Kegelojohan Pemimpin Umno Boleh Huru Harakan Politik Negara



(Edisi 9) – NEGARA kini berhadapan dengan Covid-19, ketika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedang bertungkus lumus menguruskan pandemik tersebut, kini tersebar pula gerakan untuk menjatuhkan kerajaan yang didalangi oleh beberapa pemimpin UMNO.
Malah ia dikaitkan dengan usaha untuk mewujudkan jajaran baharu politik yang dikatakan akan melibatkan PKR dan DAP.
Penulis tidak pasti sejauh manakah gerakan itu akan berjaya tetapi setakat ini 35 ahli Parlimen UMNO dikatakan menolak perancangan pucuk pimpinan parti itu untuk keluar daripada Kerajaan PN.
Mungkin ada yang berkata, mereka ini sudah selesa dengan kedudukan apatah lagi kalau mereka menjadi menteri dan timbalan menteri serta memegang jawatan dalam GLC, tetapi hakikatnya tindakan mereka adalah wajar.
Ia memandangkan negara sudah tidak mampu lagi berhadapan dengan satu lagi konflik politik. Cukuplah sejak PRU-15 2018, negara ini tidak habis-habis menyaksikan pelbagai adegan politik yang merimaskan.
Kalau kita tidak ada masalah lain, mungkin apa juga gerakan politik boleh dipertimbangkan tetapi sekarang kita berhadapan dengan pandemik Covid-19, satu perkara yang selama ini tidak pernah dialami dalam sejarah pentadbiran negara.
Oleh itu kenapakah ada pemimpin-pemimpin UMNO yang kelam kabut sangat hendak menjatuhkan kerajaan ketika ini, apakah benar agenda itu untuk rakyat atau ada agenda peribadi? Kenapa tidak bersabar sehingga pandemik Covid-19 selesai?
Mereka yang melakukan gerakan ini boleh berhujah apa sahaja dan memberikan apa juga alasan untuk ‘menghalalkan’ agenda politik mereka, tetapi yang akan menanggung akibatnya ialah rakyat.
Kenapa mahu menyeret rakyat dalam kancah pergelutan politik kekuasaan ketika mereka tengah susah. Pandemik Covid-19 benar-benar mengganggu rakyat, ramai yang hilang pendapatan dan mata pencarian.
Dan pada masa sama kerajaan sejak awal pandemik lagi menyusun pelbagai pakej dan program bagi membantu rakyat serta memulihkan ekonomi negara, jadi kenapa ada ahli politik yang boleh dianggap ‘berakal pendek’ mahu melaksanakan agenda politik mereka?
Dalam soal UMNO, parti itu sudah membuat keputusan untuk terus berada dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan, jadi tunggu sahajalah, kenapa kelam kabut atau gelojoh sangat hendak menjatuhkan kerajaan ketika ini?
Penulis tahu ada antara pemimpin UMNO begitu teruja mahu mewujudkan jajaran baharu dengan bekerjasama politik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR dan mungkin juga DAP memandangkan mustahil PKR akan meninggalkan DAP.
Ia bermakna kalau PKR mahu bekerjasama dengan UMNO maka mereka juga harus merangkul bersama DAP, tetapi kalau ada kalangan pemimpin UMNO selesa dengan jajaran seumpama itu, silakan sahaja, tetapi bukan sekarang.
Bukan ketika negara sedang berperang dengan Covid-19, bukan ketika rakyat sedang berhadapan dengan kesusahan. Apa jaminan bahawa tindakan menjatuhkan kerajaan sekarang akan menjadikan keadaan lebih baik?
Apakah ‘malam ini kita tubuh kerajaan baharu, esok pagi kes Covid-19 terhapus dari bumi Malaysia?”? Apa akan jadi kepada segala perancangan yang dilakukan oleh kerajaan sejak setahun lalu dalam menguruskan pandemik tersebut termasuk dari segi pakej dan program membantu rakyat? Apakah semuanya akan dirombak semula?
Sudah pasti mereka yang baharu memimpin tidak akan menggunakan segala apa yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini, justeru apa akan berlaku kepada negara? Tidakkah ia akan menyebabkan keadaan negara akan menjadi huru-hara?
Oleh itu tolonglah henti ‘kerja-kerja politik tidak cerdik’ ketika ini. Boleh sahaja kata rakyat tidak suka atau menolak kerajaan sekarang, jadi kena perubahan, tak apalah mahu berhujah demikian tetapi tunggulah PRU-15 untuk membuat perubahan.
Bersabarlah sehingga pandemik Covid-19, selepas itu bertarung dalam pilihan raya. Tidak keterlaluan kalau dikatakan mereka yang berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini sebenarnya sudah ‘dibutakan hati dan mata’ bagi menentukan yang mana betul, yang mana salah.
Kalau mereka berfikir dengan hati yang jernih, tiada apa-apa agenda peribadi, mereka akan bersedia menanti sehingga PRU-15 bagi melunaskan agenda politik mereka. Lagipun kerajaan pun sudah menyatakan bukan kata sidang Parlimen, pilihan raya pun boleh dilaksanakan apabila pandemik Covid-19 selesai.
Percayalah kalau semua berjalan lancar, mungkin September ini atau paling lewat pun hujung tahun, kita sudah dapat bebas daripada Covid-19. Ketika itu penulis yakin kerajaan pasti mempetimbangkan untuk mengadakan pilihan raya dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.
Lagipun yang dok kelam kabut atau gelojoh hendak menjatuhkan kerajaan ini, adakah mereka mempunyai majoriti? Adakah mereka mempunyai jumlah yang mencukupi? Kalaupun nak melantik Perdana Menteri interim, adakah wajar tindakan itu sedangkan kerajaan sedia ada sedang berfungsi dengan baik.
Memanglah ada sedikit sebanyak kelemahan, tetapi adakah yang beria-ia sangat nak jadi Perdana Menteri atau kerajaan baharu itu ada pengalaman menangani pandemik luar biasa ini? Khabarnya ada dalam kalangan merekapun tak yakin dan tak mahu jatuhkan kerajaan sekarang? Siapa mereka…tunggulah…kita cakap kemudian.
Betul pandemik Covid-19 itu luar biasa tetapi kalau semua termasuk parti-parti pembangkang atau pemimpin parti dalam kerajaan berjiwa pembangkang bersatu dan bekerjasama dengan kerajaan sudah pasti kita dapat mengatasinya.
READ MORE HERE
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/07/03/kegelojohan-pemimpin-umno-boleh-huru-harakan-politik-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Dap Jajaran Baharu Politik Negara

Umno Dap Jajaran Baharu Politik Negara

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 254 hits
Ronnie Liu pemimpin jajaran baharu pejuang rakyat sejatiPemimpin DAP Ronnie Liu adalah pejuang rakyat yang sejati dan sanggup mengambil risiko demi rakyat Semua dapat melihat bagaimana Liu sanggup melanggar larangan merentas daerah bahkan m...
Boleh Kah Peniaga Kita Bangkit Kembali Dengan Pelan Pemulihan Negara Yang Kerajaan Umumkan

Boleh Kah Peniaga Kita Bangkit Kembali Dengan Pelan Pemulihan Negara Yang Kerajaan Umumkan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 388 hits
Sumber berita dan ringkasan dalam gambar ni dari Malay Mail15 haribulan Jun 2021 baru baru ni Perdana Menteri umumkan Pelan Pemulihan Negara untuk keluar dari kemelut Covid 19 Ada 4 fasa dalam pelan tersebut Peralihan dari satu fasa ke fasa...
Pemuda Umno Seluruh Negara Lapor Polis Terhadap Kit Siang

Pemuda Umno Seluruh Negara Lapor Polis Terhadap Kit Siang

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 232 hits
Pemuda UMNO Malaysia menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas penasihat DAP Lim Kit Siang kerana dengan biadab dan kurang ajar mempermainkan kesucian nama Allah Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau telah meng...
Keputusan Umno Tarik Sokongan Pasti Pn Boleh Rebah Bila Bila

Keputusan Umno Tarik Sokongan Pasti Pn Boleh Rebah Bila Bila

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 227 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata kerajaan Perikatan Nasional boleh tumbang pada bila bila masa kerana keputusan parti itu menarik balik sokongan terhadap Putrajaya adalah pasti Katanya Umno s...
Umno Perlu Rendahkan Diri Sedikit Dan Buang Ego Jika Mahu Selamatkan Negara Ini

Umno Perlu Rendahkan Diri Sedikit Dan Buang Ego Jika Mahu Selamatkan Negara Ini

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 182 hits
Umno yang telah dibuli oleh Bersatu setahun lebih di dalam kerajaan tebuk atap tetapi hingga kini di kalangan mereka masih tidak sedar diri Akar umbi Umno jelas mahu Umno tarik diri dari menyokong kerajaan PN yang telah membuli mereka namun...
Kenyataan Peguam Negara Yang Boleh Dipertikaikan

Kenyataan Peguam Negara Yang Boleh Dipertikaikan

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 158 hits
Saya telah baca kenyataan Peguam Negara yang baru dikeluarkan sebentar tadi yang mana Peguam Negara berkata YDP Agong perlu ikut nasihat Jemaah Menteri i e Perdana Menteri untuk membuka Parlimen dan Jemaah Menteri yang menentukan tarikh Par...
Tindakan Politik Terbaik Umno

Tindakan Politik Terbaik Umno

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 318 hits
Satu keputusan terbaik dan ini akan kembali ke puncak jika semua MP UMNO bersatu hati dan akur dengan keputusan MT UMNO lebih kuat kali ini jika setiap pemimpin meletakan kepentingan parti dan Muhyiddin pasti tidak tidur lena Risikonya jika...
Desak Pm Buka Parlimen Berpotensi Jadikan Politik Negara Tak Stabil Kata Pn Melaka

Desak Pm Buka Parlimen Berpotensi Jadikan Politik Negara Tak Stabil Kata Pn Melaka

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 288 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen berkata pemimpin politik perlu menjunjung titah Yang di Pertuan Agong sebelum ini supaya semua pihak menghentikan pergolakan dan segala usaha yang boleh menggugat kestabilan polit...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba