Mufti W Persekutuan 6 Perkara Mengenai Umrah Dan Transgender




Ingatan Untuk Sajat Dan Umat Islam.
  
AL-HAMDULILLAH, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Saya doakan saudara Sajat berada dalam taufiq, hidayah dan ‘afiah sentiasa. Isu ini menjadi hangat sehingga tempiasnya kena juga kepada Mufti Wilayah Persekutuan.

Jika dijawab, akan ada yang bertanya, “Kenapa begitu, kenapa tidak begini?”. Jika tidak dijawab, akan ada yang bertanya, “Mengapa berdiam diri?”. Itulah kelazimannya.

Berhubung isu berkaitan Transgender, kami telah mengulasnya dengan panjang lebar dalam beberapa buah artikel di laman web sejak tahun 2015:

QALAM MUFTI SIRI KE-29: WASPADA ANCAMAN NORMALISASI LGBT AL-KAFI SIRI KE-578 : BUDAYA LGBT, HADAPILAH DENGAN ILMUBAYAN LINNAS SIRI KE-5: ISU TRANSGENDER, TASYABBUH ATAU PENYERUPAANIRSYAD AL-FATWA SIRI KE-202: HUKUM HAKAM BERKAITAN KHUNSA
Di samping memberikan penjelasan melalui penulisan, saya juga mengadakan lawatan berkala untuk bertemu komuniti transgender bagi menyampaikan mesej dakwah dan rahmah Islam.
Dalam masa yang sama, kami juga tidak lupa untuk menegaskan kewajipan untuk mereka kembali ke pangkal jalan.

BACA: 'Tiada pembuktian saintifik Sajjad adalah khunsa' - Mujahid
BACA: Isu Sajat tunai umrah, pemilik agensi pelancongan mengadap menteri

Saya mengambil maklum isu yang sedang berlaku berhubung Sajat pada sebelum, semasa menunaikan umrah di Mekah dan kini di Madinah. Untuk makluman, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) tidak pernah terlibat dalam pengesahan identiti jantina beliau yang diuruskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2018.

Justeru, jika berhubung pengesahan jantina melibatkan pakar perubatan, ianya berada di bawah urusan pihak JAKIM.

Nasihat

Saya nasihatkan seperti berikut:

1. Fahamilah maksud sebenar ibadah umrah.

Imam al-Nawawi pada awal mukadimah kitabnya menyeru kepada bakal haji dan umrah supaya bertaubat daripada segala maksiat dan segala perkara yang makruh serta berusaha mengislahkan diri. (Lihat al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-Umrah, hlm. 48)Apakah niat kita menunaikan umrah? Ambil waktu yang sunyi, hening di tengah malam semasa bermunajat kepada Allah SWT untuk bertanya kepada diri kita soalan tersebut. Saya amat pasti, tidak ada yang menunaikan umrah hanya untuk melancong dan berseronok. Umrah adalah pengembaraan rohani seseorang untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.2. Fikir terlebih dahulu sebelum bertindak.

Adakah tindakan itu menguntungkan diri, keluarga dan negara atau sebaliknya? Dalam urusan ibadah, kita wajib mengikut syarak, bukannya mengikut hati dan perasaan.

Apatah lagi jika seseorang itu dikenali ramai, sudah tentu apa jua bentuk tindakannya akan diperhatikan. Yahya bin Sa’id al-Ansari berkata:
لا تفعل فإنك إمام منظور إليك
Maksudnya: “Jangan berbuat sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu, kerana anda di hadapan mereka yang memerhati anda.” (Lihat Tarikh Dimasyq, 50/357)

3. Agensi pengelola umrah wajib bertanggung jawab sepenuhnya.

Mereka hendaklah memelihara dan membimbing jemaah supaya mereka mengikut hukum syarak dan undang-undang setempat. Sepatutnya sentiasa memberi panduan dan peringatan kepada jemaah seliaan mereka agar menepati kehendak ibadat itu sendiri.

4. Allah SWT Maha Kuasa

Allah SWT tidak perlu tunduk kepada kehendak sesiapa untuk memberikan dosa atau pahala. Dia boleh melaksanakannya pada bila-bila masa, tempat dan keadaan yang dikehendaki-Nya. Sedikit firman-Nya untuk renungan kita: 

وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّـهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِن دَابَّةٍ وَلَـٰكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَإِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِعِبَادِهِ بَصِيرًا

Maksudnya: “Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.” (Surah Fatir: 45)

5. Jujurlah kepada diri sendiri.

Seseorang itu lebih tahu hakikat dirinya. Justeru, jadilah kita sebagai diri kita yang hakiki, bukan dibuat-buat. Allah SWT berfirman:

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا
Maksudnya: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”(Surah al-Isra’: 7)
6. Jangan mudah memberi komen.
Hal ini saya tujukan kepada semua termasuk diri ini terutamanya netizen supaya memahami latarbelakang isu terlebih dahulu disamping meraikan adab, tabayyun (selidik) dan uslub (gaya) dakwah yang akan memberi banyak kesan samada positif atau negatif.
Gunakan bahasa yang baik atau teguran yang membina. Budayakan dan amalkan prinsip al-din al-nasihah (agama itu adalah nasihat) mengikut kehendak Nabi SAW.
Pendirian (Mauqif) Dalam Isu Jantina
Atas rasa amanah dan tanggungjawab, PMWP mengambil inisiatif untuk bertemu pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 3 Februari 2020 bagi mendapatkan pengesahan butiran lengkap beliau yang tersebar di media sosial.
Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman. Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki.
Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki.
Sehingga kini, tidak ada dokumen rasmi perubatan yang dikemukakan oleh Muhammad Sajjad bagi membuktikan bahawa beliau adalah wanita. Berdasarkan Arahan Jabatan Pendaftaran Negara Bil. 9/2007 perenggan 5.7.1., pindaan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak dibenarkan kecuali atas perintah mahkamah. Dokumen yang diperlukan adalah:Perintah mahkamah yang mengandungi butir-butir pengisytiharan jantina baru pemohon.Surat pengesahan doktor kerajaan (jika ada)Surat pengesahan pembedahan penukaran jantina yang dikeluarkan oleh hospital berkenaanSijil lahir (asal dan salinan)Sila rujuk keputusan Nanthan Balan Tan vs Jabatan Pendaftaran Negara.
Terdapat kaedah fiqh yang masyhur menyatakan:نحن نَحْكُم بالظواهر والله يتولى السرائر
Maksudnya: “Kita menghukum berdasarkan apa yang terzahir, dan Allah menguruskan apa yang tersembunyi.”
Selain itu, saya juga berpegang dengan kaedah berikut:الأصل بقاء ما كان على ما كانMaksudnya: “Asal kepada sesuatu perkara kekal seperti sebelumnya”
Maka, pendirian PMWP berkenaan jantina beliau adalah berdasarkan apa yang tertera dalam daftar kad pengenalannya dan sijil kelahirannya. Justeru, segala hukum hakam ibadat hendaklah diikut secara lelaki.
Hukum Umrah Transgender
Saya nyatakan seperti berikut:Wajib bagi seorang transgender (mukhannas) menunaikan umrah dengan jantina asalnya. Walaupun umrahnya sah jika mematuhi rukun umrah, perbuatannya tetap haram dan dikira berdosa. Malah, dia boleh dikenakan dam kerana melanggar wajib umrah. Masalah ini disebut oleh para fuqaha sebagai infikak al-jihah (hukum yang terpecah kepada beberapa bahagian).Ini juga bertepatan dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke 28 Musim Haji 1433H pada kertas kerja bertajuk Khunsa Dan Mukhannas Dalam Permasalahan Ibadat Haji. Muzakarah menyimpulkan bahawa bagi mukhannas semulajadi atau yang disengajakan, telah melakukan pembedahan tukar jantina atau tidak dan kes menukar jantina dengan melakukan pembedahan bukan disebabkan keharusan syarak, maka hukum individu tersebut termasuk ibadat haji dan umrah hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya. Dalam konteks isu ini, Muhammad Sajjad wajib secara syarak sebagaimana yang termaktub dalam al-Qur’an dan Hadith untuk beribadah dan berpakaian seperti lelaki.Hormatilah Negara dan Undang-Undang Kita

Seluruh dunia Islam menghormati Malaysia kerana pengurusan haji dan umrah yang amat sistematik. Imej Malaysia sebagai negara yang disegani dari sudut pengurusan haji dan umrah perlulah terus dipelihara.
Sebarang tindakan yang dilakukan oleh jemaah haji dan umrah, boleh memberi impak kepada hubungan baik dan kerjasama Malaysia – Arab Saudi. Oleh itu, jangan sesekali menyebabkan tercetusnya sangkaan yang buruk kepada Malaysia.
Peruntukan undang-undang syariah berhubung kesalahan wanita menyerupai lelaki (pengkid) dan hukum lelaki menyerupai perempuan (pondan dan mak nyah) telah sedia diperuntukkan di dalam akta dan enakmen negeri-negeri.
Maka, menjadi tanggungjawab pihak berautoriti untuk melaksanakannya dengan penuh amanah, berhemah dan bijaksana.
Ambillah Peluang
Sementara saudara Muhammad Sajjad berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, saya syorkan agar zahirkan diri sebagai seorang lelaki dan beribadatlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh di samping mengisi masa dengan acara-acara ibadat seperti berikut:Banyakkan bertaubat dan beristighfarBanyakkan berselawat ke atas Nabi SAWBanyakkan solat di Masjidil Haram dan Masjid NabawiSaya doakan semoga Allah SWT kurniakan kebaikan, taufiq dan hidayah kepada saudara Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman dan jadikanlah umrah kali ini sebagai satu titik perubahan dalam kehidupaan anda, amin.

Bak kata HAMKA, “Hidup hanya sekali, justeru biarlah bererti.”
Saya akhiri dengan doa:اَللَّهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا إتِّبَاعَه وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اِجْتِنَابَهMaksudnya: Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Ya Allah tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikan kepada kami untuk menjauhinya.
Dr. Zulkifli Mohamad al-BakriMufti Wilayah PersekutuanPejabat Mufti Wilayah PersekutuanJabatan Perdana Menteri

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/mufti-wpersekutuan-6-perkara-mengenai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Wp Ulas Isu Sajat Pergi Umrah Muhammad Sajjad 2020

Mufti Wp Ulas Isu Sajat Pergi Umrah Muhammad Sajjad 2020

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 811 hits
Mufti WP ulas isu Sajat pergi umrah Muhammad Sajjad 2020 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Niat di hati taknak ulas tentang isu hangat viral pada awal Februari 2020 kelmarin berkaitan saudara Sajat yang dengan beraninya menjejakka...
Pendakwah Jelas Cara Transgender Menunaikan Ibadah Umrah

Pendakwah Jelas Cara Transgender Menunaikan Ibadah Umrah

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 368 hits
Assalammualaikum dan salam sejahtera Apabila sampai seruan untuk menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci sama ada bagi mengerjakan umrah atau haji tunaikanlah tuntutan itu kerana Insya Allah dengan izin Nya semua urusan serta perancangan ber...
Haram Berpakaian Wanita Berikut Tatacara Golongan Transgender Jika Ingin Menunaikan Umrah Haji

Haram Berpakaian Wanita Berikut Tatacara Golongan Transgender Jika Ingin Menunaikan Umrah Haji

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 580 hits
Haram berpakaian wanita Berikut tatacara golongan transgender jika ingin menunaikan umrah haji Assalamualaikum dan salam sejahtera Nampaknya masih belum reda dengan Penuh jugalah cerita dengan laman facebook Tak juga panasnya dengan berita ...
K Jaan Ph Lembik Tengkuk Liberalism Terancang Umrah Transgender

K Jaan Ph Lembik Tengkuk Liberalism Terancang Umrah Transgender

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 269 hits
Liberalism yang terancangTRANSGENDER pergi umrah Hari ini kita diberitakan dengan seorang lelaki yang berwatak perempuan pergi mengerjakan umrah Kemudian dengan selambanya mengenakan telekung Kita boleh bayangkan bagaimana sekiranya orang i...
Jpn Sahkan Lelaki Sajat Wajib Tunai Umrah Ikut Jantina Asal Mufti Wp

Jpn Sahkan Lelaki Sajat Wajib Tunai Umrah Ikut Jantina Asal Mufti Wp

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 734 hits
Isu usahawan kosmetik Nur Sajat yang berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah di Makkah memberikan kesan kepada masyarakat sehingga menjadi perbualan hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu Enggan pelbagai persoalan terus t...
11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Novel Coronavirus

11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Novel Coronavirus

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 502 hits
Soalan 1 Apakah Coronavirus Coronavirus adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus dan Middle East Respiratory syndrome ...
Tunai Umrah Tidak Ikut Jantina Asal Haram Berdosa Mufti

Tunai Umrah Tidak Ikut Jantina Asal Haram Berdosa Mufti

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 455 hits
KUALA LUMPUR Perbuatan golongan transgender menunaikan umrah secara tidak mengikut jantina asal mereka adalah haram dan dikira berdosa Memetik BH Online Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri sambil merujuk isu ah...
Bakal Jemaah Umrah Gusar Arab Saudi Kenakan Saringan Ketat

Bakal Jemaah Umrah Gusar Arab Saudi Kenakan Saringan Ketat

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 262 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Langgar prinsip Islam syarat tertentu boleh dikenakan bila bila masaBANGI Wujud kegusaran dalam kalangan bakal jemaah umrah sekiranya kerajaan Arab Saudi mengenakan saringan lebih ketat kepada mereka yang berha...
Dulu Berdoa Mahu Zuriat Di Mekah Kini Siap Bawa Anak Tunai Umrah

Dulu Berdoa Mahu Zuriat Di Mekah Kini Siap Bawa Anak Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 474 hits
fb comments fb comments span fb comments span iframe style min width 100 important width 100 important Pada usia 27 tahun usahawan Hafiz Mahamad disifatkan sangat beruntung kerana ini kali ketiga dia berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suc...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord