Mufti Wp Beri Penjelasan Isu Pengaruh Permainan Video Yang Menyebabkan Keganasan


Mufti WP Beri Penjelasan Isu Pengaruh Permainan Video Yang Menyebabkan Keganasan
Kini, permainan video bukan sekadar hiburan kerana ia telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden.
Dari kanak-kanak hingga orang dewasa, ramai yang tidak dapat melepaskan diri daripada keasyikan dunia maya yang dicipta dengan teknologi canggih, penuh aksi dan cabaran seolah-olah membawa pemain menyelami dunia lain.
Namun, di sebalik keseronokan yang ditawarkan, permainan video mempunyai sisi gelap yang sering diperdebatkan.
Tanpa disedari, ia mampu mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak dan berinteraksi dengan dunia sebenar.
Lebih membimbangkan apabila unsur ganas dan agresif dipaparkan berulang kali, ia berpotensi membentuk persepsi dan tingkah laku pemain secara halus.
Melihat kepada isu ini, Mufti Wilayah Persekutuan tampil memberikan penjelasan berhubung pengaruh permainan video yang dikatakan boleh membawa kepada keganasan.
SOALAN
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang isu terkini yang berlaku di mana seorang kanak-kanak dikatakan mencederakan adiknya kerana pengaruh daripada permainan video yang dia bermain. Apakah pandangan syarak terhadap perbuatan bermain permainan video seperti itu sehingga membawa kepada perlakuan ganas seperti itu?
RINGKASAN JAWAPAN
Hukum bermain permainan video yang membawa perlakuan ganas khususnya bagi golongan yang mudah terpengaruh seperti kanak-kanak dan remaja adalah haram. Oleh yang demikian, ia perlu untuk dikawal dan dibendung supaya tidak berlaku perlakuan ganas kepada diri mereka sendiri dan orang di sekelilingnya.
Waallahu a’lam.
HURAIAN JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Pada umumnya dalam hal berkaitan permainan video ini, hukum asalnya adalah harus kerana tiada nas atau dalil yang mengharamkannya. Oleh yang demikian, ia mengambil hukum asalnya iaitu harus. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa:
الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
Maksudnya: Hukum asal segala sesuatu (yang bermanfaat) adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan ke atas pengharamannya.
Walau bagaimanapun, hukum ini boleh berubah kepada makruh atau haram apabila permainan tersebut membawa kepada perkara yang negatif seperti melalaikan, membuang masa dan menimbulkan kemudaratan, apatah lagi sekiranya melanggar Maqasid Shariah.
Apabila diperhatikan dengan lebih mendalam, terdapat beberapa kerosakan dan kemudaratan yang boleh berlaku akibat daripada permainan video yang ganas ini seperti pengaruh yang menyebabkan seseorang ingin menirunya, menyebabkan ketagihan dalam bermain dan mengabaikan tanggungjawab kerana dilalaikan dengan permainan dan sebagainya.
Semua perkara ini secara pasti akan berlaku kepada seseorang yang tidak mempunyai benteng keimanan dalam diri yang kukuh.
Oleh yang demikian, sekiranya hal ini berlaku, sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan yang mengancam beberapa maqasid yang dijaga oleh syarak iaitu hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa) dan hifz al-‘aql (pemeliharaan akal).
Oleh itu, berdasarkan kaedah fiqh sekiranya sesuatu itu secara sangkaan kuatnya akan membawa kepada perkara yang haram, maka perkara tersebut juga menjadi haram.
‌مَا ‌يَقْطَعُ ‌بِتَوْصِيلِهِ ‌إلَى ‌الْحَرَامِ ‌فَهُوَ ‌حَرَامٌ
Maksudnya: Apa yang pasti membawa kepada perkara yang haram, maka hukumnya juga adalah haram.
Hal ini bergantung kepada keadaan dan situasi setiap individu secara spesifik dimana seseorang pasti terpengaruh kepada perbuatan tersebut seperti kanak-kanak dan remaja yang masih mentah pemikirannya. Oleh yang demikian, hukum pengharaman disebabkan hal ini bergantung kepada ‘illahnya berdasarkan kaedah:
.‌الحكم ‌يدور ‌مع العلة وجوداً وعدماً
Maksudnya: Hukum itu beredar bersama dengan illahnya pada kewujudan dan ketiadaan hukum.
Tambahan pula, bagi golongan kanak-kanak dan remaja ini ia akan membawa kepada kesan negatif terhadap psikologi dan potensi sosial.
Antara kesan negatif yang dikenal pasti termasuk kehilangan empati, munculnya kata-kata kotor dan kasar serta kecenderungan tingkah laku agresif yang tidak dapat dikawal.
Dalam perkembangan terkini, pihak kerajaan juga telah menyatakan hasrat untuk meneliti mekanisme terbaik dalam mengawal selia permainan video dalam talian bagi mengelakkan kejadian ini daripada berulang pada masa yang akan datang.
Pihak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bersetuju dan menyokong penuh usaha ini bagi mengelakkan daripada pendedahan unsur-unsur berbahaya dan ekstrim daripada permainan video ini yang merosakkan pemikiran dan psikologi kanak-kanak di Malaysia.
Kesimpulan
Kesimpulannya, hukum bermain permainan video yang berunsurkan keganasan dan ekstrim khususnya kepada golongan yang pasti akan terpengaruh seperti kanak-kanak dan remaja adalah haram.
Oleh yang demikian, ia perlu untuk dikawal dan dibendung sebagai langkah untuk mencegah daripada perbuatan-perbuatan yang akan membawa kemudaratan kepada diri kanak-kanak tersebut dan orang yang berada di sekelilingnya.
WaAllahu a’lam.
BACA: Boleh Ke Suami Berhutang Mas Kahwin? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Mufti WP Beri Penjelasan Isu Pengaruh Permainan Video Yang Menyebabkan Keganasan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/03/mufti-wp-beri-penjelasan-isu-pengaruh-permainan-video-yang-menyebabkan-keganasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Exco Pemuda Bersatu Disiasat Isu Video Berkaitan Perjanjian Dagangan M Sia As

Exco Pemuda Bersatu Disiasat Isu Video Berkaitan Perjanjian Dagangan M Sia As

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 204 hits
Alyaa AlhadjriSeorang pemimpin Pemuda Bersatu dibebaskan daripada tahanan polis hari ini berhubung siasatan hasutan yang di kaitkan dengan video yang didakwa mengkritik perjanjian perdagangan timbal balas Malaysia AS yang ditandatangani den...
Kelantan Dendam Isu Tanah Pusaka Video Tular Anak Disunting Punca Lelaki Dibunuh

Kelantan Dendam Isu Tanah Pusaka Video Tular Anak Disunting Punca Lelaki Dibunuh

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 384 hits
MUHAMMAD AYMAN GHAFFALokasi kejadian mangsa maut ditetak sepupu isterinya dalam kejadian di Kampung Kok Bedullah Tumpat semalam Foto IHSAN POLISTUMPAT Dendam berkaitan isu tanah pusaka dipercayai menjadi salah satu punca seorang pemandu jen...
Pengesahan Dan Penjelasan Rasmi Mengenai Isu Terkini

Pengesahan Dan Penjelasan Rasmi Mengenai Isu Terkini

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 144 hits
KENYATAAN RASMI PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA Persatuan Bolasepak Malaysia telah menerima keputusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa mengenai rayuan yang dikemukakan yang mana telah ditolak FAM bercadang untuk menghubungi FIFA bag...
Permainan Video Ganas Berisiko Jejas Kesihatan Mental Kanak Kanak Dzulkefly

Permainan Video Ganas Berisiko Jejas Kesihatan Mental Kanak Kanak Dzulkefly

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 153 hits
Permainan Video Ganas Berisiko Jejas Kesihatan Mental Kanak kanak Dzulkefly KUALA SELANGOR 2 Nov Kanak kanak yang terdedah dan kerap bermain permainan video berunsur ganas berisiko mengalami gangguan kesihatan mental sekiranya tidak dipanta...
Penjelasan Pmx Isu 40

Penjelasan Pmx Isu 40

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 123 hits
Tentang 40 bayaran dari hasil cukai Sabah jawapan PMX Aku pun tak terfikir juga Hasil yang Kerajaan Pusat perolehi dari Sabah adalah sebanyak RM10 bilion Kalau 40 yang patut Pusat patut bayar RM4 bilion saja Akan tetapi peruntukan untuk neg...
Youtube Akan Hadkan Lebih Banyak Kandungan Permainan Dengan Keganasan Grafik

Youtube Akan Hadkan Lebih Banyak Kandungan Permainan Dengan Keganasan Grafik

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 146 hits
YouTube mengumumkan kemas kini pada garis panduan komuniti yang bertujuan mengehadkan tontonan terhadap kandungan permainan video yang memaparkan unsur 8220 keganasan grafik 8221 Bermula 17 November 2025 pengguna di bawah umur 18 tahun dan ...
Kes Video Tular Zus Coffee Tampil Beri Penjelasan

Kes Video Tular Zus Coffee Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 181 hits
Kes Video Tular Zus Coffee Tampil Beri Penjelasan Rangkaian jenama kopi tempatan terkemuka ZUS Coffee mengeluarkan kenyataan hari ini susulan penularan sebuah video di media sosial yang memaparkan insiden interaksi di salah satu cawangannya...
Hiburan Ni Fighter Ke Gangster Tular Video Pertandingan Wwc Championship Malaysia Melibatkan Kanak Kanak

Hiburan Ni Fighter Ke Gangster Tular Video Pertandingan Wwc Championship Malaysia Melibatkan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 210 hits
Tular di media sosial rakaman pertandingan WWC Championship Malaysia yang mencetuskan perdebatan hangat apabila menampilkan kanak kanak menyertai perlawanan Mixed Martial Arts dalam acara tersebut Rakaman yang dimuat naik oleh pengguna mena...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jbl Grip Just Landed Designed To Move Built To Blast

Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker