Muhasabah Perlu Dalam Isu Kos Sara Hidup


 

Nampaknya sejak kebelakangan ini rakyat suka komplen pasal kos sara hidup. Walaupun gaji minimum dah lulus RM1,200 pun tak cukup. Saya dan isteri cukup hairan dengan fenomena ini. Saya tanya isteri saya, masa kita dulu duduk rumah sewa tak ada perabot apa pun, kita komplen kerajaan tak buat itu tak buat inikah? Isteri saya geleng kepala.
Hidup kami dua orang ketika itu, bersama anak pertama dan kedua, serba sederhana. Tak ada kemewahan, kecuali belanja anak makan dan beli buku cerita untuk mereka. Zaman itu tak ada telefon bimbit nak tukar setiap enam bulan dan tak ada pun kereta Alza nak bayar ansuran. Kami hidup ukur baju di badan sendiri. Tak pernah komplen kerajaan Mahathir yang memerintah ketika zaman ekonomi dunia meleset.
Sekarang kita dengar ada ‘Rakyat Lawan Anwar’, sebabnya kos sara hidup tinggi. Nasi lemak naik harga, diesel naik harga, kangkung pun naik harga agaknya, McD pun naik tapi sebab boikot tak makan. Starbuck pun boikot tapi teh tarik naik harga dari RM1.70 sen ke RM2.20 sen. Semua ini ‘Anwar yang salah’. Komplen dalam sosial media. Komplen secara demonstrasi dan komplen tak nak keluar mengundi, atau undi PN. Sebab mengapa undi PN? Sebab dia kerajaan Melayu dan Islam, Tuhan mesti kamcing punya. Anwar kawan DAP, Tuhan murka.
Pada 1986, saya pulang ke tanah air bulan Ogos bersama isteri saya. Kami ditaja JPA untuk ijazah pertama dan kedua di Universiti Wisconsin, Green Bay. Hebatlah belajar luar negeri tetapi bila pulang JPA tak dapat bagi kerja sebab semua jawatan dibekukan oleh Tun M. Kami berdua sedih tak dapat kerja arkitek tapi kami tak pun komplen. Apa nak buat, Tun M kata ekonomi dunia meleset, kami pun akur.
Saya tinggal bersama keluarga isteri di Kajang, dengan anak sulung umur 6 bulan. Selama enam bulan saya menganggur. Tulis 100 surat yang terjawab dua pucuk dari firma arkitek. Ada kerja tapi tak ada gaji. Setiap hari saya tatap Malay Mail cari kerja. Ijazah Master of Architecture tak laku sebab yang ada kerja untuk diploma. Pergi walk-in interview orang kata, ‘encik over qualify‘. Pulang hampa tapi tak komplen salah Tun M.
Sebak dada bila anak demam, ayah mertua yang belanja guna hasil kerjanya sebagai pengawal keselamatan. Saya tulis surat kepada rakan-rakan di Amerika Syarikat minta pinjam duit, dapat lah $400. Dapat juga beli susu dan tambang bas ke KL cari kerja. Tak komplen. Tak demonstrasi. Sosial media tak ada jadi kami lalui sajalah cabaran.
Alhamdulillah setelah enam bulan, saya dapat kerja gaji RM1,000 di Subang Jaya. Nak pergi kerja dari Kajang kena bangun pukul 5 pagi, naik bas ke Puduraya dan solat Subuh di surau sana. Lepas tu, 7 pagi berjalan ke Bus Stand Klang. Naik bas ke Subang Jaya. Pulang pun jalan yang sama, sampai rumah 8.30 malam, sempat makan dan main dengan anak sekejap. Tambang pergi balik hampir RM6.
Setelah seminggu, saya ambil keputusan untuk pergi kerja dan balik ke rumah keesokan hari. Saya bermalam di masjid di Subang Jaya. Di masjid ada seorang bilal, yang juga tidur di situ. Dia seorang arkitek yang dah enam bulan tak ada gaji. Pun kami tak komplen, buat demonstrasi, atau buat kenyataan media. Ada orang sedekah makan, kami menyantap berdua. Saya biasa tidur masjid sebab ikut tabligh masa di AS dulu.
Selepas sebulan dapat gaji, saya pindahkan isteri dan anak ke sebuah flat empat tingkat di Subang Jaya. Saya sewa yang paling murah iaitu RM200, bagi sebuah unit di tingkat empat. Tak apalah muda lagi berdaya naik turun empat tingkat. Bersyukur dapat keluar dari tanggungan mertua. Daripada duit gaji itu, saya bayar sewa RM200, ansuran TV dan peti ais RM200. Makan sekadar RM500 tapi kalau sakit itulah juga duit ubatnya. Tak komplen, tak demonstrasi, tak salahkan Mahathir. Tun M dan Anwar kami yakin kerja kuat untuk negara.
Rumah sewa kami ada peti ais, TV, dapur gas dan set bilik tidur yang dibeli dengan duit hantaran RM2,000 kepada isteri. Untuk menambah duit, kami berdua mulakan kelas tuisyen mengajar bahasa Inggeris dan Matematik. Alhamdulillah, dapat tambah RM400 sebulan. Daripada komplen dan demonstrasi, kami usaha sendiri berdikari, tak perlu komplen atau bantuan daripada kerajaan. Kami hidup tanpa apa-apa perabot selama dua tahun walaupun ketika itu saya sudah menjadi pensyarah UTM bergaji RM1,400 sebulan. Sewaktu bekerja di Skudai pada Julai 1987, saya naik basikal mini selama setahun berulang dari Taman Sri Skudai, naik highway, kayuh tengah panas tengah hujan. Tak komplen. Biasa saja.
Setelah setahun, seorang saudara tawarkan wang untuk beli motorsikal. Saya beli motor Honda C70 dengan harga RM1,000 tetapi diakad RM1,200. Mulalah zaman naik motor ke hulu ke hilir ke UTM dan ke klinik. Tak komplen, tak demonstrasi.
Saya ingat lagi set kerusi ruang tamu rotan RM400 yang saya beli setelah dua tahun bekerja di UTM. Kami hidup sampai duit syiling pun kira juga. Selepas tiga tahun baru dapat beli kereta buruk third hand. Saya dah rasa pakai kereta yang kejap-kejap rosak. Saya hanya berupaya beli kereta baru selepas tujuh tahun bekerja di UTM. Tak komplen dan tak demonstrasi pun.
Apa dah jadi pada budaya kita semua terutama anak muda? Ada sosial media, komplen tak habis-habis. Tak ada kerja, komplen, ada kerja pun komplen. Saya dah muak, kadang-kadang dengar anak-anak komplen tentang kerja. Selama saya bekerja sudah 37 tahun, saya tak pernah komplen. Saya buat semua kerja terdaya boleh. Saya mencuba dan mencari segala macam pengalaman baru yang UTM tak suruh, tak bagi, dan tak kisah. Semua saya buat sendiri. I am the master of my own fate. No time to complain dan buat demonstrasi.
Yang dok komplen sekarang tentang Anwar influencer yang tak ada kerja tetapi pandai komplen. Kalau macam ini lah rakyat yang suka komplen, teruk lah kita. Cuba cermin dulu dan usaha cara lain sebelum komplen. Kalau nak tambah duit, cuci pinggan di kedai mamak pun saya sanggup waktu muda dulu. Apa salah? Tak jatuh maruah pun. Kalau boleh cuci rumah orang pun saya buat. Tak ada isu. Sanggup atau tak sanggup saja.
Come on lah. Saya tengok banyak orang luar kerja restoran, kerja cuci kereta dan supermarket. Takkanlah kita tak boleh buat lebih dari satu kerja nak tambah pendapatan. Nak subsidi banyak mana lagi? Ada maruah diri ke tak ada maruah diri? Cuba tanya orang tua kita macam mana dia sara hidup. Dia komplen tak? Dia demonstrasi tak?
Muhasabah diri dulu sebelum komplen. Guna tulang empat kerat dulu untuk cari pendapatan tambahan, usaha cara hidup sederhana, dan buat pelaburan berhemah.
Cuba renung sendiri, rakyat apa yang kita nak jadi? Rakyat bermaruah dan berjati diri atau rakyat komplen asyik demonstrasi? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/muhasabah-perlu-dalam-isu-kos-sara-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indikator Kos Sara Hidup Diubah Ikut Perkembangan Semasa Kata Pm

Indikator Kos Sara Hidup Diubah Ikut Perkembangan Semasa Kata Pm

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 99 hits
KERAJAAN telah melaraskan indikator nbsp bagi kos sara hidup agar sejajar dengan perkembangan semasa negara kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim lapor Bernama Menurutnya pengiraan bagi indikator nbsp ini diselaraskan berdasarkan pelbagai aspe...
Telco Janji Tiada Kos Tambahan Kepada Pengguna Bagi Rangkaian 5g Kedua Fahmi

Telco Janji Tiada Kos Tambahan Kepada Pengguna Bagi Rangkaian 5g Kedua Fahmi

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 158 hits
Kementerian Komunikasi mengesahkan bahawa pengendali rangkaian mudah alih yang mengambil bahagian dalam rangkaian 5G kedua Malaysia tidak akan memindahkan sebarang kos kepada pengguna suggest Menterinya Fahmi Fadzil berkata MNO telah member...
Kos Perubatan Sky Akibat Gigitan Anjing Cecah Lebih Rm1 200

Kos Perubatan Sky Akibat Gigitan Anjing Cecah Lebih Rm1 200

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 294 hits
Sebelum ini pernah bayar kos perubatan dalam ratusan ringgit untuk kucing kucing di rumah yang jatuh sakit dan tapi kos perubatan Sky ni cecah lebih RM1 200 Kus semangat bila dapat tau mujurlah Kak Yang yang biayai Kisahnya pada 23 Mei yang...
Mak Aihh M225 Ribu Untuk Kos Menara Sahaja

Mak Aihh M225 Ribu Untuk Kos Menara Sahaja

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 128 hits
Ezreen 111 RM225 RIBU UNTUK KOS MENARA SAHAJA Syiar agama sekarang banyak dizahirkan secara kosmetik Banyak perkara lagi yang boleh digunakan untuk mengimarahkan masjid ini kelak jika telus pada cara tadbir dalam membangunkannya Bil elektri...
Panduan Dan Cara Pecah Lot Tanah Bagi Keluarkan Geran Serta Kos Pecat Lot Tanah

Panduan Dan Cara Pecah Lot Tanah Bagi Keluarkan Geran Serta Kos Pecat Lot Tanah

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 202 hits
Panduan dan Cara Pecah Lot Tanah Bagi Keluarkan Geran Serta Kos Pecat Lot Tanah Panduan dan Cara Pecah Lot Tanah Bagi Keluarkan Geran Serta Kos Pecat Lot Tanah Pecah lot tanah adalah proses yang penting bagi pemilik tanah untuk mengeluarkan...
Saya Cuma Nak Hidup Bahagia Ruhainies Minta Pihak Menuduhnya Ada Sugar Daddy Tunjuk Bukti

Saya Cuma Nak Hidup Bahagia Ruhainies Minta Pihak Menuduhnya Ada Sugar Daddy Tunjuk Bukti

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 144 hits
8220 Kenapa tak keluarkan kalau ada 8221 begitulah respon pelakon Ruhainies terhadap pihak yang menuduhnya hidup mewah kerana 8216 dibela 8217 seseorang ataupun dikenali sebagai 8216 sugar daddy 8217 Ujar Ruhainies segala kemewahan yang din
What You Can Learn From Sara Bareilles Leadership Song

What You Can Learn From Sara Bareilles Leadership Song

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 162 hits
What You Can Learn From Sara Bareilles Leadership Song I believe that everyone in the world is familiar with singer and song writer named Sara Bareilles She is one of notable singers in the world nowadays One of her songs which been being a...
Perkongsian Kos Mampu Elak Hospital Swasta Salah Guna Insurans Berita Harian 12 07 2024

Perkongsian Kos Mampu Elak Hospital Swasta Salah Guna Insurans Berita Harian 12 07 2024

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR Pelaksanaan perkongsian kos atau pembayaran bersama untuk produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan disifatkan berupaya mengelak hospital swasta daripada menyalahgunakan takaful perubatan pengguna insurans berkenaan...
Isu Selesai Hafidz Roshdi Amp Shuhada Setuju Tiada Lagi Sebar Aib Masing Masing Kalau Benda Ni Berlaku Lagi Saya

Isu Selesai Hafidz Roshdi Amp Shuhada Setuju Tiada Lagi Sebar Aib Masing Masing Kalau Benda Ni Berlaku Lagi Saya

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 190 hits
Sejak semalam hangat diperkatakan tentang mesej berbaur lucah didakwa di antara Hafidz Roshdi dan kekasihnya ketika masih bersama bekas isteri Nurul Shuhada atau Shu Mesej tersebut disebarkan sendiri oleh Shu yang turut berkata dia menyimpa...
Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Calpis Soda One In A Million

Content Marketing For New Business

Harga Sayur Tempatan Meningkat 150 Peratus

Dikurung Ditekap Seterika Selepas Didakwa Hamilkan Teman Wanita

Tanya Chatgpt Di Whatsapp


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Muna Shahirah Datanglah Sayang Chord

Ini Pasal Deep

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Top Investment Platforms In The Philippines 2025