Muda Muda Lagi Dah Menderita Slipped Disc
Mengeleng kepala apabila mendapat khabar berita rakan yang berusia pertengahan 30an menderita slipped disc. Muda-Muda Lagi Dah Menderita Slipped Disc (sakit pinggang)!
Selain sakit pinggang, rasa kebas di bahagian tangan, leher dan kaki adalah tanda-tanda pengidapnya. Rasa sakit yang dialami boleh dirasai pada skala 7-10 sehingga boleh mengganggu pergerakan aktiviti seharian.
Punca utamanya pengidap pernah mengalami trauma sama ada pernah terjatuh atau pernah terlibat dalam kemalangan. Selain itu, Masalah berat badan yang melebihi BMI normal juga adalah faktor penyebab terjadinya slipped disc.
Faktor lain adalah pergerakan pekerjaan berat yang berulang-ulang contohnya mengangkat barang yang memerlukan pergerakan membongkok. Selain itu gaya hidup moden masa kini yang lebih “PEMALAS” (sedentary lifestyle). Takrifan pemalas di sini adalah postur badan yang membongkok semasa mengadap PC dan handphone dalam jangka masa yang lama. Individu yang memandu jarak jauh dan lama juga adalah berisiko untuk mengidapnya.
Apa benda sebenarnya slipped disc ini? Tulang yang dipanggil verterbra di susun antara satu sama lain secara memanjang membentuk 24 set tulang belakang dan membentuk satu laluan untuk saraf tunjang (spinal cord). Di antara susunan tulang ini, terdapat interbertebral disc yang berfungsi seperti shock absorber kereta yang menyerap hentakan semasa pergerakan berlari, berjalan mahupun melompat.
Masalah slipped disc bermula apabila salah satu bahagian yang terkeluar daripada posisi sepatutnya lalu menekan satu sama lain. Apabila ini terjadi, spinal cord yang ada di sekitar itu pun akan turut ditekan. Inilah simptom-simptom sakit pinggang yang dihidapi.
Pembedahan bukanlah jawapan penyelesaian kepada semua masalah slipped disc.
Masalah ini boleh dirawat dan dipulihkan dengan menjalani sesi fisioterpi (Physiotherapy) secara berkala untuk menguatkan otot tulang belakang. Rawatan alternatif seperti urutan tradisional mungkin berkesan untuk melegakan kesakitan tetapi kesannya hanyalah sementara kerana ianya tidak memulihkan slipped disc yang dialami.
#slippeddisc
#sakitpinggang
#slipdisc
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://evercarephysio.blogspot.com/2019/11/muda-muda-lagi-dah-menderita-slipped.html