K Jaan Ph Lembik Tengkuk Liberalism Terancang Umrah Transgender




Liberalism yang terancangTRANSGENDER pergi umrah

(1) Hari ini kita diberitakan dengan seorang lelaki yang berwatak perempuan, pergi mengerjakan umrah. Kemudian dengan selambanya mengenakan telekung.

Kita boleh bayangkan bagaimana sekiranya orang ini masuk ke ruangan perempuan, bercampur jantina di situ. Bagaimana pula dengan tempat wuduk dan sebagainya.

(2) Allah S.W.T melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan, dan orang perempuan yang menyerupai lelaki;عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لعن الله المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال” رواه البخاري.

“Daripada Ibn Abbas, Rasulullah S.A.W bersabda: Allah S.W.T melaknat golongan lelaki yang menyerupai perempuan, dan golongan perempuan menyerupai lelaki.”
(Shahih Bukhari: 5546)(3) Di dalam hadis yang lain;وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله: لعن الله المرأة تلبس لبسة الرجل, والرجل يلبس لبسة المرأة

“Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: Allah melaknat orang perempuan yang mengenakan pakaian lelaki dan orang lelaki yang mengenakan pakaian perempuan.”
(Sunan Abi Daud: 4098)Larangan di sini bukan semata mata pakaian, akan tetapi penyerupaan (التشبه). Sama ada dari segi pakaian, perhiasan, rupa yang disengajakan, dan banyak lagi.

Frame Kerajaan PH

(1) Secara peribadinya, saya mencadangkan supaya selepas ini, mana mana syarikat travel untuk tidak mengambil golongan mak nyah untuk mengerjakan umrah sekalipun berjanji untuk tidak melanggar etika.

Atas dasar سد الذرائع, melainkan mereka itu sudah benar benar bertaubat dan sudah berwatak asal dalam beberapa tempoh sebelum diterima untuk mengerjakan umrah.

(2) Manakala kerajaan PH yang selama ini dilihat ‘lembik tengkuk’ [1] terhadap golongan ini harus bertanggungjawab sekiranya tidak melaksanakan penguatkuasaan.

Sekiranya kerajaan PH masih lagi berterusan dengan sikap sengal ini, saya yakin gejala ‘Elgibiti’ ini akan semakin menular, dan kemungkinan berjangkit ke dalam pintu rumah Menteri-menteri.

(3) PH yang kerjanya memutar isu, biasanya akan mengatakan “zaman BN pun dah ada mak nyah dan tomboi”. Soalannya, apa gunanya IKRAM yang duduk dalam PH kalau hanya meneruskan kerja BN?

Beginilah frame PH sejak pasca PRU14. Iaitu menyalahkan kerajaan lama, tetapi dalam masa yang sama dilihat mengulangi style BN juga.

(4) Kita perlu lihat bahawa kesengajaan ini bukanlah satu kebetulan. Akan tetapi sebagai penanda aras bahawa Malaysia sedang diheret ke gerbang kebebasan Liberalism.

Seolah-olah Malaysia cuba ‘dilukis’ oleh pemerintahnya sebagai sebuah negara yang mengamalkan kebebasan liberal tahap super. Iaitu pasaran Liberal menjadi komersial atas nama ‘profesional’ [2]

Bukan kebetulan

(1) Liberalism mula dilancarkan sejak sekian lama. Sebelum PRU14, mereka menggambarkan Malaysia ini berada di tahap konservatif, dan tertutup dengan undang undang yang dipertikai [3]

Itu hanya gambaran mereka supaya menghalalkan tindakan mereka mempromosi Liberalism pada hari ini, apatah lagi setelah PH berjaya memenangi PRU14.

(2) Anak-anak muda yang gelojoh diajar menafsirkan Islam secara bebas atas nama maqasid, kemudian menghuraikan Islam dengan logik diri sendiri [4]

Sedangkan bab Fardhu Ain pun belum tentu lepas, apabila para pendukungnya sendiri pun tidak menutup aurat. Seolah-olah memberi gambaran kebebasan kaum wanita.

(3) Justeru, kita perlu faham bukanlah semata mata isu orang lelaki menyamar sebagai wanita, pergi umrah. Akan tetapi lebih kepada ‘serangan’ ideologi.

Sama ada kaitan ini satu kebetulan, atau memang terancang. Seolah olah memprotes sekatan terhadap transgender yang menjadi salah satu elemen perjuangan Liberalism.

(4) Antara gerakan yang memasarkan Liberalism di Malaysia ialah Islamic Reinnassance Front (IRF) [5] dan G25, manakala di bahagian politiknya ialah PKR.

Cuma cara pendekatan ketiga tiga pertubuhan ini dilihat berbeza. Menggambarkan pasaran liberalism ini bukanlah satu kebetulan, bahkan terancang

PKR dan Liberal International

(1) Kita perlu lihat isu ini lebih jauh ke peringkat global. Bagaimana PKR secara rasminya digazetkan sebagai salah satu rangkaian Liberal International [6]

(a) Bahkan penglibatan Nurul Izzah Anwar juga diisytiharkan oleh Liberal International, dalam usaha menerbitkan Manifesto Andorra [7]

(b) Bahkan sejak 2014, Liberal International sudah menzahirkan sokongan mereka terhadap Anwar Ibrahim yang dipenjarakan [8]. Alasan mereka Malaysia adalah negara demokrasi.

(c) Pada 2015, Liberal International membela Anwar Ibrahim atas kes yang kita sedia maklum. LI cuba menggambarkan situasi Undang-undang Malaysia yang dianggap mengongkong [9]

(d) Bahkan pada Mei 2018, ketika Anwar dibebaskan daripada penjara, LI mengeluarkan kenyataan sebagai gambaran Malaysia era baru yang bebas cara Liberal [10]

(2) Justeru kita perlu faham bahawa PKR secara zahirnya dikaitkan dengan Liberal International (LI) yang mempunyai perancangan yang jelas.

Antara perancangan LI adalah memperjuangkan hak kebebasan termasuk ‘Elgibiti’ [11], dan hak hak mereka yang sepatutnya diberikan.

Walau bagaimanapun, perjuangan G25 lebih ‘direct’ berbanding PKR itu sendiri, apabila mereka terus menerus mengempen hak Elgibiti. Manakala PKR dilihat lebih menjaga kepentingan politik.

PH tidak konsisten

(1) Anwar Ibrahim menyatakan secara jelas pada September 2018 bahawa “Tiada tempat untuk Elgibiti di Malaysia” [12] Tak pastilah hanya ‘manis mulut’ atau pendirian sebenarnya.

Sepertimana yang saya nyatakan tadi, Liberal International dasarnya memperjuangkan kebebasan Elgibiti. Zahirnya tidak senada dengan kenyataan Anwar Ibrahim di Malaysia.

(2) Pada Mei 2019, Anwar Ibrahim sekali lagi menyatakan Malaysia tidak boleh tunduk kepada tekanan antarabangsa terhadap isu Elgibiti. [13]

Beliau berkata walaupun negara terpaksa mengambil kira kebimbangan masyarakat antarabangsa, orang asing tidak mempunyai hak untuk menentukan istilah mengenai isu itu. [13]

(3) Bahkan pendirian Pakatan Harapan sendiri dalam isu LGBT tidak konsisten dan agak mengelirukan. Hal ini telah diulas dalam satu artikel yang bertajuk ‘Pakatan Harapan Dan Isu LGBT’. [14]

(4) Pada Julai 2018, IRF menyatakan sudah tiba masanya perbincangan terbuka mengenai seksual minoriti di negara ini, lantaran kemenangan PH dalam PRU14 [15]

Antara yang terbaru pada Januari 2020, Anwar Ibrahim menyarankan para ulamak untuk berbincang berkenaan kritikan G25 [16] terhadap Islam.

Sedangkan pada 2017 lagi JAKIM [17] telah mengeluarkan kenyataan terhadap G25 dan IRF yang membawa ideologi liberal. Bahkan fatwa beberapa negeri juga turut sama [18]. Sepatutnya sudah jelas.

G25 ‘digambar’ sangat berpengaruh
(1) Hari ini timbulnya pertikaian G25 terhadap penubuhan JAKIM itu sendiri [19]. Seolah-olah frame itu sedang berjalan ke arah memansuhkan JAKIM.

Menteri Agama yang ‘dikenali ramai’ dilihat mempertahankan JAKIM dalam isu ini [19], cumanya yang kita bimbangkan ialah usaha belakang tabir untuk menghapuskan institusi ini.

(2) Kita belajar daripada frame-frame sebelumnya, apabila sesuatu isu itu ‘dipanaskan’ pasti ada api yang dinyalakan di bawahnya.

G25 asalnya sebuah kumpulan yang ‘tak ada nama’ mengapa tiba-tiba hari ini boleh muncul sebagai hero yang mampu mengancam JAKIM? bahkan mendapat liputan media?

(3) Isu ini sengaja dihangatkan bagi memunculkan G25 membentuk persepsi masyarakat bahawa badan ini ‘sangat berkuasa’ dan berpengaruh. Inilah peranan media di zaman kerajaan PH

Mengapa suara mereka dipromosikan? Bahkan mendapat respons oleh orang orang kerajaan? Fikirlah. Ia bukan kebetulan yang tidak disengajakan.

(4) Boleh flashback balik bagaimana Siti Kassim boleh terkenal? Bermula dengan isyarat lucahnya dalam satu forum [20] pada 2016, kemudian dipropagandakan oleh media.

Sejak hari itu, kenyataan kenyataan sengalnya terus mendapat liputan media. Pastinya terancang. Dirancang oleh siapa kalau bukan geng sealiran dengan Liberal juga?

[1] https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/390688/amp
[2] Dr Atiullah Othman, Islam Menangani Kepelbagaian, Bab 3.1, hal 95
[3] ibid, hal 96
[4] https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/08/308958/menyanggah-fahaman-liberalisme/amp
[5] Zahrina Zulkepli, Pemikiran Liberal Di Malaysia : Kajian Terhadap Islamic Reinassance Front
[6] https://liberal-international.org/members/pkr_malaysia/
[7] https://liberal-international.org/who-we-are/our-mission/landmark-documents/political-manifestos/liberal-manifesto-2017/#jump-English
[8] https://liberal-international.org/news-articles/government-must-end-persecution-opposition-leader/
[9] https://liberal-international.org/news-articles/dark-hour-rule-law-li-president-anwar-ibrahim-verdict/
[10] https://liberal-international.org/news-articles/liberated-global-liberal-family-celebrates-release-of-anwar-ibrahim/
[11] https://liberal-international.org/9th-edition-lgbti-rights/
[12] https://m.malaysiakini.com/news/444814
[13] https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/15/msia-must-not-bow-to-international-pressure-on-lgbt-issues-says-anwar/
[14] https://www.malaysia-today.net/2019/07/19/pakatan-harapan-dan-isu-lgbt/
[15] https://www.themalaysianinsight.com/s/80380
[16] https://www.google.com/amp/s/amp.sinarharian.com.my/article/65535/BERITA/Nasional/Anwar-saran-ulama-bincang-kritikan-G25
[17] https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/257696/amp
[18] https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/mansuh-kumpulan-g25-mufti-kedah-84487%3famp=1
http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/16-2016/41-kedudukan-terkini-g25
[19] https://www.google.com/amp/s/amp.sinarharian.com.my/article/65801/BERITA/Nasional/Apa-motif-G25-terus-persoal-penubuhan-Jakim
[20] http://www.astroawani.com/video-malaysia/siti-kassim-tunjuk-isyarat-lucah-di-majlis-125632

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 4/2/2020Lihat Mengenai Maknyah sebelum ini...Kamus Lengkap Bahasa Maknyah atau Bencong.Artis Maknyah, Kajoi Mengaku Bukan Islam..Puak Maknyah Tubuh Gereja, UMNO Tak Bising Pun?'Gadis Tiruan' Sekitar B/Polis Pudu & M/Jamek?Maknyah, Marilah... Gua Cakap Pasal Lu!Dan banyak lagi..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/kjaan-ph-lembik-tengkuk-liberalism.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti W Persekutuan 6 Perkara Mengenai Umrah Dan Transgender

Mufti W Persekutuan 6 Perkara Mengenai Umrah Dan Transgender

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 407 hits
Ingatan Untuk Sajat Dan Umat Islam AL HAMDULILLAH segala puji bagi Allah SWT selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ahli keluarga baginda SAW sahabat Baginda SAW serta orang orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW...
Haram Berpakaian Wanita Berikut Tatacara Golongan Transgender Jika Ingin Menunaikan Umrah Haji

Haram Berpakaian Wanita Berikut Tatacara Golongan Transgender Jika Ingin Menunaikan Umrah Haji

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 580 hits
Haram berpakaian wanita Berikut tatacara golongan transgender jika ingin menunaikan umrah haji Assalamualaikum dan salam sejahtera Nampaknya masih belum reda dengan Penuh jugalah cerita dengan laman facebook Tak juga panasnya dengan berita ...
Pendakwah Jelas Cara Transgender Menunaikan Ibadah Umrah

Pendakwah Jelas Cara Transgender Menunaikan Ibadah Umrah

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 368 hits
Assalammualaikum dan salam sejahtera Apabila sampai seruan untuk menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci sama ada bagi mengerjakan umrah atau haji tunaikanlah tuntutan itu kerana Insya Allah dengan izin Nya semua urusan serta perancangan ber...
Saya Di Malaysia Selalu Dikutuk Dihina Dicaci Sajat Syukur Jalani Umrah Bersama Keluarga

Saya Di Malaysia Selalu Dikutuk Dihina Dicaci Sajat Syukur Jalani Umrah Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 1298 hits
Usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman meluahkan rasa syukur setelah selesai menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya di tanah suci Makkah BACA Sajat berkongsi detik yang penuh bermakna itu di ...
Usahawan Kontroversi Nur Sajat Mengerjakan Umrah Ke Tanah Suci Makkah

Usahawan Kontroversi Nur Sajat Mengerjakan Umrah Ke Tanah Suci Makkah

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 1631 hits
Usahawan Kontroversi Nur Sajat Mengerjakan Umrah Ke Tanah Suci Makkah Kenapa saya selalu dikatakan dilaknat dan syurga itu bukan milik saya kalau begini kejadian saya dimuka bumi ini kenapa Allah jadikan saya dan kenapa tidak orang lain Tia...
Pahala Haji Dan Umrah 9705

Pahala Haji Dan Umrah 9705

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 601 hits
Antara akhlak Rasulullah didalam hadis ialah Suka memudahkan dan tidak suka menyulitkan Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Daftar Isi Al Quran dan Terjemahan Silakan Klik untuk membacanya
Sajat Tukar Identiti Bila Tiba Di Tanah Suci Agensi Umrah Tampil Dedah Hal Sebenar

Sajat Tukar Identiti Bila Tiba Di Tanah Suci Agensi Umrah Tampil Dedah Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 1308 hits
Sejak semalam kecoh di media sosial apabila usahawan kontroversi Nur Sajat berketerampilan lengkap seperti wanita memakai telekung dan purdah ketika menunaikan umrah Kalau anda pernah menonton sebuah video sebelum ini Sajat pernah mengaku b...
Wajib Berihram Haram Berpakaian Wanita Pu Rahmat Ulas Isu Umrah Sajjad

Wajib Berihram Haram Berpakaian Wanita Pu Rahmat Ulas Isu Umrah Sajjad

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 1016 hits
Perihal ushawan kosmetik Sajjad mengerjakan ibadah Umrah dengan berpenampilan seperti wanita masih lagi hangat diperkatakan Terbaru menerusi Facebook Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan telah berkongsi pendapat mengenai isu usahawan kosmetik terse...
Diri Jiwa Saya Adalah Perempuan Saya Bertuah Dapat Buat Umrah Muhammad Sajjad

Diri Jiwa Saya Adalah Perempuan Saya Bertuah Dapat Buat Umrah Muhammad Sajjad

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 1053 hits
Viral di media sosial baru baru ini mengenai usahawan kosmetik Muhammad Sajjad pergi menunaikan umrah bersama dengan ibu bapa dan dua orang anak angkatnya Berdasarkan gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Muhammad Sajjad dili...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids