Bila Yb Muda Bersidang Di Parlimen Teknologi Hijau
Sebagai penutup Bab 4 Teknologi Hijau, kami adakan dalam bentuk debat ala Parlimen. Terinspirasi dengan perkongsian amalan terbaik rakan guru, Cg Sabri pada tahun lalu, abam nak try benda yang sama jugak dengan murid tahun nih. Sebab abam yakin dengan kebolehan mereka. Lagipun abam pun nak acah berangan jadi Speaker Dewan jugak! 😅Setiap murid akan mewakili DUN (kampung) masing-masing. Yang seronoknya, setiap YB muda nih diberi kebebasan untuk pilih pangkat dan gelaran untuk mereka. Maka keluar habis lah segala Tan Sri, Datuk Paduka, Dato' dan Dr kat depan nama depa... Giler best dan kelakar weyh. Abam is terhibur.. 😝Murid kemudiannya di bahagikan kepada team #kerajaan dan team #pembangkang. Setiap team ada kementerian tenaga, kementerian sisa buangan, kementerian pertanian dan kementerian pengangkutan (ikut subtopik dalam syllabus)
Team kerajaan kena kemukakan cadangan Teknologi Hijau dengan merujuk apa yang nak dibangunkan di sekitar kawasan Jerlun berdasarkan topik masing-masing
Manakala team pembangkang pula kemukakan isu atau masalah (dengan bukti) yang sedang berlaku di kawasan sekitar Jerlun
Setiap idea yang di bentang kan dengan hujah yang baik akan menerima 1 Markah. Manakala idea yang dibangkang dengan hujah yang baik juga akan menerima 1 Markah. So masing-masing kena pertahankan idea team sendiri
Masa kat sini lah kita dapat tengok pengaplikasian kemahiran 4K1N bagi #PAK21 dengan sangat baik oleh murid. Kagum dengan usaha depa cari maklumat dan buat survey di sekitar kampung. Ada yang print gambar sebab nak tunjuk bukti atas hujah mereka. Huiyo dahsyat. Puas hati abam tengok
Video penuh lesson 1 jam tu boleh tonton kat sini yer https://youtu.be/k5FUzafeaRETerima kasih juga puan Pengetua yang turut datang bagi sokongan untuk mereka, serta berkongsi beberapa tips pada akhir lesson untuk penambahbaikan yang YB Muda boleh buat
Buat YB Muda semua, love you all. Keep inspiring and soaring higher! ❤️P/s: Result akhir 12 - 11. Cer teka team mana menang? ☺️ @ Smk Jerlun
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikguhailmi.com/2020/02/bila-yb-muda-bersidang-di-parlimen.html