Mufti Wp Buat Semakan Dengan Jpn Muhammad Sajjad Wajib Secara Syarak Beribadah Berpakaian Seperti Lelaki


Mufti WP buat semakan dengan JPN,  Muhammad Sajjad wajib secara syarak beribadah, berpakaian seperti lelaki! Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Sajat perlu menunaikan ibadah umrah berdasarkan jantina asalnya iaitu lelaki.

SEJAK Ahad, isu Nur Sajat hangat diperkatakan gara-gara usahawan kosmetik tersebut memuat naik gambar dan videonya di laman sosial, berpakaian wanita sewaktu berada di Makkah sekali gus menimbulkan kekeliruan orang ramai mengenai jantina dan ibadah umrahnya.
Bagaimanapun, pertikaian mengenai jantina sebenar usahawan kosmetik tersebut terjawab, selepas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil dengan satu kenyataan pada Selasa.
Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Facebook, Zulkifli berkata berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sewaktu pertemuan dengan jabatan itu pada Isnin, jantina usahawan kosmetik tersebut didaftarkan sebagai lelaki.
“Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki.

“Maka, pendirian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP)  berkenaan jantina beliau adalah berdasarkan apa yang tertera dalam daftar kad pengenalannya dan sijil kelahirannya. Justeru, segala hukum hakam ibadat hendaklah diikut secara lelaki,” kata Zulkifli.
Sajat mengenakan telekung dan berpakaian seperti wanita ketika berada di Makkah. 
Dalam kenyataan yang sama, Zulkifli menjelaskan adalah wajib bagi seorang transgender (mukhannas) menunaikan umrah dengan jantina asalnya.
“Ini juga bertepatan dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke 28 Musim Haji 1433H pada kertas kerja bertajuk Khunsa Dan Mukhannas Dalam Permasalahan Ibadat Haji.
“Dalam konteks isu ini, Muhammad Sajjad wajib secara syarak sebagaimana yang termaktub dalam Al-Qur’an dan Hadis untuk beribadah dan berpakaian seperti lelaki,” demikian menurut Zulkifli.
Sementara saudara Muhammad Sajjad berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, saya syorkan agar zahirkan diri sebagai seorang lelaki dan beribadatlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh di samping mengisi masa dengan acara-acara ibadat.
Dalam pada itu, Zulkifli turut menasihati usahawan tersebut agar jujur kepada diri sendiri dan mengambil peluang untuk beribadat bersungguh-sungguh sementara masih berada di Tanah Suci.
“Sementara saudara Muhammad Sajjad berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, saya syorkan agar zahirkan diri sebagai seorang lelaki dan beribadatlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh di samping mengisi masa dengan acara-acara ibadat.
“Saya doakan semoga Allah SWT kurniakan kebaikan, taufiq dan hidayah kepada saudara Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman dan jadikanlah umrah kali ini sebagai satu titik perubahan dalam kehidupaan anda, amin. Bak kata Hamka ‘Hidup hanya sekali, justeru biarlah bererti’,” katanya lagi.
Sajat sebelum berlepas ke Makkah bersama rakan-rakan dan ibunya.
Zulkifli secara umumnya turut menasihatkan umat Islam yang ingin menunaikan umrah agar memahami maksud sebenar ibadah berkenaan, selain jujur kepada diri sendiri dan berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak.
Mufti itu turut menasihati netizen agar tidak sewenang-wenangnya memberi komen bersabit isu berkenaan.
“…fahami latar belakang isu terlebih dahulu meraikan adab, tabayyun (selidik) dan uslub (gaya) dakwah yang akan memberi banyak kesan samada positif atau negatif. Gunakan bahasa yang baik atau teguran yang membina,” ujarnya lagi. 
Sumber: Mstar Online
The post Mufti WP buat semakan dengan JPN, Muhammad Sajjad wajib secara syarak beribadah, berpakaian seperti lelaki! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/mufti-wp-buat-semakan-dengan-jpn-muhammad-sajjad-wajib-secara-syarak-beribadah-berpakaian-seperti-lelaki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Wp Ulas Isu Sajat Pergi Umrah Muhammad Sajjad 2020

Mufti Wp Ulas Isu Sajat Pergi Umrah Muhammad Sajjad 2020

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 835 hits
Mufti WP ulas isu Sajat pergi umrah Muhammad Sajjad 2020 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Niat di hati taknak ulas tentang isu hangat viral pada awal Februari 2020 kelmarin berkaitan saudara Sajat yang dengan beraninya menjejakka...
Wajib Berihram Haram Berpakaian Wanita Pu Rahmat Ulas Isu Umrah Sajjad

Wajib Berihram Haram Berpakaian Wanita Pu Rahmat Ulas Isu Umrah Sajjad

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 1045 hits
Perihal ushawan kosmetik Sajjad mengerjakan ibadah Umrah dengan berpenampilan seperti wanita masih lagi hangat diperkatakan Terbaru menerusi Facebook Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan telah berkongsi pendapat mengenai isu usahawan kosmetik terse...
Jpn Sahkan Lelaki Sajat Wajib Tunai Umrah Ikut Jantina Asal Mufti Wp

Jpn Sahkan Lelaki Sajat Wajib Tunai Umrah Ikut Jantina Asal Mufti Wp

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 755 hits
Isu usahawan kosmetik Nur Sajat yang berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah di Makkah memberikan kesan kepada masyarakat sehingga menjadi perbualan hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu Enggan pelbagai persoalan terus t...
Umrah Muhammad Sajjad Sah Jika Cukup Syarat Tetapi Dia Tidak Hidup Secara Fitrah Maka Allah Takkan Reda

Umrah Muhammad Sajjad Sah Jika Cukup Syarat Tetapi Dia Tidak Hidup Secara Fitrah Maka Allah Takkan Reda

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 2292 hits
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Syukri Mohamad berkata ibadat Muhammad Sajjad Kamaruzzaman di tanah suci sah sekiranya umrah yang dilakukannya itu mencukupi syarat Isu dia berpakaian wanita itu adalah kesalahan lain Jika melihat dari segi ibad...
Dia Seorang Lelaki Secara Biologinya Mujahid Kesal Dengan Tindakan Muhammad Sajjad Cemarkan Imej Islam

Dia Seorang Lelaki Secara Biologinya Mujahid Kesal Dengan Tindakan Muhammad Sajjad Cemarkan Imej Islam

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 497 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof meluahkan rasa kesalnya terhadap Muhammad Sajjad dan rakan rakannya yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita sekali gus telah mencemarkan imej Islam dan hubu...
Sajjad Tak Selesa Berpakaian Lelaki Di Tanah Suci Sumber

Sajjad Tak Selesa Berpakaian Lelaki Di Tanah Suci Sumber

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 814 hits
Sajjad tak selesa berpakaian lelaki di Tanah Suci SumberMedia melaporkan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah kembali ke Malaysia pada jam 5 pagi tadi Perkara itu disahkan oleh rakan kepada mutawwif yang bersama Sajjad sepan...
Mujahid Minta Skkm Sekat Muhammad Sajjad Dari Media Sosial Serta Merta

Mujahid Minta Skkm Sekat Muhammad Sajjad Dari Media Sosial Serta Merta

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 640 hits
The ReporterMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meminta SKMM menyekat usahawan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang menimbulkan kontroversi memakai telekung di Makkah dikenakan sekatan serta merta dari memuat na...
Isu Muhammad Sajjad Kamaruzzaman Pakai Telekung Di Makkah Adalah Remeh Dr Maza

Isu Muhammad Sajjad Kamaruzzaman Pakai Telekung Di Makkah Adalah Remeh Dr Maza

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 1069 hits
The ReporterIsu Muhammad Sajjad memakai telekung di Tanah Suci menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan usahawan kosmetik itu Tetapi bagi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abi...
Diri Jiwa Saya Adalah Perempuan Saya Bertuah Dapat Buat Umrah Muhammad Sajjad

Diri Jiwa Saya Adalah Perempuan Saya Bertuah Dapat Buat Umrah Muhammad Sajjad

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 1070 hits
Viral di media sosial baru baru ini mengenai usahawan kosmetik Muhammad Sajjad pergi menunaikan umrah bersama dengan ibu bapa dan dua orang anak angkatnya Berdasarkan gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Muhammad Sajjad dili...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Akim The Majistret Gasoline Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo