Muhyiddin Dilapor Dipujuk Supaya Jangan Letak Jawatan



PEMIMPIN pari komponen Perikatan Nasional meyakinkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk tidak meletakkan jawatan dalam mesyuarat yang diadakan pada Rabu, kata sumber.
Sumber berkenaan, yang dekat dengan mesyuarat itu berkata pemimpin Perikatan juga mahu perdana menteri hadapi usul undi percaya di Parlimen pada September sebagaimana yang dirancang dan bukan lebih awal.
Sebelum ini dilaporkan terdapat rancangan untuk usul undi percaya diadakan dalam sidang khas Parlimen pada 18 Ogos.
Sumber memberitahu, pemimpin PN tidak mahu Muhyiddin jatuh ke dalam perangkap Umno dan pembangkang yang akan menyebabkan kejatuhan kerajaan PN.
Mereka percaya sekiranya Muhyiddin berundur, situasi akan sama seperti kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2019 susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
Muhyiddin dan PN berkuasa berikutan perkembangan itu.
“Pemimpin PN yakin kita bertindak mengikut perlembagaan persekutuan, terutamanya Perkara 40, dan mematuhi undang-undang,” kata seorang sumber.
Perkara 40 perlembagaan menyatakan kuasa Agong terhad untuk beberapa perkara, tidak termasuk menentukan bila Parlimen perlu bersidang, dan baginda hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.
Tambah sumber, ketika Muhyiddin mengumumkan kali pertama yang beliau akan berdepan usul percaya di Parlimen bulan depan, beliau tidak yakin boleh menang.
“Beliau hanya mengikut demokrasi dan prosedur undang-undang. Sekiranya beliau gagal, beliau perlu meletakkan jawatan,” kata sumber.
“Muhyiddin perlu menang usul percaya. Kadar kejayaananya adalah 50%. Tambahan pula, perlembagaan menyatakan Agong tidak boleh memecat perdana menteri,” kata sumber.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan Muhyiddin akan mengetuai kerajaan monoriti selepas kalah dalam sokongan majoriti.
Sumber lain menyatakan Muhyiddin mungkin akan membubarkan Parlimen sekiranya gagal dalam usul percaya September ini, dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan pilihan raya umum.
“Agong bagaimanapun mungkin tidak setuju untuk membubarkan Parlimen. Dalam kes ini, Muhyiddin ada peluang untuk kekal sebagai perdana menteri kerana tiada parti yang mempunayi majoriti yang jelas,” katanya.
“Pakatan Harapan mempunyai 88 ahli Parlimen, manakala Umno ada 38, Pejuang ada empat dan Warisan ada lapan ahli. Perikatan dilihat mempunyai sokongan yang kukuh,” kata sumber berkenaan.
“Muhyiddin masih boleh tubuhkan kerajaan monoriti dan terus mentadbir,” tambah sumber kedua.
Sumber juga turut mengatakan PN perlu mengadakan pilihan raya umum apabila sekurang-kurangnya 80% penduduk telah menerima vaksin.
Ini katanya merupakan cara untuk menghentikan konflik politik.
Menurut sumber, PN masih ada masa untuk berunding dan meraih sokongan menjelang persidangan Parlimen pada 6 September. PN mungkin akan mendapatkan sokongan ahli Parlimen pembangkang, kata mereka.
Kedudukan Muhyiddin mula goyah susulan pengumuman Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang sekurang-kurangnya 15 ahli Parlimen menarik balik sokongan kepada perdana menteri.
Ini bermakna perdana menteri hilang majoriti tipis di Dewan.
Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau terus mendapat sokongan majoriti dan bersetuju untuk berdepan usul percaya pada September.
Keadaan semakin sulit sejak beberapa hari lalu apabila timbul spekulasi bahawa Agong menasihatkan Muhyiddin sama ada untuk berundur atau berdepan usul percaya lebih awal lapor The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/08/muhyiddin-dilapor-dipujuk-supaya-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Pertahan Keputusan Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Kekal Sokong Pn

Zahid Pertahan Keputusan Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Kekal Sokong Pn

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 480 hits
malaysiakini comDiterbitkan 31 Jul 2021 11 48 amDikemaskini 11 49 amPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan pendirian partinya mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur dan pada masa sama tetap menyokong Perikatan Nasional ...
Muhyiddin Letak Jawatan Buka Ruang Perubahan Negara Anwar

Muhyiddin Letak Jawatan Buka Ruang Perubahan Negara Anwar

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 333 hits
malaysiakini comDiterbitkan 16 Aug 2021 5 50 pmDikemaskini 6 01 pmKetua pembangkang Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri hari ini Pada masa sama dia menggesa semua pihak un...
Kegagalan Kerajaan Hingga Muhyiddin Letak Jawatan Wajar Ke Kluster Mahkamah Yg Dipersalahkan

Kegagalan Kerajaan Hingga Muhyiddin Letak Jawatan Wajar Ke Kluster Mahkamah Yg Dipersalahkan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 526 hits
Kita hargai Muhyiddin tidak CAMPURTANGAN untuk kes Najib dan Zahid Apakah Muhyiddin langsung tidak CAMPURTANGAN utk kes lain Muhyiddin tidak pernah mengadakan sidang akhbar dua hala mahupun melalui Maya sedangkan era PH Tun saban minggu bua...
Muhyiddin Tidak Wajib Letak Jawatan

Muhyiddin Tidak Wajib Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 335 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajib meletak jawatan hanya semata mata kenyataan murka Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berhubung pembatalan Ordinan Darurat dengan membelakangkan S...
Agong Dukacita Muhyiddin Takiyuddin Harus Letak Jawatan Secara Terhormat Kit Siang

Agong Dukacita Muhyiddin Takiyuddin Harus Letak Jawatan Secara Terhormat Kit Siang

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 310 hits
Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat 29 Julai 2021 Penentuan sama ada Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen harus menjadi aturan mesyuarat pertama d...
Tiada Alasan Buat Muhyiddin Tangguh Letak Jawatan

Tiada Alasan Buat Muhyiddin Tangguh Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 259 hits
Tiada alasan buat Muhyiddin tangguh letak jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh terus menangguhkan hasrat meletak jawatan pada saat negara berdepan krisis pandemik Covid 19 yang boleh mengheret...
Hiburan Menangis Hiba Di Ig Mila Jirin Sedih Muhyiddin Letak Jawatan

Hiburan Menangis Hiba Di Ig Mila Jirin Sedih Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 452 hits
Penyanyi dan juga usahawan Mila Jirin meluahkan rasa sedih mendengarkan berita bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan daripada menjadi pucuk pimpinan negara Malaysia ARTIKEL BERKAITAN nAdvertisementPerkara ters...
Berita Muhyiddin Letak Jawatan Palsu

Berita Muhyiddin Letak Jawatan Palsu

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 331 hits
By August 14 2021 MOHD REDZUAN MD YUSOFTiada mesyuarat khas kabinet diadakanBERITA yang mengatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menandatangani surat peletakan jawatan Perdana Menteri yang tular sejak tengah hari Sabtu juga...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka

Lirik Lagu Terbaru 2025 Hanya 1 Jalan

Trippy Bros Elevate Your Mind Embrace The Journey

Telur Dadar Rangup Dan Kematian Tidak Terima Alasan