Mufti Pesan Tabiat Free Rider Dalam Tugasan Kumpulan Tidak Disukai Dalam Agama


Sudah menjadi ‘budaya’ dalam kalangan pelajar universiti setiap kali ada perbincangan kumpulan pasti ada wujud orang yang ‘free rider’ ini. Tak kira jantina sama lelaki atau perempuan.
Namun, apa perasaan golongan seperti ini yang sering membiatrkan kerja sendiri untuk orang lain selesaikan. Ya, ada diantara mereka yang tidak pernah berasa bersalah malah lagi suka jika ada orang lain yang ambil kerja mereka dan selesaikan.
Tapi ingat, apa yang kita buat selalunya memakan diri. Ikuti penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang hukum tabiat ‘free rider’ dalam tugasan berkumpulan.
Soalan
Umumnya semua orang tahu akan kewujudan ‘free rider’ ini adalah biasa dalam sesebuah kerja berkumpulan dalam kalangan pelajar. Bolehkah Datuk Mufti terangkan apakah hukum ‘free rider’ dalam sesebuah kerja berkumpulan?
Jawapan
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, seterusnya mereka yang mengikut jejak langkah Baginda S.A.W sehinggalah ke Hari Perhitungan.
Kami mulakan penulisan ini dengan firman Allah S.W.T:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
(Surah al-Ma’idah: 2)
Ayat ini menerangkan berkenaan suruhan Allah agar manusia saling bantu- membantu dan bekerjasama dalam perkara-perkara kebaikan dan juga meninggalkan kemungkaran serta larangan untuk bekerjasama dalam kemungkaran atau perkara-perkara yang bathil. Perkara ini boleh dipraktikkan dalam tugasan atau aktiviti berkumpulan sama ada dalam bidang pendidikan, ekonomi, pentadbiran dan sebagainya. Akan tetapi, wujud sesetengah individu yang tidak mahu memberikan kerjasama bagi menyelesaikan aktiviti atau tugasan berkumpulan yang telah diamanahkan kepada mereka kemudian mengambil hasil atau faedah seusai ahli kumpulan yang lain menyelesaikan tugasan. Mereka ini digelar dalam kalangan masyarakat sebagai ‘free rider’. Istilah ini kebiasaannya wujud dalam kalangan para pelajar dan juga golongan mahasiswa universiti.
Free Rider bermaksud individu yang mendapat faedah daripada menjadi ahli sesuatu kumpulan tetapi tidak mahu menyumbang untuk kebaikan kumpulan tersebut. [Lihat: Dewan Bahasa dan Pustaka]. Tabiat ini menonjolkan beberapa sikap yang tidak baik seperti:
Pertama: Khianat terhadap amanah yang diberikan.
Tabiat ini jika dilihat pada keseluruhannya, ia berkait dengan sikap khianat terhadap amanah. Ini kerana mereka tidak menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka walhal tugasan itu merupakan amanah buatnya. Khianat terhadap amanah dari seorang guru, khianat terhadap amanah ibu dan bapanya untuk belajar bersungguh-sungguh, juga khianat terhadap amanah universiti iaitu menjalankan kewajipan sebagai seorang pelajar. Amanah bukanlah suatu perkara yang remeh dan tidak perlu diambil serius bahkan ia merupakan suatu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dan hak yang mesti ditunaikan kepada orang lain. Terdapat banyak nas al-Quran dan juga hadith Nabi S.A.W yang menjelaskan mengenai kepentingan menjaga amanah. Firman Allah S.W.T:
{يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ}
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
(Surah al-Anfal: 27)
Syeikh al-Maraghi dalam kitabnya, Tafsir al-Maraghi, berkata bahawa ayat ini menjelaskan larangan mengkhianati amanah Allah iaitu dengan mengabaikan perintah Allah atau melampaui batasan agama dan melanggar larangan-laranganNya yang telah dijelaskan kepada semua melalui al-Quran dan juga larangan mengkhianati Rasulullah S.A.W dengan cara tidak mengikuti penjelasan yang datang daripada Rasulullah S.A.W tetapi menjelaskan apa yang datang daripada hawa nafsunya, atau mengikuti pendapat guru-gurunya, atau bapanya atau perintah-perintah pemerintahnya. Bukan itu sahaja, pengkhianatan kepada Rasulullah S.A.W juga dalam bentuk tidak mengikuti sunnah Baginda S.A.W sebaliknya mengikuti sunnah bapanya atau pemimpinnya yang mendakwa mereka lebih mengetahui apa yang dikehendaki Allah dan RasulNya berbanding dirinya.
Selepas itu, ayat ini juga menerangkan akan larangan mengkhianati amanah sesama kamu dalam segala jenis urusan termasuklah urusan muamalat, perihal akhlak dan juga dalam aspek sosial. Begitu juga larangan mengkhianati pemerintah dalam perihal politik dan juga peperangan kerana ia boleh memanfaatkan pihak musuh. Maka, dalam konteks larangan mengkhianati amanah sesama manusia, khianat terhadap amanah dalam pembelajaran dan pekerjaan turut dilarang oleh Allah S.W.T.
[Lihat: Tafsir al-Maraghi; 9/191-194] Firman Allah S.W.T lagi berkenaan kepentingan menjaga amanah:
{وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ}
Maksudnya: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
(Surah al-Mu’minun: 8)
Ayat ini menerangkan keperluan menunaikan amanah, menghormati, menghormati, menjaga dan mematuhi perjanjian dan akad. Lafaz أمانات adalah bentuk jamak dari kalimah أمانة. Pada asalnya, kalimah ini adalah mashdar (kata terbitan) walhal ia tidak boleh dijamakkan. Hal ini kerana, ia menunjukkan bermacam-macam jenis amanah merangkumi segala bentuk ibadah dan hal-hal lain. [Lihat: Tafsir al-Munir: 297-306]. Ayat ini juga berkait dengan ayat pertama surah ini yang menyatakan berkenaan tujuh sifat atau kriteria utama bagi seorang mukmin yang berjaya dan sifat menjaga amanah adalah sifat yang keenam. Maka, jika tiada sikap amanah dalam diri seseorang, lantas tidak sempurna dirinya untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya.
Terdapat juga larangan bersikap khianat terhadap amanah dalam hadith Nabi S.A.W. Baginda S.A.W bersabda:
«آيَةُ المُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ»
Maksudnya: Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.
Riwayat al-Bukhari (33), Muslim (59)
Melalui hadith ini, dapat difahami bahawa mengkhianati amanah juga merupakan salah satu ciri-ciri orang munafik. Dan amanah ini juga dalam pelbagai bentuk sama ada dalam kewajipan kita sebagai seorang Muslim, seorang pelajar dan sebagainya.
Jelas di sini bahawa berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan juga sabda-sabda Rasulullah S.A.W di atas, amanah mestilah ditunaikan bukannya dikhianati atau dibiarkan. Jika sikap khianat ini wujud dalam diri kita, maka ia memberi kesan-kesan buruk seperti berdosa bagi mereka yang mengkhianati amanah dan Allah marah akan mereka yang tidak amanah sepertimana firman Allah yang telah disebut di atas. Seterusnya, perbuatan khianat ini menyebabkan hilangnya kepercayaan orang lain terhadap diri dan juga membuatkan individu itu tersisih daripada rakan-rakan atas sebab ketidakjujurannya itu. Kemudian, walaupun tugasan yang diberi dapat disiapkan, tetapi perbuatan khianat ini menyebabkan ilmu yang diterima menjadi tidak berkat dan tidak diredhai. Justeru, dalam dunia pembelajaran, para pelajar mestilah mengamalkan sikap amanah dalam menuntut ilmu dan juga ketika menyelesaikan tugasan terutamanya tugasan berkumpulan.
Kedua: Menipu
Tabiat ‘free rider’ ini pada hakikatnya juga mengandungi unsur-unsur menipu iaitu perbuatan curang atau kata-kata dusta serta mengenakan tipu daya terhadap orang lain. [Lihat: Kamus Bahasa Melayu; tipu, menipu]. Mereka memperdaya rakan-rakan sekumpulannya dengan berbagai alasan yang tidak munasabah dan juga berkata-kata dusta terhadap janji-janji mereka untuk menyiapkan tugasan bersama misalnya. Walhal, perbuatan menipu ini amat dilarang dan dibenci Allah S.W.T dan RasulNya.
Sabda Rasulullah S.A.W:
»لَيْسَ مِنَّا مَنْ غَشَّ«
Maksudnya: “Bukan dari kalangan kami (umat Muhammad S.A.W) siapa yang menipu”.
Riwayat Abu Daud (3452)
Imam al-Khattabi berkata hadith ini (bukan dari kalangan kami) bermaksud bukan ikutan dan juga pegangan umat Muhammad yakni siapa yang menipu atau mengkhianati saudaranya maka dia telah meninggalkan ajaran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Sebahagian ulama’ lain pula menyatakannya sebagai keluar dari agama Islam. Akan tetapi ia bukanlah yang takwil yang sebetulnya.
Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى البِرِّ، وَإِنَّ البِرَّ يَهْدِي إِلَى الجَنَّةِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا. وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الفُجُورِ، وَإِنَّ الفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا
Riwayat al-Bukhari (6094)
Maksudnya: Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur maka ia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu akan membawa kepada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan mengiringi ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta maka akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta”.
Imam al-Nawawi menghuraikan hadith ini bahawa ia galakan bagi setiap insan untuk bersifat dengan sifat benar dan melaziminya, serta larangan dari berdusta dan juga bersikap mudah-mudah dengannya, kerana jika terlalu bermudah-mudah dengan sifat menipu ini, maka lama kelamaan terbiasalah ia. [Lihat: al-Minhaj Syarh Shohih Muslim; 16/160].
Justeru itu, tabiat free rider ini yang mempunyai unsur penipuan ini amatlah ditegah dari menjadi amalan seseorang khususnya dalm diri seseorang pelajar. Bahkan seperti hadith di atas, larangan Rasulullah S.A.W begitu kuat sehinggakan Nabi S.A.W menyifatkannya boleh membawa kita ke neraka.
Ketiga: Tiada ketekunan dalam menuntut ilmu.
Sikap tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan juga boleh dilihat pada tabiat free rider ini. Mereka kebiasaannya bersikap sambil lewa dan acuh tak acuh dalam melakukan kerja terutamanya dalam aktiviti berkumpulan. Ini kerana mereka beranggapan bahawa ada teman-temannya yang lain yang akan menyelesaikan tugasan berkumpulan tersebut baginya. Sungguh nilai ketekunan amat nipis dalam diri mereka. Sedangkan nilai tersebut merupakan sesuatu yang disukai dicintai Allah S.W.T, maka sebaiknya seorang Muslim menerapkan sifat ini dalam diri mereka.
Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang.”
Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (897) dan al-Baihaqi dalam
Syu’ab al-Iman (4929, 4930 dan 4931) tetapi dengan sanad yang berbeza.
Keempat: Menzalimi orang lain.
Menzalimi orang lain di sini bermaksud menganiaya, menyakiti perasaan orang lain, mensia-siakan atau tidak menunaikan hak orang lain yang wajib ditunaikan. Perkara ini sememangnya dapat dilihat pada tabiat free rider yang menganiaya rakan-rakan sekumpulannya dalam melaksanakan tugasan. Jika adanya hasil lalu mereka mengambil hasil dan juga manfaat seperti markah, ganjaran, skor, penghargaan dan lain-lain dari kesungguhan rakan sekumpulannya, maka dari sudut ini, mereka ini berlaku tidak adil terhadap rakan-rakan sekumpulannya kerana dia tidak melakukan apa-apa tugasan malahan tidak membantu menyempurnakan kerja tersebut.
Sabda Rasulullah S.A.W:
اسْمَعُوا مِنِّي تَعِيشُوا، أَلَا لَا تَظْلِمُوا، أَلَا لَا تَظْلِمُوا، أَلَا لَا تَظْلِمُوا ; إِنَّهُ لَا يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلَّا بِطِيبِ نَفْسٍ مِنْهُ
Maksudnya: “Dengarlah dengan kata-kataku ini dan hiduplah (berpegang teguh) dengannya, ketahuilah janganlah kamu menzalimi, janganlah kamu menzalimi, janganlah kamu menzalimi, sesungguhnya tidak halal bagi kamu harta orang Muslim yang lain melainkan atas kerelaannya”.
[Lihat: Majma’ al-Zawaid; 3/265] Melalui hadith tersebut, zalim di sini juga termasuk dalam konteks mengambil hak orang lain. Maka, perbuatan mengambil hasil dan juga manfaat seperti yang dinyatakan sebelum ini tanpa sebarang bantuan atau sumbangan terhadap tugasan bersama tersebut yang menyebabkan ahli-ahli kumpulan yang lain tidak redha dan tidak rela untuknya, maka mereka ini orang yang zalim.
Perbuatan zalim ini amatlah dilarang dalam Islam. Ia ada disebut di dalam al-Quran:
﴾وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ﴿
Maksudnya: dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
(Surah Ali-Imran: 57)
Begitu juga firman Allah S.W.T:
﴾إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ أُولئِكَ لَهُمْ عَذابٌ أَلِيمٌ﴿
Maksudnya: Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.
Ayat ini menyatakan balasan yang berat dan berdosa besar bagi mereka yang menzalimi orang lain. Maka, perkara ini amatlah dilarang, ditegah dan juga dibenci dalam Islam dan semestinya kita selaku Muslim tidak bersifat dengan sikap dan perbuatan zalim tersebut.
Penutup
Kesimpulannya, tabiat ‘free rider’ ini bukanlah suatu amalan yang baik malah dibenci serta tidak disukai dalam agama, masyarakat dan juga rakan-rakan sekumpulan khususnya. Justeru, kami menasihati semua individu Muslim supaya mengamalkan sikap jujur dan amanah dalam setiap tugasan dan kerja yang diberikan, sentiasa tekun bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan tidak menzalimi orang lain terutamanya rakan-rakan sekumpulan. Ini kerana, perbuatan dan sikap ini semua termasuklah dalam adab menuntut ilmu. Imam Malik R.A ada berkata:
تعلم الأدب قبل أن تتعلم العلم
Maksudnya: “Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu’
Melalui adab yang dijaga, akan terserlahlah kesungguhan dan usaha dalam menuntut ilmu. Akhirnya, semoga Allah memberikan kita petunjuk dan HidayahNya, menerima segala amal kebajikan kita, dan juga menjadikan kita seorang yang jujur dan amanah dalam segala urusan kita.
Wallahua’lam.
 
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Mufti Pesan Tabiat “Free Rider” Dalam Tugasan Kumpulan Tidak Disukai Dalam Agama appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/07/mufti-pesan-tabiat-free-rider-dalam-tugasan-kumpulan-tidak-disukai-dalam-agama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelihara Kesucian Agama Jom Bangkit Bersama Mufti Presiden Pas

Pelihara Kesucian Agama Jom Bangkit Bersama Mufti Presiden Pas

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 412 hits
Saman G25 ugut Presiden PAS tidak para Mufti DALAM tulisan beliau bertajuk G25 Membahayakan Akidah Umat Islam pada 17 Januari 2020 Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyatakan Sebenarnya kumpulan dan segala gerombolanny...
Sebut Agama Musuh Pancasila Fadli Zon Bubarkan Bpip

Sebut Agama Musuh Pancasila Fadli Zon Bubarkan Bpip

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 197 hits
Wakil Ketua Umum Partai Gerindra Fadli Zon geram dengan pernyataan Kepala Badan Pembinaan Ideologi Pancasila Profesor Yudian Wahyudi yang menyebut musuh terbesar Pancasila itu agama saat diwawancarai salah satu media nasional Menurut Fadli ...
Jawatan Kosong Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan

Jawatan Kosong Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 317 hits
Jawatan Kosong Kumpulan Wang Persaraan Portal kerja kosong ingin berkongsi maklumat jawatan kosong yang kini dibuka di Kumpulan Wang Persaraan dan kepada warganegara Malaysia yang berminat dipelawa mengisi kekosongan jawatan seperti berikut...
Wanita Tanpa Mekap Lebih Disukai Oleh Lelaki Betul Ke

Wanita Tanpa Mekap Lebih Disukai Oleh Lelaki Betul Ke

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 604 hits
Wanita dan kecantikkan tidak boleh dipisahkan ada dikalangan mereka sanggup mengenakan mekap seharia walaupun hanya duduk dirumah sahaja Hal ini kerana keyakinan diri sudah mula menurun tanpa mekap mereka rasa rendah diri dan tidak yakin de...
Kementerian Agama Cabut Moratorium Izin Penyelenggara Umrah

Kementerian Agama Cabut Moratorium Izin Penyelenggara Umrah

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 131 hits
Kebijakan ini ditandai dengan terbitnya Keputusan Menteri Agama No 28 tahun 2020 tentang Pencabutan atas KMA No 229 Tahun 2018
Kisah Hijrah Chef Haryo Karier Dan Harta Sirna Hanya Agama Jadi Penolong

Kisah Hijrah Chef Haryo Karier Dan Harta Sirna Hanya Agama Jadi Penolong

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 426 hits
Setelah lama menghilang kini Chef Haryo Pramoe kembali muncul Tampilannya berubah Kini dia terlihat lebih relijius Chef Pramoe memang telah berhijrah Lewat kanal YouTube Apunk65 Chef Haryo menceritakan proses berhijrah Semua berawal dari ke...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo