph Untuk Burukkan Muhyiddin Dan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 428 hits
Mengiku maklumat terkini Sarawak Report telah menerima kontrak untuk memulakan serangan keatas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional tidak lama lagi Ini sebahagian dari rancangan usul undi tidak percaya yang akan ...
Burukkan Muhyiddin Pn Usul Undi X Percaya Ph

Burukkan Muhyiddin Pn Usul Undi X Percaya Ph

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 373 hits
Sarawak Report Dapat Kontrak PH untuk burukkan Muhyiddin dan Kerajaan PN Mengikut maklumat terkini Sarawak Report telah menerima kontrak untuk memulakan serangan keatas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional tidak ...
The Coordinated Attacks Against Muhyiddin Have Started More Attacks To Come

The Coordinated Attacks Against Muhyiddin Have Started More Attacks To Come

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 331 hits
A series of coordinated attacks against Prime Minister Muhyiddin Yassin and the Perikatan Nasional government have been planned from now until July and today the first of these attacks have been launched How long will Parliament be hijacked...
Well Muhyiddin Is It All Worth It Now

Well Muhyiddin Is It All Worth It Now

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 252 hits
There is always a time for some serious reflection or some prefer to call it recollection Each one of us must have gone through that process of reviewing our achievements and failures in life at one time or another It has been said that tim...
Serangan Keatas Muhyiddin Dan Kerajaan Perikatan Akan Bermula Tidak Lama Lagi

Serangan Keatas Muhyiddin Dan Kerajaan Perikatan Akan Bermula Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 294 hits
Sarawak Report telah diupah untuk memulakan serangan keatas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional tidak lama lagi Ini sebahagian dari rancangan usul undi tidak percaya yang akan dibentang di parlimen pada bulan Ju...
Apakah Muhyiddin Akan Berlembut Dengan Kes Rasuah Sekarang Dan Sebelumnya

Apakah Muhyiddin Akan Berlembut Dengan Kes Rasuah Sekarang Dan Sebelumnya

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 407 hits
Apakah era PH ada yang dilepaskan akan turut berlaku di era Muhyiddin Whats so special ia tidak akan berlaku Atau kembali ke era Cash Is King dan derma tok arab
Muhyiddin Menutup Pengkhiantan Dengan Pengkhianatan

Muhyiddin Menutup Pengkhiantan Dengan Pengkhianatan

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 279 hits
Ketika ini jika kita berbual bual dengan penyokong dan pengampu Muhyiddin Yassin dalam Bersatu sama ada mereka Ahli MPT pimpinan negeri atau bahagian rata rata bernada suara yang sama iaitu perlunya Tun Mahathir Mohamad dipecat segera darip...
Tun M Dan Anwar Sudah Ada Cukup Nombor Untuk Jatuhkan Muhyiddin

Tun M Dan Anwar Sudah Ada Cukup Nombor Untuk Jatuhkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 291 hits
Sebagaimana yang sedia dimaklumi Muhyiddin Yassin hanya mempunyai sokongan sebanyak 113 daripada 222 Ahli Parlimen pada pembukaan Sidang Parlimen 18 Mei lalu Bermakna kelebihan yang ada pada Muhyiddin hanya dua undi saja Ini adalah keduduka...
Muhyiddin Ada Sokongan Tersembunyi Kata Pas

Muhyiddin Ada Sokongan Tersembunyi Kata Pas

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 282 hits
Pas yakin sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih besar walaupun hanya 113 kerusi Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Ahli Parlimen Pagoh itu mempunyai sokong...
Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Donating Your Car To Charity In California Making A Difference Through Vehicle Donation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Miniatur Bus Satria Muda Evolander Cbm

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Tutup 3 Hutang Jahat Sekaligus Hasil Tabungan Emas Kisah Benar Tuan Albert

Masak Kicap Ikan Mackerel

Aktiviti Penyerahan Memorandum Rasmi Kepada Bar Council Ppim 13 05 2025