Muhyiddin Jadi Hilang Punca Bila Pulang Kosong Selepas Mengadap Agong


 
Sesuatu yang Muhyiddin Yassin langsung tidak jangka ialah beliau dan rombongannya terpaksa “pulang kosong” selepas mengadap Agong semalam.
Diberitakan, jangkaan beliau ialah cadangannya berkenaan perisytiharan darurat itu akan dipersetujui Agong tanpa banyak soal kerana ia telah diperakui oleh kabinet.
Lebih daripada itu, dalam majlis mengadap semalam juga, Muhyiddin turut membawa sama beberapa menteri dan pegawai tinggi kerajaan bersamanya.
Dengan itu, beliau mempunyai keyakinan yang tinggi cadangan itu akan diterima Agong, seterusnya dapat memberi nafas kepada hayat politiknya untuk bertahan lebih lama.
Tetapi, apabila Agong meminta masa untuk memperhalusi cadangan tersebut, malah akan memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja terlebih dahulu bagi membincangkannya, ia menyebabkan Muhyiddin jadi hilang punca.
Sebab itu, difahamkan sebaik pulang ke Kuala Lumpur selepas mengadap Agong, sementara suara bantahan terhadap cadangan darurat itu makin meluas, Muhyiddin tidak mampu berbuat apa-apa lagi.
Beliau tidak menjangka sama sekali keadaan itu akan berlaku kerana apa ada dalam fikirannya ialah selepas mendapat persetujuan Agong itu, bellau akan terus membuat pengumuman rasmi berkaitan darurat dengan asas paling kukuh dalam penampilan dan hujahnya ialah persetujuan Istana Negara telah diperolehi.
Disebabkan tidak bersedia dengan keadaan tak dijangka itu, Muhyiddin dan lain-lain menteri, kecuali Annuar Musa, semua yang lain dilihat tidak mampu lagi menampilkan hujah melawan mereka yang memprotes darurat yang dicadangkannya itu.
Tidak kurang mereka yang berada di kem Muhyiddin melihat kebijaksanaan Agong menangguhkan persetujuan baginda berkaitan cadangan darurat itu sebagai suatu petanda yang tidak baik.
Ada yang berkata, jika Agong setuju, baginda pasti memberi persetujuan segera pada petang semalam juga.
Tetapi, dengan menangguhkan keputusan dan mahu berbincang dengan Majlis Raja-Raja terlebih dulu, harapan untuk darurat dipersetujui terlihat mula kabur.
Yang paling pasti, kiranya persetujuan daripada Agong diperolehi petang semalam, tentulah Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin yang paling awal tampil bersuara mempertahankan kewajaran darurat dikuatkuasakan.
Meskipun akal yang waras tidak dapat menemui jawapan yang logik di mana kaitannya antara melawan Covid19 dengan penggantungan Parlimen, tetapi jika persetujuan Agong telah diperolehi, Muhyiddin dan semua menteri kabinet yang menjadi pengampu kuatnya pasti akan melakukan apa saja untuk mempertahankannya.
Begitu juga dengan pimpinan Bersatu, mereka turut tidak mampu tampil melawan hujah-hujah yang menolak darurat lantaran langsung tidak bersedia ke arah itu.
Yang mereka tahu, cadangan itu akan dipersetujui Agong dan mereka akan beramai-ramai menyokongnya setelah Muhyiddin membuat pengumuman.
Beberapa pemimpin Bersatu dilaporkan bertanya sesama sendiri apa yang perlu dilakukan dalam situasi sekarang ini.
Meskipun dikatakan ada yang mahu tampil dan mengeluarkan kenyataan melalui media sosial, tetapi melihat protes yang begitu ketara, ada yang jadi kecut dibuatnya.
Terdapat juga pemimpin Bersatu yang menasihatkan rakan-rakan mereka, jika tidak tahu apa yang sepatutnya mahu dipertahankan, maka lebih baik berdiam diri saja.
Esok Majlis Raja-Raja dilaporkan akan bermesyuarat membincangkan cadangan darurat tersebut dan sementara itu, protes serta suara di kalangan rakyat Malaysia yang menolak cadangan darurat boleh dikata menjangkau lebih 90 peratus jumlahnya.
Rakyat yang tidak bersetuju dengan darurat, rata-ratanya bukan saja tidak menemui jawapan tentang kaitan antara Covid19 dengan penggantungan Parlimen, malah juga hairan mengapa Sabah yang tinggi kes setiap hari tidak diisytiharkan darurat lebih dulu?
Harapan rakyat cuma satu iaitu agar mesyuarat Majlis Raja-Raja esok ada jawapan yang mampu meredakan kekalutan ini, sambil menunjukkan jalan yang sebaiknya kepada pemimpin yang enggan menerima hakikat bahawa mereka sudah hilang sokongan majoriti.
 (Shahbudindotcom 24/10/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/muhyiddin-jadi-hilang-punca-bila-pulang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Beredar Selepas 2 Jam Menghadap Agong

Muhyiddin Beredar Selepas 2 Jam Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 314 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Abdulaziz selepas lebih 2 jam menghadap Yang di Pertuan Agong dipercayai berhubung kemungkinan perintah darurat separa untuk menangani Covid 19 FMT difahamkan tiada pengumuman secara lang...
Selepas Agong Tak Perkenan Darurat Rumah Muhyiddin Jadi Tumpuan

Selepas Agong Tak Perkenan Darurat Rumah Muhyiddin Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 317 hits
Rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara menjadi tumpuan beberapa pengunjung malam ini Perkembangan ini hadir beberapa jam setelah Muhyiddin gagal mendapatkan perkenan Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah...
Menteri Himpun Di Rumah Muhyiddin Selepas Agong Tolak Cadangan Darurat

Menteri Himpun Di Rumah Muhyiddin Selepas Agong Tolak Cadangan Darurat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Anggota Kabinet berhimpun di kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Ahad malam selepas Yang di Pertuan Agong menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat Lebih 10 kenderaan dilihat memasuki kediaman peribadi ...
Muhyiddin Leaves After Two Hour Meeting With Agong At Istana Abdulaziz

Muhyiddin Leaves After Two Hour Meeting With Agong At Istana Abdulaziz

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 328 hits
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is seen chairing a meeting in Putrajaya October 3 2020 Bernama picKUANTAN Oct 23 The vehicle carrying Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin was seen leaving Istana Abdulaziz here at 7 10pm today two...
Muhyiddin Menghadap Agong Di Kuantan

Muhyiddin Menghadap Agong Di Kuantan

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 285 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin Yassin tiba di Istana Abdulaziz bagi menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet pagi tadi Foto oleh Shafwan Zaidon...
Agong Berkenan Adakan Rundingan Dengan Raja Raja Melayu Untuk Bincang Cadangan Muhyiddin

Agong Berkenan Adakan Rundingan Dengan Raja Raja Melayu Untuk Bincang Cadangan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 383 hits
1 024 total views 1 024 views today Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan rundingan dengan Raja Raja Melayu dalam masa terdekat bagi membincang dan memperhalusi cadangan dikemukakan...
Agong Akan Runding Cadangan Muhyiddin Dengan Raja Raja Melayu

Agong Akan Runding Cadangan Muhyiddin Dengan Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 643 hits
October 24 2020 12 11 PMYang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati rakyat supaya bertenang tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini PETALING JAYA Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Sh...
Muhyiddin Jumpa Agong Di Pekan Kata Sumber

Muhyiddin Jumpa Agong Di Pekan Kata Sumber

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 292 hits
Muhyiddin jumpa Agong di Pekan kata sumber Dikemas kini 8 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Oct 2020 4 58PM
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal