Muda Remaja Yang Kian Menjauh
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
MUDA REMAJA YANG KIAN MENJAUH |Setiap hari yang dilalui..seirinya usia yang Allah SWT amanahkan.Nanti bakal ditanya apa yang dilakukan ketika di usia muda..remaja..belia.Allahu.Ada yang sangat peduli dengan usia.Ada yang tidak ambil peduli pun kerana menganggapnya usia itu sekadar angka.Pun ya juga.Bagi PC usia itu bukan sekadar angka namun ianya amaran dan tanda aras untuk lebih mengingatkan diri akan kematian yang pasti..kematian dan amalah satu rantaian dan ikatan yang paling saling berkait satu sama lain.Mahu tidak mahu..sering juga bertanya pada diri.."bagaimana dan sudah cukupkah amalanku untuk dijadikan bekalan kelak"
Mengurangkan kesan penuaan dengan menjalani pelbagai rawatan kekinian dan menjaga rutin pemakanan itu mungkin boleh dilakukan namun sebagai manusia biasa kita tidak mampu untuk menentang peningkatan usia dan pross penuaan itu sendiri kerana ianya terjadi cara semulajadi pada semua orang.Biarpun semangat kita sentiasa muda namun tidak pada fizikal kita yang sentiasa bertenaga
Muda remaja yang kian menjauh.Hakikat yang tidak mampu disangkal sebenarnya.PC sendiri berasakan itu semua.Buktinya telah banyak nikmat yang Allah SWT ambil semula sedikit demi sedikit baik sedar atau tidak sedar.Bila mana semakin tua banyak makanan sudah tidak boleh diterima tubuh dan perut.Ghairahnya nafsu makan tidak sekencang dulu-dulu.Selera semakin berkurang dari masa ke semasa.Itu belum lagi perubahan fizikal..kulit berkedut,kering,rabun,uban,mudah lupa dan sebagainya
Terkadang manusia lupa muda remaja yang kian menjauh hingga berusaha bersungguh-sungguh untuk bawanya kembali semula..bukan tidak boleh namun harus lebih berpada-pada kerana adahal wajar dilakukan..ada hal ianya lebih menampakkan keanehan yang tidak sedap dilihat mata
Mood raya yang masih membara.Kalau Ramadhan 30 hari..syawal boleh jadi 40 hari..justeru itu berpada-pada memilih makanan ya
Muda Remaja yang Kian Menjauh | Google Image
#sama-sama mencari redha Allah SWT#senyumlah sikit
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2019/06/muda-remaja-yang-kian-menjauh.html