Muet Kementerian Pendidikan Temui Kesatuan Guru


PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan hari ini mengadakan sesi libat urus bersama 3 kesatuan sekerja dalam perkhidmatan perguruan dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak berhubung agenda peningkatan kualiti pendidikan bahasa Inggeris, termasuk isu berkaitan keperluan guru opsyen subjek Bahasa Inggeris mengambil ujian Malaysian University English Test (MUET).

Dalam kenyataan hari ini, kementerian berkata, sesi libat urus yang dihadiri lebih 20 pemimpin Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Guru Sarawak (STU) dan Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) berlangsung di Putrajaya.

Sesi libat urus itu dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Amin Senin.
Sesi pertemuan yang seterusnya akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi satu perbincangan yang lebih menyeluruh, kata kenyataan itu.

“Sesi ini menyentuh pelbagai aspek berkaitan dengan usaha kementerian merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan English Language Education Reform in Malaysia: The Roadmap (2015-2025), yang merupakan satu pelan hala tuju pendidikan bahasa Inggeris,” kata kenyataan itu.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Habibah Rahim dan Pengerusi Majlis Penarafan Standard dan Kualiti Bahasa Inggeris, Prof Zuraidah Mohd Don.

Menurut kenyataan itu, sesi libat urus ini diadakan bagi mendengar suara para guru menerusi kesatuan masing-masing.

“Selain menjelaskan rasional pelaksanaan inisiatif English Language Education Reform in Malaysia: The Roadmap (2015-2025), kementerian juga menerima banyak pandangan dan input yang bernas daripada kesatuan-kesatuan sekerja yang hadir pada pertemuan hari ini.

“Pada kesempatan ini, kementerian mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang dizahirkan oleh NUTP, STU dan KGKS,” katanya.

Minggu lalu, Presiden NUTP, Aminuddin Awang meminta kementerian dan pihak berkepentingan sektor pendidikan membuat kajian komprehensif untuk mengetahui punca sebenar kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid berbanding menuding jari terhadap tahap penguasaan para guru.

Kata beliau, mereka harus mengenal pasti punca yang mempengaruhi tahap penguasaan murid yang lemah dalam subjek itu berbanding memberi arahan supaya guru opsyen Bahasa Inggeris menduduki MUET.

Pada 14 April lepas, Amin dalam satu pekeliling mengarahkan guru yang mengajar Bahasa Inggeris menduduki peperiksaaan MUET, bagi melihat semula tahap penguasaan bahasa Inggeris yang selari dengan keperluan termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

MUET dipilih sebagai ujian penguasaan bahasa Inggeris untuk guru opsyen Bahasa Inggeris bagi mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka sejak 2017.

MUET juga digunakan untuk guru opsyen Bahasa Inggeris yang masih belum mencapai tahap penguasaan C1.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/05/muet-kementerian-pendidikan-temui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cikgu Nawi Dinobat Tokoh Guru Dato Asariah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2019

Cikgu Nawi Dinobat Tokoh Guru Dato Asariah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2019

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 443 hits
Cikgu Nawi diumum Tokoh Guru Kebangsaan Dato Asariah Tokoh Kepimpinan Pendidikan KebangsaanYAB Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia menyampaikan anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2019 kepada Cikgu Nawi Ismail dari Terengganu yang p...
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Diskusi Pendidikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Diskusi Pendidikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 949 hits
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Diskusi Pendidikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan Dari hotel kami bergerak ke Pusat Konvensyen Setia Spice yang letaknya seberang jalan aje Boleh tahan juga menapak Penat Jangan cerita Baru sampai dari ...
Tolak Muet Nutp Cadang Pertingkat Kursus Bi Guru

Tolak Muet Nutp Cadang Pertingkat Kursus Bi Guru

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 388 hits
Gambar hiasanKUALA LUMPUR Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan kekal dengan pendirian menolak pelaksanaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia kepada guru sebaliknya mencadangkan kerajaan menambah baik kursus dan latihan sedia ad...
Kementerian Pendidikan Belanja Puluhan Juta Untuk Sekolah Kebangsaan

Kementerian Pendidikan Belanja Puluhan Juta Untuk Sekolah Kebangsaan

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 348 hits
Pada 22 Mei 2019oleh PENTADBIRPendidikan adalah asas penting kepada pembangunan modal insan yang akan mencorakkan hala tuju negara Menyedari hakikat itu Kementerian Pendidikan di bawah teraju Dr Maszlee Malik telah meluluskan peruntukan seb...
Ujian Muet Hanya Terpakai Kepada Guru Opsyen Bahasa Inggeris Kpm

Ujian Muet Hanya Terpakai Kepada Guru Opsyen Bahasa Inggeris Kpm

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 337 hits
PUTRAJAYA Arahan Kementerian Pendidikan supaya guru mengajar bahasa Inggeris menduduki Malaysian University English Test hanya terpakai kepada guru opsyen bahasa Inggeris Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Dasar dan Pembangunan Pendi
Kpm Sahkan Muet Untuk Guru Belum Capai Tahap Penguasaan C1

Kpm Sahkan Muet Untuk Guru Belum Capai Tahap Penguasaan C1

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 256 hits
Imej hiasanPUTRAJAYA Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia digunakan untuk guru opsyen Bahasa Inggeris yang masih belum mencapai tahap penguasaan C1 di bawah kerangka piawaian antarabangsa Common European Framework of Reference for Lang...
Separuh Guru Bi Di Malaysia Tidak Mahir Bahasa Inggeris Ahli Akademik

Separuh Guru Bi Di Malaysia Tidak Mahir Bahasa Inggeris Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 463 hits
Gambar hiasanPETALING JAYA Seorang ahli akademik menggesa kesatuan guru kebangsaan mengakui pengajaran yang teruk adalah punca utama kepada kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Guru sepatutnya menerima hakikat seseten...
Guru Adiwira Yang Mana Satu

Guru Adiwira Yang Mana Satu

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 380 hits
Ramai yang pm abam tanya yang Hari Guru baru baru nih Adiwira mana plak Nape orang dia tak sama Meh chek nak jawab naa GURU ADIWIRA Pengiktirafan oleh KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru untuk mengangkat guru guru yang go extra miles denga...
Polis Guru Di Tipu Oleh Syarikat Pemberi Pinjaman Tak Wujud

Polis Guru Di Tipu Oleh Syarikat Pemberi Pinjaman Tak Wujud

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 328 hits
KUANTAN Seorang guru wanita kerugian RM11 170 dalam tempoh empat hari selepas diperdaya oleh syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud yang diketahuinya menerusi laman sosial Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wa...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi