Muhyiddin Cabar Saman Tun M Kes Tuntutan Keahlian Bersatu


Kasthuri Jeevendran Peguam, Rosli Dahlan yang mewakili Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin
atas kes samam Tun Dr. Mahathir Mohamad dan enam yang lain berhubung
pemecatan keahlian serta jawatan mereka dalam parti di Kompleks Mahkamah
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI,
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan injunksi ad-interim yang telah dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengekalkan kedudukan beliau sebagai ahli selain jawatannya selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Selain Mahathir, lima lagi termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang jawatan terakhirnya dalam parti selaku Timbalan Presiden Bersatu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda).
Juga bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (ahli); bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah (ahli) dan bekas Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya (Setiausaha Agung) juga memfailkan permohonan tersebut.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Rohani Ismail menetapkan sehingga injuksi utama dapat didengar permohonan injunksi ad-interim untuk kekalkan keahlian dan pemegang jawatan dalam Bersatu ditolak.
Sebaliknya, beliau ketika memutuskan perkara itu dalam kamarnya hari ini telah menetapkan menetapkan 9 Julai ini untuk mendengar permohonan injunksi utama dipohon plaintif untuk mengekalkan status quo kedudukan mereka dalam parti.
Mahkamah menetapkan tarikh sama bagi mendengar permohonan Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan saman itu.
Ketika ditemui oleh media di luar, kata peguam yang mewakili Muhyiddin, Rosli Dahlan, affidavit yang dikemukakan oleh Mahathir bersama yang lain sebanyak hampir 300 muka surat itu sebenarnya lebih bersifat ‘skandal’ dan terlampau remeh.
Rosli yang yang juga merupakan peguam mewakili Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya juga menyatakan pihaknya telah mengemukakan permohonan untuk mengenepikan saman tersebut.
“Saman utama mempunyai banyak kejanggalan dari segi undang-undang dan fakta, ianya juga bersifat remeh, skandal hingga seluruh maksud itu agak ‘tempang’ sekali.
“Sebenarnya Tun Mahathir tidak mempunyai kuasa untuk bertindak demikian, tidak boleh bawa parti sebagai plaintif. Parti mesti jadi defendan. Mereka menuduh parti buat salah, tetapi pada masa sama mereka tiada kuasa malah saman ini sendiri sangat tempang.
“Tun sendiri telah bertindak letak jawatan sebelum ini dan yang lain-lain melakukan kesalahan seperti termaktub dalam Perlembagaan parti iaitu Perkara 10.2.6 jika mana-mana ahli membawa kes dalaman ke mahkamah maka keahlian mereka hilang secara automatik.
“Tindak tanduk Tun Mahathir dan yang lain-lain ini sendiri telah menunjukan tingkah laku berbeza, Tun bukan sahaja meletak jawatan sebaliknya juga telah bersama-sama pembangkang. Semua ini mereka sendiri yang lakukan bukanlah kerana pemecatan atau lain-lain,” katanya.
Jelas Rosli lagi, antara alasan lain yang telah digunakan oleh Muhyiddin untuk mahkamah mengetepikan tindakan saman ini atas isu teknikal kerana melanggar perlembagaan parti yang melarang ahli membawa urusan parti ke mahkamah.
Kata beliau, Perkara 10.2.6 Perlembagaan Bersatu tidak membenarkan ahli membawa kemelut dalaman parti ke mahkamah.
Peguam, Datuk Mohamed Haniff Khatri yang mewakili Tun
Dr. Mahathir Mohamad dan enam yang lain dalam kes saman
terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
ROS berhubung pemecatan keahlian serta jawatan mereka
dalam parti di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala
Lumpur. foto AFIQ RAZALI,
Sementara itu, menurut peguam mewakili Mahathir pula, Datuk Haniff Katri, permohonan plaintif untuk injunksi interim bagi mengekalkan kedudukan mereka sebagai ahli dan pemimpin parti sementara pertikaian diselesaikan akan didengar pada 9 Julai ini.
“Kita tunggu 9 Julai ini,” ujarnya ringkas.
Sebelum ini dalam saman itu, Mahathir dan lain-lain memohon perisytiharan, antaranya mereka adalah ahli Bersatu yang sah, masih lagi memegang jawatan dalam parti dan layak untuk bertanding pada pemilihan parti.
Mereka memohon pengisytiharan yang semua surat pemberhentian yang ditandatangani Muhammad Suhaimi bertarikh 28 Mei lalu dan pengesahan melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bertarikh 4 Jun lalu tidak sah dan terbatal.
Plaintif juga memohon pengisytiharan keahlian Muhyiddin, Hamzah dan Muhammad Suhaimi di dalam BERSATU adalah terlucut, berkuat kuasa pada 28 Februari 2020 dan/atau 29 Februari 2020, menurut Fasal 10.2.3 perlembagaan parti.
Yang turut dipohon, pengisytiharan bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 adalah tidak terpakai untuk menghalang pelupusan pertikaian berkenaan oleh mahkamah.
Pengisytiharan lain ialah Fasal 10.2.6 Perlembagaan BERSATU tidak terpakai di atas hal melucutkan/ memberhentikan keahlian semua plaintif. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/muhyiddin-cabar-saman-tun-m-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Mohon Batal Saman Mahathir Cabar Pelucutan Keahlian Ppbm

Muhyiddin Mohon Batal Saman Mahathir Cabar Pelucutan Keahlian Ppbm

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 445 hits
KUALA LUMPUR Presiden PPBM Muhyiddin Yassin dan 2 lagi memohon untuk membatalkan saman Dr Mahathir Mohamad dan 5 individu lain mencabar pemberhentian keahlian mereka Peguam mereka Rosli Dahlan berkata mereka memohon untuk membatalkan tuntut...
Panas Tun M Mukhriz 4 Lagi Gagal Kekal Keahlian Jawatan Dalam Bersatu

Panas Tun M Mukhriz 4 Lagi Gagal Kekal Keahlian Jawatan Dalam Bersatu

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 413 hits
Dr Mahathir Mohamad anaknya Mukhriz dan empat lagi gagal dalam mengekalkan kedudukan keahlian dan jawatan mereka dalam Bersatu selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan mereka untuk injuksi ad interim Keenam enam m...
Tun M 6 Lagi Saman Muhyiddin

Tun M 6 Lagi Saman Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR 17 Syawal 1441H Selasa Tun Dr Mahathir Mohamad bersama anaknya Datuk Seri Mukhriz dan lima yang lain memfailkan saman terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pendaftar Pertubuhan berhu
Tun M Dakwa Muhyiddin Akan Bebaskan Najib

Tun M Dakwa Muhyiddin Akan Bebaskan Najib

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 375 hits
By 14 June 2020Dr Mahathir Mohamad bersama Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa lebih ramai pemimpin UMNO akan dibebaskan daripada pertuduhan di mahkamah tidak lama la...
Muhyiddin Akan Tentukan 6 Wakil Rakyat Ada Kes Mahkamah Dilepaskan

Muhyiddin Akan Tentukan 6 Wakil Rakyat Ada Kes Mahkamah Dilepaskan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 337 hits
Tun Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memastikan enam orang wakil rakyat yang sedang di dalam perbicaraan mahkamah tidak akan didapati bersalah Malah katanya sewaktu Muhyiddin rancang untuk terima Umno dan Najib Razak ...
Muhyiddin Akan Bebas Ahli Parlimen Berdepan Kes Rasuah Kata Dr Mahathir

Muhyiddin Akan Bebas Ahli Parlimen Berdepan Kes Rasuah Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 332 hits
Muhyiddin akan bebas ahli Parlimen berdepan kes rasuah kata Dr Mahathir Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 13
Anwar Jangan Berpaling Bersama Tun Mahathir Lawan Muhyiddin

Anwar Jangan Berpaling Bersama Tun Mahathir Lawan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 330 hits
Biarpun tersebar spekulasi mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak lagi mahu meneruskan rundingan membentuk kerajaan Pakatan Harapan 2 0 dengan Tun Mahathir dan didakwa ingin mencari sekutu baharu namun pemimpin DAP tetap menyeru agar per...
Dengan Bersatu Kian Stabil Muhyiddin Kini Mahu Dapat Mandat Baru

Dengan Bersatu Kian Stabil Muhyiddin Kini Mahu Dapat Mandat Baru

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 262 hits
Dengan isu pertukaran kerajaan secara mengejut awal tahun ini tampak kian reda Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilaporkan sedang mempertimbang bagi mendapatkan mandat untuk kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya Perkara itu dilaporkan Str...
Exco Armada Bersatu Sokong Penuh Muhyiddin

Exco Armada Bersatu Sokong Penuh Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Exco Angkatan Bersatu Anak Muda Mahathir Mohd Rais malam ini menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyddin Yassin selaku presiden dan pemangku presiden parti itu Mahathir yang juga Ketua Bahagian Segambut berka...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn