Dengan Bersatu Kian Stabil Muhyiddin Kini Mahu Dapat Mandat Baru


Haspaizi Zain & Ng Xiang Yi

Dengan isu pertukaran kerajaan secara 'mengejut' awal tahun ini tampak kian reda, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilaporkan sedang mempertimbang bagi mendapatkan mandat untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya.

Perkara itu dilaporkan Straits Times Singapura yang memetik sumber, bahawa presiden Bersatu itu telah bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya mengejut paling awal tahun ini.

Sekiranya ia berlaku, negara mungkin akan menyaksikan pilihan raya pertama PN menentang Pakatan Harapan, andainya gabungan pembangkang masih kukuh pada masa itu.

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman mengesahkan bahawa Muhyiddin telah menyatakan hasrat untuk mengadakan pilihan raya mengejut dalam mesyuarat MPT pada 4 Jun lalu.

“Dalam mesyuarat itu memang Muhyiddin menyatakan setelah keadaan menjadi stabil, dia berhasrat untuk mengadakan PRU secepat mungkin...Kita pun tidak mahu lagi dituduh tiada mandat rakyat.

“Jadi beliau memang berhajat begitu. Tapi tidak dibincangkan bila (mahu mengadakan pilihan raya).

“Tapi memang berhajat nak buat PRU secepat mungkin jika keadaan telah stabil, sama ada keadaan negara ataupun dalam parti," katanya kepada Malaysiakini.
Muhammad Faiz Na'amanKatanya lagi, walaupun Muhyiddin tidak menyebutkan tentang garis masa untuk PRU, mesyuarat MPT menyambut baik rancangan itu dan melihatnya sebagai cara untuk menyelesaikan konflik dalaman Bersatu.

Sejak PN mengambil alih kerajaan pada awal Mac lalu, Bersatu berpecah dua dengan majoriti ahli Parlimen parti dan anggota dewan tertinggi menyokong Muhyiddin sementara kumpulan yang lebih kecil berpihak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir dan beberapa pemimpin parti yang menyokongnya telah dipecat dari Bersatu tetapi mencabar keputusan tersebut di mahkamah.

Bagaimanapun, satu cabaran besar bagi Muhyiddin, yang telah menjadi subjek pendebatan, adalah soal pembahagian kerusi dengan sekutunya dalam PN, iaitu Umno dan PAS.

Dalam PRU lalu, Bersatu dan Umno bertembung di lebih 48 kerusi Parlimen, dan Bersatu hanya menang 13 daripadanya.

Bersatu kemudian menarik 16 anggota Parlimen dari Umno dan 10 dari PKR.

Meskipun masih awal untuk melihat sama ada Bersatu akan dibenarkan menuntut semua 39 kerusi yang dipegangnya jika pilihan raya mengejut berlaku, Faiz percaya isu tersebut dapat diuruskan apabila PN menjadi satu gabungan rasmi.

“Memang sasaran kita (untuk jadikan PN gabungan rasmi) tahun ini. Memang hendak dipercepatkan dan mereka sedang bincang. Saya difahamkan perbincangan termasuk pengagihan kerusi juga," katanya lagi.

Namun Faiz berkata mereka belum dimaklumkan status terbaru berhubung perkara itu.

“Apa yang saya tahu kepimpinan Umno bertemu dgn Muhyiddin pada 7 Jun tapi kami tidak diberitahu hasil mesyuarat itu,” katanya.

Menurut laporan Straits Times semalam, pertemuan tersebut menyaksikan pemimpin Bersatu dan Umno setuju untuk membentuk "jawatankuasa teknikal" mengenai pembahagian kerusi.

Bagaimanapun, Presiden Umno Zahid Hamidi memberitahu Malaysiakini bahawa laporan mengenai kewujudan "jawatankuasa teknikal" tidak benar.

Setakat ini, Umno berada dalam dalam dua gabungan, iaitu BN bersama-sama MCA dan MIC serta Muafakat Nasional dengan PAS.

Pada 2018, Umno dan PAS bertembung di 105 kerusi Parlimen, dan PAS juga bertembung dengan parti komponen BN lain melebihi 49 kerusi.

Umno dan PAS telah berjanji untuk tidak lagi bertanding di kerusi sama dalam pilihan raya akan datang. Dengan kemasukan Bersatu dalam isu ini, peruntukan kerusi dalam PN menjadi satu perkara yang menarik untuk diperhatikan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/dengan-bersatu-kian-stabil-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kini Geng Azmin Ada Ngo Yang Akan Membuat Kejutan Setelah Muhyiddin Selesai Masalah Bersatu

Kini Geng Azmin Ada Ngo Yang Akan Membuat Kejutan Setelah Muhyiddin Selesai Masalah Bersatu

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 350 hits
Kita hanya mendengar bagaimana PH merancang untuk menjatuhkan PN Kita lupa salah seorang yang menjadi peneraju jatuhnya kerajaan PH Azmin Ali Tak banyak cerita pasal Azmin Ali Azmin Ali pun nampak tak banyak keluar media untuk kementerianny...
Muhyiddin Dapat Mandat Penuh Mpt Bersatu Sebagai Pm Kelapan

Muhyiddin Dapat Mandat Penuh Mpt Bersatu Sebagai Pm Kelapan

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 439 hits
By 5 June 2020Muhyiddin mendapat mandat dan sokongan penuh MPT Bersatu sebagai PM kelapan KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia malam tadi menyokong dan memberikan mandat penuh terhadap kepimpinan P...
Selain Muhyiddin 6 Mp Bersatu Kini Jadi Sasaran Dr M

Selain Muhyiddin 6 Mp Bersatu Kini Jadi Sasaran Dr M

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 417 hits
Pengerusi Bersatu yang dipertikai jawatannya Dr Mahathir Mohamad dan penyokongnya dari parti itu kini menyasarkan sasaran bukan sahaja kepada presiden Muhyiddin Yassin tetapi enam penyokongnya Mereka yang kini berdepan usaha penyingkiran da...
Muhyiddin Tiba Pada Mesyuarat Mpt Bersatu

Muhyiddin Tiba Pada Mesyuarat Mpt Bersatu

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 349 hits
Yusmizal Dolah Aling danMuhaamad Hafis Nawawiam hmetro com myMUHYIDDIN tiba untuk mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu di Dewan Bankuet Pertubuhan Alumni Universiti Malaya FOTO Eizairi ShamsudinPERDANA Menteri Tan Sri Muhyid...
Mesyuarat Mpt Bersatu Muhyiddin Ahli Mpt Tiba Di Paum

Mesyuarat Mpt Bersatu Muhyiddin Ahli Mpt Tiba Di Paum

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 662 hits
Muhyiddin dilihat memasuki kelab rumah tersebut dengan menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam Astro AWANI KUALA LUMPUR Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki perkarangan Kelab Rumah Pertubuhan Alumni Universiti...
Zahid Tawar Bersatu Kembali Sertai Umno Tapi Muhyiddin Tak Akan Setuju

Zahid Tawar Bersatu Kembali Sertai Umno Tapi Muhyiddin Tak Akan Setuju

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 367 hits
Diterbitkan Hari ini 11 34 amExco Pemuda Bersatu Muzammil Ismail mendedahkan bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pernah menawarkan Bersatu supaya kembali menyertai Umno Bagaimanapun kata Muzammil Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak ...
Umno Mahu Hapuskan Bersatu Dengan Menjemput Muhyiddin Sertai Umno

Umno Mahu Hapuskan Bersatu Dengan Menjemput Muhyiddin Sertai Umno

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 411 hits
Tawaran Muhyiddin Kembali Pada UMNO Hanya Untuk Menghapuskan BERSATU dan Membunuh Karier Muhyiddin SahajaSekiranya Muhyiddin Yaasin bijak dia tidak akan menerima pelawaan UMNO ini Jaminan menjadi Perdana Menteri hanyalah jaminan kosong saha...
Muhyiddin Is Party S Legitimate Acting Chairman Says Bersatu Supreme Council

Muhyiddin Is Party S Legitimate Acting Chairman Says Bersatu Supreme Council

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 346 hits
PETALING JAYA The Parti Pribumi Bersatu Malaysia supreme council recognises Tan Sri Muhyiddin Yassin as the legitimate acting chairman of the party says Datuk Seri Hamzah Zainudin The party s secretary general said the Bersatu supreme counc...
Sah Mpt Iktiraf Muhyiddin Pemangku Pengerusi Bersatu

Sah Mpt Iktiraf Muhyiddin Pemangku Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 357 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia malam tadi membuat keputusan mengiktiraf Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemangku Pengerusi parti yang sah Keputusan MPT i...
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

How Does Private Equity Actually Work

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon Di Jalan Tar

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine

Insomnia

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Terculik Sana Tertukar Sini