Muhyiddin Dimalukan Di Sembilan Negeri Azmin Patut Dilucut Sebagai Menteri Kanan





Keengganan sembilan negeri mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang diumumkan Muhyiddin Yassin benar-benar suatu keadaan yang memalukan kerajaan pusat.Ia memberi gambaran kedudukan Muhyiddin langsung tidak dihormati oleh kerajaan negeri-negeri terbabit iaitu .Yang peliknya, bukan saja kerajaan negeri PH yang menolak PKPB itu, malah juga termasuk kerajaan negeri PN sendiri.Di mana salahnya semua ini?Sebagaimana yang telah disebut oleh beberapa pemimpin UMNO, pihak yang salah sehingga Muhyiddin dimalukan ini adalah kerana gagalnya Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali dalam menyelaras hubungan antara negeri dan pusat sebelum atau sebaik PKPB itu dilaksanakan.Jika semua ketua kerajaan negeri diajak berbincang dan dipanggil bermesyuarat untuk diminta pandangan mereka berkaitan PKPB, soal ketidakpatuhan ini pasti tidak berlaku.Sebenarnya tindakan tidak mengajak kerajaan negeri berbincang ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh PN.Ketika awal PKP dikuatkuasakan dahulu, semua negeri-negeri pembangkang tidak dijemput bermesyuarat, sebaliknya hanya kerajaan negeri PN saja yang dijemput.Berikutan kecaman pelbagai pihak ketika itu, KSN kemudian telah merelakan dirinya sebagai “kambing hitam” dengan mengakui ia sebagai kecuaiannya serta turut memohon maaf.Tetapi, dalam kes sembilan kerajaan negeri tidak mahu akur dengan keputusan pusat melaksanakan PKPB ini, bukan saja tiada kambing hitam dan tiada kata maaf, malah Azmin nampaknya tidak belajar daripada kesilapan lalu.Lebih buruk, beliau seterusnya memberi kata-kata ancaman kepada kerajaan negeri yang enggan melaksanakan PKPB itu bahawa mereka boleh disaman oleh pihak industri.Adakah kerajaan negeri takut kena saman atau pihak industri yang lebih takut mahu menyaman kerajaan negeri?Ternampak di sini Azmin seorang yang ego, sombong serta seolah-olah cuba menghasut pihak industri untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri untuk menutup kegagalannya menyelaras dan mengadakan perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri sebelum PKPB dikuatkuasakan.Beginikah gaya dan lagak seorang menteri kanan?Apakah beliau hanya melihat dari sudut arahan pusat yang sah dan hak industri menyaman saja tanpa mengambil kira kerajaan negeri juga ada hak bersama seperti mengawal wabak dan menjaga kesihatan rakyat untuk tidak mematuhi PKPB?Yang nyata, episod memalukan kerajaan pusat dan Muhyiddin ini menggambarkan Azmin tidak layak sama sekali diberi tanggungjawab sebagai menteri kanan.Sebelum ini, beliau pernah dikecam apabila mengumumkan kedai gunting rambut akan dibenarkan beroperasi di peringkat pertengahan PKP dilaksanakan sehingga Kementerian Kesihatan menolak idea tersebut, lalu akhirnya terpaksa dibatalkan.Bermakna sudah dua kali Azmin mengalami kegagalan hanya dalam tempoh tidak sampai dua bulan menjadi menteri kanan.Diimbas kedudukannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebelum ini, jika diperhatikan tiada apa pun yang dilakukannya yang boleh dibanggakan.Beliau lebih terlihat lebih sebagai “Menteri Hal Ehwal Politik” dengan kerjanya asyik berpolitik dan ingin berkhianat saja terhadap PH dan kalau ada pun perkara diingati yang dilakukannya semasa menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ia hanyalah berkenaan “video Haziq” di Sandakan, selain meletakkan dirinya sebagai menteri pengiring serta pengampu kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.Lebih daripada itu, tiada apa-apa sumbangan kepada peningkatan ekonomi negara pernah dilakukannya.Dengan itu, Muhyiddin seharusnya tidak perlu menunggu lama untuk menilai bahawa Azmin tidak layak berperanan sebagai menteri kanan yang beliau harap-harapkan.Selain dilabel banyak pihak di Putrajaya ketika era PH sebagai “lazy minister”, imejnya yang jijik lantaran “video Haziq” juga hanya akan membawa lebih banyak kemudaratan kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin yang dikenali sebagai anak ulama serta dibanggakan ramai kerana pandai membaca doa.UMNO pula sebagai pemegang blok terbesar Ahli Parlimen dalam PN jelas tidak senang, malah tidak akan berkompromi dalam memperlekeh Azmin.Lalu, untuk apa lagi Muhyiddin perlu mengekalkannya sebagai menteri kanan? (ShahbudinHusin 05/05/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/muhyiddin-dimalukan-di-sembilan-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Gagal Sebagai Menteri Kanan Ekonomi Kata Pemimpin Umno

Azmin Gagal Sebagai Menteri Kanan Ekonomi Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 314 hits
Lewat petang semalam Sarawak Sabah Pulau Pinang Pahang Kelantan dan Kedah dilaporkan tidak akan membuka semula sektor ekonomi hari ini dan akan meneruskan PKP Langkah ini jelas bertentangan dengan apa yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan...
Sambutan Hari Raya Hanya Dibenar Dalam Negeri Sahaja Kata Perdana Menteri

Sambutan Hari Raya Hanya Dibenar Dalam Negeri Sahaja Kata Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 397 hits
Baru sahaja sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelanjutan PKPB sehingga 9 Jun Menyedari akan ada beberapa perayaan yang bakal tiba Misalnya Hari Gawai Pesta Keamatan dan Hari Raya Tan Sri Muhyiddin telah meng...
Kepincangan Kenapa Kerajaan Negeri Tunda Pkpb Tapi Menteri Malas

Kepincangan Kenapa Kerajaan Negeri Tunda Pkpb Tapi Menteri Malas

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 259 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mendakwa Putrajaya mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat tanpa memberikan masa yang cukup kepada kerajaan negeri bagi membuat persiapan Kata Chow Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bers...
Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian Yab Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin

Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian Yab Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 869 hits
Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin Assalammualaikum semua Salam Ramadan dan Salam PKP hari ke 38 Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan wabak ...
Netizen Samakan Baju Batik Menteri Kanan Pertahanan Dengan Juadah Enak Bulan Ramadan

Netizen Samakan Baju Batik Menteri Kanan Pertahanan Dengan Juadah Enak Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 600 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan macam macam gelagat netizen Ohmedia tengok dan ada juga segelintir orang menunjukkan sikap yang sebenar seperti mencuri idea jenama tempatan lain Oops Apa yang lebih menghiburkan adala...
Sembilan Sekatan Jalan Raya Mulai Tengah Malam Ini Pantau Pergerakan Antara Negeri Polis Selangor

Sembilan Sekatan Jalan Raya Mulai Tengah Malam Ini Pantau Pergerakan Antara Negeri Polis Selangor

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 538 hits
KUALA LUMPUR 6 Mei Sembilan sekatan jalan raya diwujudkan di Selangor bertujuan memeriksa kenderaan dan individu yang terlibat dalam perjalanan rentas antara negeri mulai tengah malam ini kata Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ...
Covid 19 Kedah Dan Kelantan Disahkan Sebagai Negeri Zon Hijau

Covid 19 Kedah Dan Kelantan Disahkan Sebagai Negeri Zon Hijau

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 382 hits
Selepas Perlis yang menjadi negeri pertama yang disahkan zon hijau sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kini giliran negeri Kedah dan Kelantan pula diisytihar sebagai zon hijau Covid 19 Kedah dan Kelantan disahkan zon hijau selepa...
Azmin Buat Kesilapan Besar Kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak

Azmin Buat Kesilapan Besar Kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 326 hits
Masing berkata tiada gunanya untuk ekonomi beroperasi tanpa sekatan dan pulih sepenuhnya sekiranya orang ramai jatuh sakit disebabkan oleh wabak ini Tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membena...
Kecelaruan Pkpb Azmin Patut Cari Kata Sepakat Dengan Kerajaan Negeri Bukan Ugut

Kecelaruan Pkpb Azmin Patut Cari Kata Sepakat Dengan Kerajaan Negeri Bukan Ugut

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 395 hits
Pada 5 Mei 2020Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Selasa 5 Mei 2020Amaran kerajaan persekutuan mengenai tindakan undang undang terhadap sembilan kerajaan negeri yang enggan untuk mematuhi PKPB adalah b...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator