Muafakat Nasional Untuk Kepentingan Semua Dr Shamsul Anuar


Azman Abas 


KUALA LUMPUR– Kerjasama UMNO dengan PAS bukan perkara baru dan kali ini ianya dijenamakan dengan Muafakat Nasional bukan untuk kepentingan kedua-dua parti berkenaan semata-mata sebaliknya jauh melangkaui pelbagai kelompok masyarakat seluruhnya di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata langkah berkenaan perlu dalam usaha mengambil semula teraju kepimpinan negara bersama-sama rakyat negara ini agar segala permasalahan yang berlaku dalam negara hari ini tidak terus membebani masyarakat keseluruhannya.

“Kepada bukan Melayu jangan bimbang… sekali lagi kita tegaskan malahan berkali-kali Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) sebut… Muafakat Nasional ini adalah gagasan yang bukan hanya untuk kepentingan dua parti terbesar orang Melayu sahaja.

“Ini untuk rakyat Malaysia… Melayu, Cina, orang India, masyarakat di Sabah dan Sarawak insya-Allah Muafakat Nasional akan menjaga seluruh rakyat Malaysia kerana kita mahu menjadi parti terbaik dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah dan Pelancaran Muafakat Nasional Parlimen Bandar Tun Razak oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Turut serta Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Kamaruzzaman Mohamad; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ust Azhar Yahya; Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan pimpinan pelbagai peringkat kedua-dua parti berkenaan.



Terdahulu hujan lebat di kawasan ceramah dan kemudiannya bertukar renyai-renyai. Pihak penganjur bertanyakan hadirin sama ada mahu meneruskan program tersebut atau menangguhkan kepada tarikh lain, namun mereka yang hadir sanggup untuk bersama-sama dan meneruskan ceramah tersebut.

Malah Dr Shamsul Anuar turut bersemangat menyampaikan ceramahnya walaupun hujan masih turuh renyai-renyai di hadapan kira-kira 1,000 yang hadir.

Tegas beliau, impian rakyat apabila kerajaan baru mengambil alih sudah pasti ianya lebih baik daripada kerajaan sebelumnya.

“Sebab itu kita tidak ada pilihan… kita tidak ada pilihan… kita perlu ambil semula kuasa pemerintahan kerana apa… kerana kita… atas kesilapan sebahagian daripada kita telah mengangkat pemimpin dan kerajaan yang tidak berkemampuan untuk membawa negara ini dan menjaga negara ini lebih baik daripada sebelumnya.

“Ekonomi kita, kebajikan rakyat, pendidikan entah ke mana, segala-gala impian rakyat tentulah apabila kerajaan baru mengambil alih mahukan lebih baik daripada kerajaan sebelumnya. Yang terjadi sebaliknya… tidak diyakini oleh rakyat, tidak diyakini oleh pelabur, berasa diri kuat… bergaduh dengan orang sana… hari ini bergaduh dengan Amerika pula. Ini semua merosakkan negara dan merugikan negara ini.

“Sebab itu yang penting kita perkukuhkan Muafakat Nasional dan kita jangan ada masalah apa-apa. Kita berdepan dengan kerajaan hari ini dan kita bela rakyat serta turun ke bawah. Jumpa rakyat dan saya yakin selagi mana kita berjumpa rakyat… bela rakyat, rakyat akan dekat dan akan sayang dengan kita, dan apabila mereka sayang dengan kita mereka akan angkat kita menjadi pemimpin untuk membela masa depan negara,” ujarnya lagi yang juga Ahli Parlimen Lenggong.- UMNO Online




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/muafakat-nasional-untuk-kepentingan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lupakan Pakatan Nasional Kembali Perkasakan Muafakat Nasional Demi Abata

Lupakan Pakatan Nasional Kembali Perkasakan Muafakat Nasional Demi Abata

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 416 hits
Apa Strategi Dr Mahathir SebenarnyaDr Mahathir tidak berani membuat rombakan kabinet untuk menyingkirkan mana mana menteri DAP dan PKR yang menjadi ancaman kepadanya sebagai Perdana Menteri Dr Mahathir sebaliknya mengambil pendekatan memeca...
Majoriti Tolak Kerjasama Muafakat Nasional Dengan Tun M Asyraf Wajdi

Majoriti Tolak Kerjasama Muafakat Nasional Dengan Tun M Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 242 hits
Status Facebook Dr Asyraf yang mendakwa majoriti rakyat menolak Muafakat Nasional bekerjasama dengan Dr Mahathir dan menolak Anwar serta DAP SHAH ALAM Majoriti rakyat menolak cadangan Muafakat Nasional untuk bekerjasama dengan Pengerusi Pak...
Kerajaan Pintu Belakang Pribumi Muafakat Nasional

Kerajaan Pintu Belakang Pribumi Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 234 hits
Satu dua hari ini kecoh tentang cerita kerajaan pintu belakang diantara Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Muafakat Nasional Yang sebenarnya rundingan ini memang sedang berjalan tetapi rundingan ini adalah diantara berberapa pemimpin Umno d...
Pakatan Harapan Muafakat Nasional Atau Pakatan Nasional

Pakatan Harapan Muafakat Nasional Atau Pakatan Nasional

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 370 hits
JIKA ikut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam UMNO akan memutuskan menjalinkan kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad Keputusan itu akan dibuat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Februari ini Jika itu berlaku ...
Umno Akan Terus Memperkasakan Muafakat Nasional Bersama Pas

Umno Akan Terus Memperkasakan Muafakat Nasional Bersama Pas

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 360 hits
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju untuk menerus dan memperkasakan Muafakat Nasional dengan mempertingkatkan gerak kerja bersama PAS terutamanya dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar ...
Akur Keputusan Mkt Perpaduan Dan Penyatuan Muafakat Nasional Demi Masa Depan Dr Masliha

Akur Keputusan Mkt Perpaduan Dan Penyatuan Muafakat Nasional Demi Masa Depan Dr Masliha

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 387 hits
Exco Pergerakan Puteri UMNO Dr Masliha Harun menyeru semua pihak untuk bersama sama memberikan sokongan kepada kepimpinan UMNO khususnya Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah menjayakan branding Muafakat Nasional hingga...
Umno Pas Fokus Muafakat Nasional Tak Pernah Bincang Pakatan Nasional Tok Mat

Umno Pas Fokus Muafakat Nasional Tak Pernah Bincang Pakatan Nasional Tok Mat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 282 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO dan PAS tidak pernah berbincang berkaitan Pakatan Nasional sebaliknya membincangkan Muafakat Nasional untuk terus diperkasa Katanya Muafakat Nasional perlu dijiwai oleh semua oran...
Umno Pas Berpegang Kuat Pada Piagam Muafakat Nasional Annuar

Umno Pas Berpegang Kuat Pada Piagam Muafakat Nasional Annuar

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 258 hits
Annuar MusaKUALA LUMPUR UMNO tidak akan masuk mana mana rumah lain sebaliknya membina rumah sendiri dengan pintu sedia dibuka kata Setiausaha Agungnya Tan Sri Annuar Musa Beliau berkata setakat ini parti itu dan Pas saling merujuk dan berpe...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game