Mufti Pemimpin Bukan Islam Yang Akur Dengan Perlembagaan Bukan Kafir Harbi




KUANTAN - Mufti Pahang. Dato' Sri Hj Abdul Rahman Osman berkata pemimpin bukan Islam yang bersama dalam kerajaan pimpinan umat Islam dan akur dengan ketetapan pembinaan negara adalah "kafir zimmi".
"Mereka akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong (berkenaan pembentukan kerajaan), akur dengan undang-undang negara, hak Islam, hak orang Melayu seperti mana termaktub, mereka 'kafir zimmi'," katanya, merujuk kepada DAP yang merupakan sebahagian daripada kerajaan semasa.
Dia juga berpandangan semua pihak termasuk DAP telah mematuhi dengan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung penubuhan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Rahman berkata orang bukan Islam terkeluar daripada kategori 'kafir zimmi' jika menentang Perlembagaan Persekutuan termasuk berkenaan kedudukan agama Islam dan orang Melayu.
"Semua pihak kena terima, tak boleh pertikai tentang kedudukan Islam dan hak orang Melayu seperti mana termaktub. Jika DAP pertikai itu bermakna mereka tidak faham.
"Kalau mereka cuba nak ubah kita kena tentang," katanya.
Pada 2016, Abdul Rahman pernah menerima bantahan kerana melabelkan DAP sebagai "kafir harbi".
Kenyataan terbarunya ini selepas diminta untuk mengulas tindakan segelintir pihak yang kembali membangkitkan istilah itu.
Antaranya seorang penceramah PAS, Shahril Long yang dipercayai membangkitkan kerusi dimenangi DAP dalam PRU15 dan kedudukannya sebagai sebahagian dari kerajaan, dalam satu ceramah yang dimuat naik di media sosial beberapa hari lalu.
"Parti lebai (PAS) dapat kerusi paling banyak, 49, kafir harbi dapat 40...Cuma sedih sedikit, yang mengaku pejuang agama dan bangsa tak ingin bergabung sesama umat Islam.
"Marah sangat pada kafir harbi, akhirnya bersama-sama kafir harbi," katanya yang merupakan calon PAS di kerusi Parlimen Sungai Petani pada PRU 2018.
Untuk rekod, bukan semua daripada 40 ahli parlimen DAP bukan beragama Islam.


Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyeru orang ramai agar mengenepikan kecenderungan politik dan memberi fokus kepada usaha membina keharmonian negara.
Baginya, orang bukan Islam sebaiknya diberi kefahaman tentang Islam, bukannya dilabel seumpama itu.
"Orang bukan Islam yang patuh pada undang-undang negara tidak boleh dipanggil sebagai kafir harbi, kalau ada salah faham tentang Islam, kita kena beri kefahaman kepada mereka.
"Fikir kepentingan negara, rakyat. Kalau boleh kita nak semua pihak bergandingan, namun mungkin tidak boleh kerana ada parti tak sedia berada dalam kerajaan perpaduan," katanya lagi.
'Rujuk kitab muktabar'
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin pula berkata mana-mana pihak yang menggunakan label itu sebaiknya merujuk takrifan sebenar "kafir harbi".


"Kalau kita rujuk kitab-kitab muktabar, kafir harbi ini merujuk kepada orang kafir yang memusuhi Islam, menghina Islam, memerangi umat Islam dan negara Islam. Dalam sebuah negara demokrasi kita hanya berbeza prinsip, perjuangan parti, pendapat, kaedah atau pendekatan mentadbir negara.
"Sesetengah pihak atau segelintir pendakwah yang berkata kita tidak patut bagi sokongan kepada kerajaan hari ini atas alasan kerajaan bersekongkol dengan kafir harbi adalah sentimen tidak tepat dan tidak bertanggungjawab," katanya.
Dia juga berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap pihak tersebut kerana ia boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/12/mufti-pahang-pemimpin-bukan-islam-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Beri Jaminan Akur Patuh Kedudukan Islam Amp Hak Melayu Dalam Perlembagaan

Dap Beri Jaminan Akur Patuh Kedudukan Islam Amp Hak Melayu Dalam Perlembagaan

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 173 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Parti Tindakan Demokratik memberi jaminan untuk akur dan patuh terhadap empat Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Ahmad Zahid berkata parti berkenaan membe...
Sila Minta Maaf Kep4da Umat Islam Malaysia Juga Kata Mufti Perlis Kep4da Dap

Sila Minta Maaf Kep4da Umat Islam Malaysia Juga Kata Mufti Perlis Kep4da Dap

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 246 hits
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin meminta DAP untuk mengemukakan permohon4n maaf kepada masyarakat Islam di negara ini Dalam catatan Facebook yang dimuat naik hari ini Asri berkata DAP perlu berbu4t demikian bagi mered4kan ketegang...
Segerakan Juga Siasat Pemimpin Ph Main Isu Sensitiviti Umat Islam Hadi

Segerakan Juga Siasat Pemimpin Ph Main Isu Sensitiviti Umat Islam Hadi

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 227 hits
agendaily com5 12 2022Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bercakap kepada media selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini Gambar Agenda DailyTimbalan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Abdul Hadi Awang m...
Mufti Perlis Cadang Dap Turut Memohon Maaf Kepada Umat Islam Masyarakat Melayu

Mufti Perlis Cadang Dap Turut Memohon Maaf Kepada Umat Islam Masyarakat Melayu

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 255 hits
Permohonan maaf secara terbuka dua pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Anthony Loke kepada rakyat dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak mengundang banyak respon positif Perkara itu turut menarik perhatian Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abid...
Ge15 Shows Political Islam Has Gained Popularity Says Hadi S Son

Ge15 Shows Political Islam Has Gained Popularity Says Hadi S Son

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 208 hits
Muhammad Khalil Abdul Hadi said in GE15 PAS won 49 seats although the Islamic party was never expected to win more than 10 of the 222 parliamentary seats PETALING JAYA Political Islam has gained popularity in Malaysia and the conservative r...
Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Bomba Teruskan Operasi Padam Kebakaran Hutan Simpan Jalan Genting

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto

Kebaikan Magnesium Glycinate

Kawaguchi Facing Charges Over Unpaid Worker Wages Says Source

Masak Ayam Paprik Tapi Rasa Macam Chef Thai Yang Buat Serius Padu

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Female Debtors Being Forced Into Prostitution To Pay Off Debts Says Association New Straits Times 24 07 2025

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Kenali Penulis