Muhyiddin Menutup Pengkhiantan Dengan Pengkhianatan
Ketika ini jika kita berbual-bual dengan penyokong dan pengampu Muhyiddin Yassin dalam Bersatu, sama ada mereka Ahli MPT, pimpinan negeri atau bahagian, rata-rata bernada suara yang sama iaitu perlunya Tun Mahathir Mohamad dipecat segera daripada parti itu.Dengan sentimen yang sedemikian rupa, tidak mustahil dalam pemikiran Muhyiddin juga terpahat kecenderungan yang sama.Tun Mahathir, setelah kini bukan lagi Perdana Menteri dan berbeza pendapat dengan Muhyiddin yang sekarang ini merupakan Perdana Menteri, seolah-olah dianggap tidak berguna lagi kepada Bersatu.Anehnya, sebelum ini mereka yang sama inilah yang rata-rata mengatakan Tun Mahathir adalah merupakan nyawa sebenar kepada Bersatu.Sejak awal Bersatu ditubuhkan sehingga berlakunya krisis dengan Muhyiddin, pandangan yang hampir mutlak ialah Tun Mahathir itu Bersatu dan Bersatu itu Tun Mahathir.Pendeknya, jika tanpa Tun Mahathir dan hanya Muhyiddin yang menubuhkan Bersatu selepas beliau dipecat daripada UMNO dahulu, barangkali keahlian parti itu tidak sampai pun 100 orang jumlahnya.Ternampak di sini bahawa yang sebenarnya nyawa untuk hidup mereka yang sekarang gila-gila menyokong dan mengampu Muhyiddin hanyalah semata-mata bergantung kepada siapa yang ada kuasa dan menjadi Perdana Menteri saja.Siapa saja yang jadi Perdana Menteri dan ada kuasa, itulah ikutan mereka.Siapa yang tiada lagi kuasa, bermusuh pula dengan Perdana Menteri, itulah juga musuh mereka.Sebagaimana sudah banyak diulas dan ditulis oleh pelbagai pihak sebelum ini, Muhyiddin berjaya menjadi Perdana Menteri adalah semata-mata atas pengkhinatan yang sedia dilakukannya bersama kelompok-kelompok yang rakus dan telah ditolak pengundi pada PRU14 lalu.Atas keghairahan dan ternampak peluang terbuka untuk mengambil kesempatan, Muhyiddin bukan saja mengkhianati mandat rakyat yang telah memberi kemenangan kepada PH untuk mentadbir negara sehingga tibanya tarikh PRU15, malah beliau mengkhianati PH dengan membawa keluar Bersatu daripada gabungan itu secara tidak sah.Berdasarkan rakaman audio mesyuarat MPT Bersatu yang dibocorkan, adalah jelas tidak ada sebarang keputusan pernah dibuat untuk membawa keluar Bersatu daripada PH.Apa yang diputuskan ialah setakat ada perbincangan mengenainya dengan kata akhirnya menyerahkan kepada Tun Mahathir selaku Pengerusi Bersatu untuk membuat keputusan muktamad mengenainya.Tetapi, sementara Tun Mahathir tidak pernah memberi apa-apa kata putus mengenai hasrat Bersatu keluar PH itu, Muhyiddin sudah pun mengumumkan perkara tersebut lebih awal lagi.Dengan itu, adalah jelas dan tanpa keraguan bahawa Muhyiddin telah melakukan pengkhianatan.Sekarang ini dengan hasrat agar Muhyiddin dapat menguasai Bersatu serta dalam masa yang sama untuk mengenepikan Tun Mahathir yang dianggap suatu gangguan kepada Perdana Menteri, cubaan memecat beliau daripada Bersatu adalah satu lagi bentuk pengkhianatan yang seterusnya.Beberapa tindakan Muhyiddin seperti melantik Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung Bersatu yang baru, cubaan mengadakan mesyuarat MPT tanpa memanggil Tun Mahathir serta anaknya, Mukhriz dan menggunakan RoS untuk mengesahkan kedudukannya sebagai Pemangku Pengerusi Bersatu bagi menggantikan Tun Mahathir, semuanya adalah agenda yang boleh mengesahkan lagi tentang hasrat untuk menyisihkan bekas Perdana Menteri itu daripada Bersatu.Dalam hal ini, Muhyiddin tidak dinafikan mempunyai kecenderungan ingin melakukan satu lagi pengkhianatan melalui usaha menyingkirkan Tun Mahathir daripada Bersatu dengan digalakkan lagi oleh penyokong dan pengampunya dalam parti itu.Seolah-olah setelah beroleh kuasa dan ghairah untuk menutup pengkhianatan dengan terus melakukan pengkhianatan, Muhyiddin sendiri terlupa tentang peranan dan sumbangan besar Tun Mahathir dalam menghidupkan Bersatu selama ini.Pelbagai alasan dan tohmahan dicipta bahawa Tun Mahathir telah melanggar disiplin parti yang kononnya telah pun bersetuju untuk membentuk kerajaan baru bersama Perikatan Nasional atau PN.Namun, penyokong dan pengampu Muhyiddin terlupa agaknya bahawa sejak krisis kepimpinan parti itu bermula sejak 23 Februari lalu, Bersatu tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat MPT dan dengan itu sudah tentu tiada apa-apa ketetapan mesyuarat pernah diputuskan untuk Bersatu membentuk kerajaan baru bersama PN.Jadi, siapa yang melanggar disiplin parti sebenarnya?Setelah melakukan beberapa pengkhianatan sebelum ini, sampai bila Muhyiddin mahu terus melakukan pengkhianatan demi pengkhianatan demi mempertahankan survival kuasanya yang rapuh ini? (Shahbudindotcom 25/05/2020)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/05/muhyiddin-menutup-pengkhiantan-dengan.html