Muhammad Noah Nama Baby Paling Popular Di Uk Dalam Senarai Top 100
Nama Muhammad dan Noah menduduki tempat pertama dan kedua bagi pemilihan nama bayi di negara United Kingdom tahun ini iaitu tahun 2022.
Menurut laporan, selain Muhammad, beberapa nama Muslim yang lain juga turut tersenarai dalam nama pilihan tersebut seperti Noah (tempat kedua), Ali (31) dan Adam (38).
Difahamkan, senarai 100 teratas tersebut dikeluarkan oleh Baby Centre yang menyenaraikan nama-nama pilihan didaftarkan ibu bapa bagi bayi mereka yang baru lahir.
Merujuk Daily Mail, jadual senarai yang dikeluarkan itu melihat kepada pola kecenderungan ibu bapa dalam meletakkan nama-nama pilihan kepada bayi mereka.
Dalam 100 nama senarai yang dikeluarkan itu, menunjukkan tidak banyak perubahan dengan ‘Muhammad’ masih mendahului carta dan diikuti nama ‘Noah’ dalam carta senarai nama lelaki 2022.
Sementara itu, nama ‘Ali’ berada di tangga ke-31 daripada 100 senarai nama yang popular di Eropah itu. Antara nama Muslim ialah Yusuf (53), Ahmad (63), Omar (72), Abdullah (77), Abdul (84), Ibrahim (92) dan Syed (94).
Di sebalik senarai ini, nama Muhammad terbukti menjadi pilihan utama kebanyakan ibu bapa di negara itu, sekaligus memintas beberapa nama ‘Inggeris’ lain yang cliche seperti Jack (3), George (7), Harry (13), Henry (17), Ryan (24) dan banyak lagi.
Selain itu, menurut Daily Mail, difahamkan pengaruh kerabat diraja juga turut memberikan inspirasi kepada ibu bapa dengan melihat nama tersebut dari aspek berprofil tinggi.
Trend itu dilihat masih kekal sehingga kini oleh ibu bapa yang banyak mengambil inspirasi dari ahli keluarga diraja, sebagai contoh nama anak perempuan Lily daripada pasangan kerabat diraja Putera Harry dan Meghan.
Sementara itu, kes konflik dua bekas pasangan selebriti terkenal US, Johnny Depp dan Amber Heard juga turut mempengaruhi kemahuan ibu bapa dalam menamakan anak mereka.
Mengikut laporan Daily Mail, kes saman fitnah antara Johnny dan Amber yang berakhir baru-baru ini turut memberikan impak negatif ke atas kedua-dua nama itu.
Ekoran itu, tiada seorang pun bayi lelaki yang dinamakan sebagai Johnny pada tahun ini, malah sama seperti Amber, nama itu tidak tersenarai dalam carta nama bayi perempuan buat kali pertama.
Bagi senarai 100 teratas nama-nama bayi perempuan paling popular di UK tahun ini, Lily menduduki tempat pertama, diikuti Sophia di tempat kedua dan Olivia di tempat ketiga.
Dalam masa sama, beberapa nama Muslim juga turut menjadi pilihan seperti Fatima (27), Nur (29), Maryam (33), Aisha (37) dan Eva atau Hawa (67).
Kredit: Dailymail
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Muhammad, Noah” Nama Baby Paling Popular Di UK Dalam Senarai ‘Top 100’ appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/muhammad-noah-nama-baby-paling-popular-di-uk-dalam-senarai-top-100/