Mudahnya Kamu Mengatakan Kerajaan Gagal Kerajaan Bodoh


Cerita Tentang #Kita Yang Gagal #Kita Yang Bodoh
Saya tidak bekerja di Pusat Pemberian Vaksin tetapi ada menerima keluhan dari sahabat-sahabat yang terlibat menguruskan pemberian vaksin fasa 2.
Sungguh mengecewakan apabila ketidakhadiran penerima vaksin pada hari temujanji adalah tinggi hingga 30 - 40 % dari jumlah yang sepatutnya hadir.

Maksudnya jika 500 orang yang sepatutnya terima vaksin, seramai 150 hingga 200 orang tidak hadir.

Malangnya, majoriti yang tidak hadir adalah di kalangan orang Melayu. Malah di negeri-negeri Pantai Timur dengan peratusan penduduk Melayu yang tinggi, pendaftaran untuk vaksin juga rendah. Yang dah beri persetujuan, tidak hadir. Ada yang dah dapat dos pertama, enggan pula mendapat dos kedua.

Biasanya PPV akan ‘standby’ senarai menunggu. Jika nama yang tak sepatutnya hadir, tidak hadir, mereka akan digantikan dengan penerima lain. Ada yang tiada dalam ‘standby list’ ini, sanggup datang menunggu sampai ke petang, mencuba nasib sekiranya dapat mengisi kekosongan. Kadangkala berjaya, kadangkala tidak. Namun, mereka tidak serik datang lagi keesokan harinya kerana mereka tahu masa dan peluang untuk mendapatkan vaksin itu sangat berharga.

Satu pemerhatian oleh mereka yang bekerja di PPV ini ialah mereka yang sabar menunggu sampai ke petang ialah di kalangan masyarakat Tiong Hua. Ada yang bernasib baik, penantian mereka berhasil. Tetapi jika belum, mereka tidak jemu untuk berusaha lagi dan lagi datang menunggu walau berkerusi roda dan bertongkat.

Masyarakat Melayu bagaimana pula ?

Mereka jaguh di media sosial. Apa saja maklumat walaupun tidak sahih, hanya andaian dan spekulasi, tuduhan dan sangkaan, perkara itulah yang disebar-sebar. Mak ayah yang dah dapat temujanji vaksin, anak-anak yang halang dan tidak memberi keizinan. Semua lebih percaya kepada khabar angin dan propaganda anti vaksin berbanding nasihat dan saranan mereka yang arif dan gesaan pemerintah.

Tidak cukup sekadar itu, tohmahan dan kutukan dilemparkan tanpa adab kepada petugas dan penguatkuasa. Pemerintah dan kerajaan sememangnya telah lama menjadi sasaran.

Yang hairannya, mereka jugalah yang mengamuk bila tak dapat balik beraya jumpa mak ayah, tak dapat solat di masjid, tak dapat berniaga.

Mereka jugalah yang mengadu suami tak dapat teman di bilik bersalin, tak dapat melawat dan meneman ahli keluarga yang sakit di hospital, atau menziarahi ahli keluarga yang mati atau sakit di rumah.

Jangan bercakap soal marah kepada zionis Israel menindas Palestin, andai diri sendiri tak sanggup berkorban ambil risiko vaksin untuk menyelamatkan bangsa sendiri.

Jangan bercakap soal jihad mempertahankan nyawa saudara seIslam kita di Palestin, kalau melindungi nyawa bangsa sendiri pun berfikir dua kali.

Negara haram Israel berjaya memberi vaksin kepada majoriti rakyatnya sehingga mereka kembali berasa kuat untuk menyerang Palestin.

Kita ?

Balik berhari raya memeluk mak ayah pun belum tentu kita dapat tahun depan kalau beginilah kita berterus-terusan tenggelam dalam arus teori konspirasi dan berita palsu.

Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua untuk membuat keputusan yang terbaik bukan semata-mata untuk diri sendiri tetapi untuk ummah dan negara Malaysia yang kita cintai ini. - Anonymous

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/mudahnya-kamu-mengatakan-kerajaan-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Gagal Dalam Permohonan Lucut Hak Wang Tunai Rm114 Juta Milik Najib Umno

Kerajaan Gagal Dalam Permohonan Lucut Hak Wang Tunai Rm114 Juta Milik Najib Umno

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan gagal dalam permohonannya untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018 didakwa milik Datuk Seri Najib Razak dan UMNO Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Ja...
Video Janji 75 Ribu Dos Vaksin Sehari Tapi Hanya Bagi 25 Ribu Kerajaan Gagal Lagi

Video Janji 75 Ribu Dos Vaksin Sehari Tapi Hanya Bagi 25 Ribu Kerajaan Gagal Lagi

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 282 hits
Pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim mengkritik kelewatan pemberian vaksin Covid 19 dengan mengatakan negara kini berada jauh di belakang berbanding 75 000 dos suntikan yang dijanjikan untuk sehari Anwar berkata kadar vaksinasi ketika ini han...
Polis Siasat Himpunan Bakar Suar Naik Kain Rentang Kerajaan Gagal

Polis Siasat Himpunan Bakar Suar Naik Kain Rentang Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 265 hits
Malaysiakini ENBM STAY INFORMED SUBSCRIBE NOW Log MasukLangganKini CommunityUtamaTerkiniParlimenSukanSeni HiburanGlobalPilihan EditorLensaKiniKiniTVMakmal BeritaJejak WabakLaporan KhasWawancaraKolumUlasanSuratPengumumanAcaraPengiklananWhats...
Anak Muda Protes Bawa Gegantung Kerajaan Gagal

Anak Muda Protes Bawa Gegantung Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 316 hits
Gegantung Kerajaan Gagal Dipamerkan Anak MudaSekumpulan anak muda melakukan protes dengan membawa gegantung mempamerkan perkataan Kerajaan Gagal Kejadian dikatakan berlaku di persimpangan lampu isyarat di satu daerah dalam Johor Protes Anak...
Kerajaan Gagal Memalukan Malaysia

Kerajaan Gagal Memalukan Malaysia

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 301 hits
Mungkin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin patut ditanya sama ada beliau tidak kisah melihat situasi COVID 19 yang semakin teruk di Malaysia memandangkan perkara ini akan memberikan beliau alasan yang baik untuk melanjutkan lagi perintah daru...
Kerajaan Gagal Kau Sembang Bab Bijik

Kerajaan Gagal Kau Sembang Bab Bijik

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 227 hits
Orang sibuk pasal tak boleh beraya kat Kg angkara kegagalan kerajaan tebuk atap ko plak sibuk sembang pasal bijik
Kerajaan Perikatan Nasional Gagal Secara Mutlak Azmin Ali Gagal Secara Total

Kerajaan Perikatan Nasional Gagal Secara Mutlak Azmin Ali Gagal Secara Total

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 254 hits
Kata Dzulkefly ketika beliau meninggalkan kementerian pada 24 Febuari 2020 terdapat 2 kes yang masih di wad daripada 24 kes positif Apa juga tuduhan dan kepalsuan yang cuba diulangi Perikatan Nasional khususnya menteri MITI ini adalah pembo...
Kerajaan Gagal Is Because Of Umno Says Nazri Aziz

Kerajaan Gagal Is Because Of Umno Says Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 211 hits
Umno should have asked all its people to resign from the Cabinet and the GLCs first and then launch the Kerajaan Gagal campaign Then Umno would not be blamed for the so called Kerajaan Gagal As it is the so called failures are in the minist...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding