Mufti Pahang Nafi Khutbah Jumaat Berbaur Politik Dakwa Dap Nak Jadikan Malaysia Republik


PETALING JAYA: Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman, menggunakan khutbah Jumaat bagi menggesa penganut Islam memastikan Malaysia “terus kekal” diperintah bangsa Melayu dan menegaskan “haram hukumnya” jika bukan Melayu menguasai Putrajaya.

Ketika dihubungi FMT, Rahman menolak sebarang andaian khutbah itu berbaur politik atau bersifat diskriminasi terhadap parti politik bukan Melayu seperti DAP.

Sebaliknya, lebih menekankan penyatuan ummah demi kebaikan kaum Melayu dan orang Islam, dan orang bukan Islam, katanya.

Namun, beliau menyifatkan DAP sebagai parti yang berhasrat menjadikan Malaysia sebuah republik dan mahukan “orang Melayu ikut dia”.

Khutbah kedua khas bagi Mei 2021 yang dimuatnaik di laman Jabatan Mufti Pahang (JMP) itu menjangka Malaysia akan menghadapi PRU15 “tidak lama lagi”.

“Oleh itu menjadi kewajipan umat Islam untuk memastikan negara kita terus kekal berada di bawah pemerintahan bangsa Melayu Islam yang memelihara agama Islam dan Raja Berperlembagaan.

“Haram hukumnya jika negara kita diperintah oleh orang bukan Islam,” menurut khutbah kedua khas itu, tanpa huraian lanjut.

Rahman memberitahu FMT bahawa khutbah itu tidak mempunyai sebarang agenda politik, atau cenderung kepada parti pemerintah mahu pun menolak pembangkang.

“Kita sebenarnya tidak ada unsur politik. Selama ini, kita orang Melayu tidak bersatu. Memang agama kita menyuruh umat Islam bersatu, tidak kira PAS, Umno, PKR, Pejuang, Amanah, Bersatu, semua perlu bersatu, (dan) orang Melayu Islam mesti memerintah, kerana negara ini majoriti orang Melayu, tanah Melayu.

“Yang (bangsa) lain bersama menyokong,” katanya.

Rahman berkata apabila negara diterajui pemimpin Islam, ia akan membawa kebaikan untuk semua, termasuk penganut bukan Islam.

“Kalau orang Islam memerintah, kita ada dasar kita, dia akan berfikir cara Islam, bagaimana nak majukan Islam, dan apabila kita majukan Islam, orang bukan Islam akan turut maju. Kita kena faham begitu,” katanya.

Rahman menolak sebarang tanggapan mesej dalam khutbah itu tidak berlaku adil kepada kaum lain.

“Bukan bererti kita cakap begitu, (maka) kita hendak wujud perkauman. Ia tidak benar sama sekali. Kita adil kepada semua bangsa, tak perlu bimbang. Kita tidak nampak akan berlakunya diskriminasi (bila Islam memimpin). Ia tidak akan berlaku ke atas bangsa lain.”

Bagaimanapun beliau mempertikaikan agenda DAP.

“Kita tidak menolak dia (DAP). Tapi kita nampak mereka bukan nak ikut kita. Mereka nak orang Melayu ikut dia, buat dia memerintah, dia nak jadikan sebuah negara republik. Adakah kita (Melayu) nak begitu?” katanya.

Semasa pemerintahannya selama 22 bulan, kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad sering dituduh di bawah telunjuk DAP yang ketika ini mempunyai Ahli Parlimen paling ramai dalam gagasan itu.

DAP juga sering dituduh oleh musuh politiknya sebagai anti-Melayu, namun dakwaan itu dinafikan keras oleh DAP dan parti komponen lain dalam PH.

Kerajaan PH tumbang Febuari tahun lalu apabila Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menarik keluar parti itu daripada PH dan menubuhkan kerajaan baharu dengan sokongan beberapa parti lain, termasuk Umno dan PAS.

Bagaimanapun Umno memutuskan kerjasama politiknya dengan Bersatu, manakala hubungannya dengan PAS, juga dilaporkan rapuh.

Rahman menegaskan khutbah yang diluluskan JMP itu bukan mesej terbuka kepada orang awam.

“Kita nak bercakap kepada orang Melayu dan orang Islam itu sahaja. Kita tak boleh nak politikkan. Kita nak beritahu kepada orang Melayu supaya bersatu itu sahaja. Itu matlamatnya.

“Kita orang Islam, kita mesti memerintah. Kalau tak ada pemahaman begitu, ertinya rosak – orang Melayu akan terjejas, agama sendiri tergadai, umat ini tergadai,” kata beliau.

Penggal kerajaan Perikatan Nasional, hanya berakhir pada Mei 2023, sungguhpun PRU diuar-uarkan pada penghujung tahun ini. - freemalaysiatoday

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/mufti-pahang-nafi-khutbah-jumaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Penyatuan Ummah Mufti Pahang Dakwa Haram Biar Bukan Melayu Kuasai Putrajaya

Demi Penyatuan Ummah Mufti Pahang Dakwa Haram Biar Bukan Melayu Kuasai Putrajaya

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 302 hits
KUANTAN Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman menggunakan khutbah Jumaat bagi menggesa penganut Islam memastikan Malaysia terus kekal diperintah bangsa Melayu dan menegaskan haram hukumnya jika bukan Melayu menguasai Putrajaya Ketika d...
Video Khutbah Politik Memalukan Di Pahang Kerajaan Terdahulu Memusuhi Islam

Video Khutbah Politik Memalukan Di Pahang Kerajaan Terdahulu Memusuhi Islam

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 276 hits
Cuba dengar minit2 terakhir khutbah kedua Jelas satu propaganda politik yang jahat untuk memperbodohkan umat Islam Menyeru kekalkan kerajaan tebuk atap yg bobrok penuh unsur rasuah ini suatu kewajipan
Politik Undang Darurat Ekonomi Membosankan Rakyat Malaysia

Politik Undang Darurat Ekonomi Membosankan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 457 hits
Sesuai masa dan tenaga difokuskan kepada yang lebih positif Bukankah Kita sepatutnya mempunyai sebuah kerajaan yang boleh tangani Krisis dan memenuhi HASRAT budaya lazim rakyat
Panas Ronnie Liu Dakwa Dap Sudah Berpecah Dua Antara Golongan Elit Dan Pemimpin Akar Umbi

Panas Ronnie Liu Dakwa Dap Sudah Berpecah Dua Antara Golongan Elit Dan Pemimpin Akar Umbi

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 199 hits
April 27 2021Pembawakan pucuk pimpinan DAP yang menjurus ke arah kepimpinan elit dan ala feudalistik telah mencetuskan perpecahan di dalam parti itu dakwa Ahli Jawatankuasa pusat DAP Ronnie Liu Beliau berkata kemunculan kumpulan elit ini be...
Hamzah Atur Langkah Jadikan Budaknya Pengarah Sb Paksa Buat Operasi Politik

Hamzah Atur Langkah Jadikan Budaknya Pengarah Sb Paksa Buat Operasi Politik

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR Belum reda isu Datuk Seri Hamzah Zainudin cuba mendapatkan kuasa bagi menentukan penempatan pegawai polis terbaru bekas pegawai tertinggi pasukan itu berkata Menteri Dalam Negeri juga dikatakan mengatur langkah untuk menjadikan...
Can Malaysia S Dap Capture The Muslim And Non Chinese Vote Anthony Loke May Be About To Find Out

Can Malaysia S Dap Capture The Muslim And Non Chinese Vote Anthony Loke May Be About To Find Out

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 309 hits
The percentage of Chinese seats not voters will keep dropping while the Malay majority seats will keep going up So even if the DAP permanently locks in the urban Chinese majority areas it is a losing game because as percentage they will bec...
Takkan Lah Kerajaan Katak Nak Siasat Katak Politik Sinis Shahrir

Takkan Lah Kerajaan Katak Nak Siasat Katak Politik Sinis Shahrir

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 380 hits
May 1 2021 Veteran Umno Shahrir Samad mempersoalkan sama ada kerajaan Perikatan Nasional yang disifatkan sebagai kerajaan katak akan menyiasat katak politik di negara ini Shahrir dalam catatan di Facebook turut memuat naik tangkap layar lap...
Klip Audio Doktor Nafi Suaranya Dakwa 10 000 Kes Jika Benar Ziarah Raya

Klip Audio Doktor Nafi Suaranya Dakwa 10 000 Kes Jika Benar Ziarah Raya

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 285 hits
MALAYSIAKINI Pakar perubatan Dr Musa Mohd Nordin menafikan suaranya di sebalik klip audio tular yang mendakwa Malaysia akan menghadapi minimum 10 000 kes sehari pada akhir bulan jika membenarkan ziarah Hari Raya Aidilfitri Doktor pediatrik ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm