Muhyiddin Dedah Tindakan Ph Guan Eng Sabotaj Agenda Bumiputera


agendaily.com14/11/2022
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (calon PN Parlimen Tambun); dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, bersama lebih 1,000 penyokong menyanyikan lagu 'Negaraku' pada program Jelajah PN BEST di Parlimen Tambun, malam tadi (13 November 2022).
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mendedahkan bagaimana DAP menerusi Lim Guan Eng mensabotaj agenda Bumiputera ketika menjadi Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah selama 22 bulan sebelum ini.

Berucap pada Jelajah PN BEST Parlimen Tambun di Ipoh, Perak, malam tadi (13 November 2022) bekas Menteri Dalam Negeri kerajaan PH ketika itu turut memberi beberapa contoh bagaimana peruntukan kepada agenda Bumiputera diambil oleh Guan Eng.

“Ada beberapa contoh kes yang saya nak sebutkan di sini menunjukkan betapa parti yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Harapan bersama dengan DAP memang tidak menghormati perkara-perkara utama yang menjadi tunjang negara kita.

“Contoh dalam soal ekonomi. Yang ini diberitahu kepada saya oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan kami bersama-sama ada di situ.

“Tertubuh TERAJU. Ini salah satu agensi utama untuk membantu Bumiputera dalam urusan-urusan perniagaan. Ada Ekuinas yang dibentuk di bawah Yayasan Ekuiti Nasional iaitu satu organisasi GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang besar,” katanya lagi.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional berkata kedua-dua agensi utama ini – TERAJU dan Ekuinas – mempunyai peruntukan yang besar iaitu lebih daripada RM2 bilion.

“Waktu mana kita dalam mesyuarat ditekan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng… ada beberapa ketika menunjukkan beliau langsung tidak mahu menghormati agensi seperti TERAJU dan berapa peruntukan yang telah disediakan diambil balik, malahan dihentikan TERAJU dan tidak diwujudkan.

“Hanya kemudian kami (Kerajaan Perikatan Nasional) mewujudkan semula TERAJU untuk menjamin dan kelangsungan masa depan Bumiputera di negara kita.

“(Demikian juga) Ekuinas yang telah pun ditubuhkan oleh kerajaan terdahulu dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion. Guan Eng buat keputusan supaya peruntukan RM2 bilion itu diambil balik oleh Kementerian Kewangan.

“Bermakna tidak menghormati satu lagi agensi Bumiputera yang ditubuhkan oleh kerajaan dan langkah-langkah yang diambil langsung tidak memberi perhatian kepada nasib Bumiputera dalam pembangunan ekonomi di negara kita,” kata Muhyiddin.

Penyandang Parlimen Pagoh di Johor yang akan mempertahankan kerusinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu ini berkata terdapat beberapa lagi tindakan melampau dan bercanggah dengan dasar negara, terutama dari segi pembangunan usahawan Bumiputera, diambil oleh Guan Eng dan DAP.

Muhyiddin juga mengingatkan masyarakat Cina bahawa Guan Eng juga menarik balik peruntukan yang disediakan kerajaan sebanyak RM300 juta kepada Universiti Tun Abdul Razak (UTAR), yang ditaja oleh MCA – salah satu komponen Barisan Nasional – untuk pembangunan pendidikan tinggi dalam kalangan bukan Melayu.

“Hanya setelah Perikatan Nasional yang saya pimpin sebagai Perdana Menteri… kami memulangkan balik peruntukan itu kerana ini berkaitan dengan soal pendidikan.

“Agak luar biasa apabila seorang Cina yang sewajarnya menyokong pendidikan untuk masyarakat Tionghua majoritinya walaupun ditaja oleh MCA, mengambil tindakan drastik untuk ambil balik peruntukan itu dan tak diberikan peruntukan pada pihak universiti yang berkenaan.

“Saya waktu pimpinan Perikatan Nasional mengambil alih teraju negara, kita sediakan semula peruntukan yang saya anggap penting untuk tujuan pendidikan anak-anak di negara kita,” katanya.

Muhyiddin berkata banyak lagi contoh-contoh yang dilakukan DAP dan PH ketika parti itu menjadi kerajaan, termasuk usaha untuk menghapuskan Akta Hasutan.

Oleh itu, sewajarnya pengundi semua kaum, termasuk Melayu, Cina dan India, memilih Perikatan Nasional dalam PRU-15 pada Sabtu ini, supaya dapat menubuhkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang Prihatin, Bersih dan Stabil


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/muhyiddin-dedah-tindakan-ph-guan-eng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
You Caused White Flag Campaign Guan Eng Tells Muhyiddin

You Caused White Flag Campaign Guan Eng Tells Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 334 hits
Lim Guan Eng said the prolonged lockdowns in 2021 when Muhyiddin Yassin was prime minister forced desperate Malaysians to seek help from their fellow citizens PETALING JAYA DAP chairman Lim Guan Eng has criticised former prime minister Muhy...
Lim Guan Eng Cut The Budget For Agencies Meant For Bumiputera Economic Development

Lim Guan Eng Cut The Budget For Agencies Meant For Bumiputera Economic Development

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 169 hits
When Pakatan Harapan was in power Azmin Ali was forced to appeal directly to Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad to help restore the budget for agencies meant for Bumiputera economic development which was cut by Finance Minister Lim Guan...
Banyak Tindakan Ph Bercanggah Dengan Melayu Islam Ketika Memerintah Muhyiddin

Banyak Tindakan Ph Bercanggah Dengan Melayu Islam Ketika Memerintah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 214 hits
satuberita myBy November 5 2022Muhyiddin YassinPENGERUSI Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Harapan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menegakkan perjuangan Melayu Islam Beliau yang juga penyandang Ahli Pa...
Anwar Tiada Modal Minta Pn Dedah Penyata Kewangan Kata Muhyiddin

Anwar Tiada Modal Minta Pn Dedah Penyata Kewangan Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 312 hits
Muhyiddin Yassin berkata tiada apa yang disembunyikan Perikatan Nasional kerana penyata akaunnya boleh diakses orang ramai PAGOH Muhyiddin Yassin menyifatkan Anwar Ibrahim ketandusan modal untuk kempen pilihan raya umum ke 15 susulan kenyat...
Anwar Sedia Dedah Akaun Pkr Mahu Muhyiddin Kemuka Akaun Pn

Anwar Sedia Dedah Akaun Pkr Mahu Muhyiddin Kemuka Akaun Pn

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 252 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahim sedia mendedahkan penyata akaun partinya dengan syarat Muhyiddin Yassin turut melakukan perkara sama dengan akaun Perikatan Nasional Calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Tambun itu berkat...
No Tolls On North South Highway If Ph Wins Ge15 Says Guan Eng

No Tolls On North South Highway If Ph Wins Ge15 Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 264 hits
The abolition of tolls on highways was among the coalition s pledges for the 2018 general election with PH saying it would be done in stages In 2020 the then PH government implemented an 18 reduction in tolls at the highway saying it was in...
Adik Lim Guan Eng Bertanding Di Tanjung

Adik Lim Guan Eng Bertanding Di Tanjung

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 279 hits
Sejak beberapa dekad lalu gandingan bapa Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng menjadi nama berpengaruh dalam DAP di mana mereka mendapat gelaran pengasas Dinasti Lim yang mewarnai kepimpinan tertinggi parti itu Kini menjelang Pilihan Raya...
Muhyiddin S Christianisation Agenda Claim Is Dangerous Says Ccm

Muhyiddin S Christianisation Agenda Claim Is Dangerous Says Ccm

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 190 hits
The Council of Churches of Malaysia has condemned a statement made by former prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin accusing Christians to be in cahoots with a group of Jews to promote and Christianise Malaysia CCM general secretary Rev Jo...
In Muar Muhyiddin Warns Jewish And Christian Agenda

In Muar Muhyiddin Warns Jewish And Christian Agenda

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 154 hits
GE15 Perikatan Nasional s candidate for prime minister Muhyiddin Yassin has claimed that Pakatan Harapan was an agent of Jews and Christians who were out to colonise Malaysia Muhyiddin said this during the Ceramah Mega PN Best event in Pari...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle