Muhyiddin Atau Mahiaddin Apa Ada Pada Nama



Sejak Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan pekeliling menjelaskan format nama Muhyiddin Yassin, sebahagian musuh politiknya mengambil jalan mengutuk dan menghina namanya dengan menggunakan nama “Mahiaddin”, yang merupakan ejaan nama beliau dalam surat beranak.
Ini boleh mengalihkan perhatian daripada isu-isu yang lebih serius, tetapi hakikatnya, ia hanya menunjukkan kejahilan terhadap sebuah realiti kehidupan di Malaysia.
Seperti bahasa bukan Barat lain yang mengalami tranformasi ejaan kepada huruf rumi selepas penjajahan, bahasa Melayu juga terkesan dengan masalah penyelarasan bagi menunjukkan cara sebutan yang sebenar, lebih-lebih lagi perkataan dan nama asing.
Bahasa Arab kekal ditulis dalam huruf dan tulisan Arab, kerana itu dunia Arab tidak ada masalah dengan gelombang perumian sebutannya.
Namun, lain pula dengan bahasa yang meminjam sejumlah besar istilah Arab ke dalam kosa katanya.
Bahkan Bahasa Inggeris juga memiliki kesukaran dalam transliterasi istilah Arab, iaitu masalah yang menjadi semakin jelas ketika hasil karya Arab dan Islam diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris.
Hanya beberapa dekad lalu, terdapat usaha lebih serius di Amerika Syarikat untuk menyelaraskan format huruf rumi dalam menterjemah istilah-istilah Arab, seiring dengan peningkatan populasi Islam di Barat yang menganggap bahasa Inggeris seperti bahasa ibunda kerana ramai yang lahir di negara itu.
Di Malaysia pula, usaha-usaha serupa turut dilaksanakan melalui institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka yang dianggap sebagai autoriti bagi bahasa kebangsaan.
Sejak itu, masalah penyelarasan ejaan termasuk untuk istilah-istilah Arab, yang mempunyai pengaruh besar dalam Bahasa Malaysia, dapat dikurangkan.
Bagaimanapun, beberapa kata nama khas Arab yang biasa digunakan umat Islam untuk menamakan anak mereka masih mempunyai masalah keseragaman ejaan rumi.
Bahkan, nama tokoh utama Islam, Nabi Muhammad, turut digunakan dalam pelbagai format dalam dunia Islam: Mehmet dan Muhammet di Turki, Mohamad di Indonesia dan Malaysia, Mohammed di benua kecil India, sebagai contoh.
Jelas sekali lidah bukan Arab menjadi punca kepada perbezaan dan kepelbagaian ejaan tersebut.
Namun, ketika perbezaan seperti itu boleh diterima, ada juga kata nama lain, seperti dalam kes “Mahiaddin”, di mana ejaannya tidak langsung mencerminkan cara sebutan yang betul.
Sesiapa yang memiliki asas bahasa Arab akan mengetahui bahawa ejaan “Mahiaddin” sebenarnya merujuk kepada perkataan “Muhyiddin”, hal ini berlaku adalah kerana kurangnya penyelarasan garis panduan dalam transliterasi ejaan kepada huruf-huruf rumi.
Muhyiddin adalah kombinasi perkataan “Muhyi” (yang menghidupkan) dan “Din” (agama), dan ejaan ini tepat mencerminkan sebutan perkataan itu.
Sebaliknya, “Mahiaddin” tidak memiliki makna.
Maka bukanlah satu hal yang pelik bagi sesiapa yang terbeban dengan kesilapan ejaan seperti itu untuk membetulkannya, lagi-lagi pula bagi seseorang yang perlu melawat seluruh dunia dan namanya dipetik meluas di media.
Inilah konteks yang harus difahami dalam penjelasan mengenai nama Muhyiddin itu.
Adalah satu hal yang remeh, bahkan kebudak-budakan setaraf murid sekolah rendah, apabila seseorang cuba menggunakan modal ini dalam mempersoalkan perdana menteri dalam isu nyawa dan kematian berhubung krisis Covid-19.
Ia bukan isu cuba menyorokkan identiti sesiapa, jauh sekali untuk kerana kononnya mahu guna “nama glamor”.
Mereka yang berkata ia adalah “nama glamor” hanya menunjukkan betapa cetek pengetahuan mereka tentang budaya Melayu Islam kontemporari.
Nama “Muhyiddin” adalah antara nama yang paling kurang “glamor” di kalangan orang Melayu, tidak seperti nama-nama Parsi atau Turki yang digemari ibu bapa muda di negara ini untuk menamakan anak mereka, berbanding nama yang mudah dan sederhana satu masa dulu.
Seseorang itu tidak rugi kalau memanggil orang lain dengan nama yang dia mahukan.
Ia merupakan sekecil-kecil sifat sivil yang boleh kita tonjolkan.
Malangnya, hari ini, ada ahli politik yang menggunakan “Mahiaddin” dalam kenyataan-kenyataan mereka di media sosial.
Dengan tindakan itu, bukan sahaja menunjukkan kejahilan mereka tentang bahasa dan sejarah, bahkan membuktikan mereka berada dalam kategori mereka yang “berminda rendah” kerana hanya pandai membicarakan tentang orang, bukannya idea dan isu.

Abdar Rahman Koya CEO dan Editor MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/muhyiddin-atau-mahiaddin-apa-ada-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Muhyiddin Digalakkan Guna Nama Mahiaddin Dalam Urusan Rasmi

Kenapa Muhyiddin Digalakkan Guna Nama Mahiaddin Dalam Urusan Rasmi

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 317 hits
Ramai sudah familiar dengan nama Muhyiddin bagi nama panggilan perdana menteri kita tapi nama komersial bagi anak Perdana Menteri kita pula adalah Najwa Mahiaddin Ada kekeliruan disitu Mana satu nama sebenar Perdana Menteri kita ini Nama ko...
Muhyiddin Mahiaddin Atau Main Hiding Tambrin Tun Ghafar

Muhyiddin Mahiaddin Atau Main Hiding Tambrin Tun Ghafar

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 322 hits
MUHYIDDIN MAHIADDIN ATAU MAIN HIDING ZunarTamrin Tun GhafarIsnin 25 06 20211 Jarang sekali kartunis Malaysia diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa seperti Zunar 2 Antara pengiktirafan yang diterimanya i Courage in Editorial Cartooning Awar...
Keh Keh Umno Dah Mula Menggugut Biar Betoi Umno Bagi Tempoh 14 Hari Pada Muhyiddin Atau

Keh Keh Umno Dah Mula Menggugut Biar Betoi Umno Bagi Tempoh 14 Hari Pada Muhyiddin Atau

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 181 hits
June 21 2021Empat belas hari itu tempoh yang diberikan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional memulakan langkah membuka parlimen seperti yang diisyaratkan Raja raja Melayu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata kegagalan berbuat demikian...
Muhyiddin Mahiaddin What S In A Name

Muhyiddin Mahiaddin What S In A Name

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 271 hits
An education for those who obsess over the prime minister s name without knowing the proper historical and cultural context Abdar Rahman Koya Malaysia Now Ever since the Prime Minister s Office issued a circular to explain the format of Muh...
Muhyiddin Akan Bagi Amanat Jam 5 Keputusan Gempaq Apa Ka Letak Jawatan Atau Nak Bagi Moratorium Kot Keh Keh

Muhyiddin Akan Bagi Amanat Jam 5 Keputusan Gempaq Apa Ka Letak Jawatan Atau Nak Bagi Moratorium Kot Keh Keh

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 229 hits
Terkini Muhyiddin buat perutusan khas tergempar petang iniJune 15 2021 Saksikan Perutusan Khas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun 2021 jam 5 petang ini PerutusanKhas PM BH
Pilihan Berat Mahiaddin Mesti Di Lakukan Atau

Pilihan Berat Mahiaddin Mesti Di Lakukan Atau

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 236 hits
Dengar pandangan Pakar Perundangan dan Penganalisis Politik mengenai situasi PM Mahiaddin masa ini Titah YDPA bagi pembukaan Parlimen dengan secepat mungkin Tiada jalan keluar mudah untuk Mahiaddin kali ini Antara kepentingan Diri atau kepe...
Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 278 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9121 NAK KAJI APA LAGI BUKA SAJA PARLIMEN 2 SUNGGUHKAH PAS GAGAL 100 3 MUAFAKAT NASIONAL YANG TAK SEPAKAT 4 DI MANA PN JUMPA TENTERA RBA
Noted Wajib Guna Nama Sebenar Pm Mahiaddin Md Yassin Berkuat Kuasa Serta Merta

Noted Wajib Guna Nama Sebenar Pm Mahiaddin Md Yassin Berkuat Kuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 499 hits
Mahiaddin Md Yassin Berkuat kuasa serta merta dokumen rasmi wajib guna nama sebenar PMRabu 16 Jun 2021 5 26 PMMahiaddin adalah nama yang diberi kepada perdana menteri tersebut namun dia lebih dikenali sebagai Muhyiddin KAKITANGAN di Pejabat...
Muhyiddin Ignored Agong S Advice Will Mahiaddin Now Defy Agong S Order To Reconvene Parliament

Muhyiddin Ignored Agong S Advice Will Mahiaddin Now Defy Agong S Order To Reconvene Parliament

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 248 hits
By P RamakrishnanThe knuckleheads in government probably do not understand what is meant by as soon as possible The outcome of the Council of Rulers meeting on Wednesday 16 6 2021 confirmed that the Rulers were aware of the tremendous unhap...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam