Umno Pas Berpegang Kuat Pada Piagam Muafakat Nasional Annuar


Manzaidi Mohd Amin Annuar Musa
KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan masuk mana-mana rumah lain, sebaliknya membina rumah sendiri dengan pintu sedia dibuka, kata Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, setakat ini, parti itu dan Pas saling merujuk dan berpegang kuat kepada perjanjian yang dimeterai (MoU) dalam Piagam Muafakat Nasional (MN).

Kata beliau, apa sahaja perkara asas walaupun pendekatan berbeza akan dibincangkan bersama untuk capai kesepakatan.

“MN semakin utuh, UMNO dan Pas sudah sepakat apa sahaja perkara melibatkan hal asas walaupun pendekatan kedua parti mungkin berbeza, akan ditangani bersama.

“Yang pasti, kedua parti ini saling merujuk dan berpegang kuat pada MoU Piagam MN,” katanya dalam ciapan Twitternya hari ini.

Piagam MN dimeterai oleh dua presiden parti, iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas pada 14 September 2019.

Berikut adalah kandungan Piagam MN sebagai tanda termeterainya kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas.

“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
DENGAN IZIN ALLAH SWT, sesungguhnya UMNO dan Pas dengan setulus hati mengisytiharkan pembentukan suatu Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.

Maka dengan ini, UMNO dan Pas, menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:

MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;

MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

MEMPERKASAKAN agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.

Justeru, marilah kita semua rakyat berganding bahu mendukung Muafakat Nasional Demi Malaysia yang Sejahtera.

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI 
DAN DATUK SERI ABDUL HADI AWANG – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/umno-pas-berpegang-kuat-pada-piagam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Fokus Muafakat Nasional Tak Pernah Bincang Pakatan Nasional Tok Mat

Umno Pas Fokus Muafakat Nasional Tak Pernah Bincang Pakatan Nasional Tok Mat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 373 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO dan PAS tidak pernah berbincang berkaitan Pakatan Nasional sebaliknya membincangkan Muafakat Nasional untuk terus diperkasa Katanya Muafakat Nasional perlu dijiwai oleh semua oran...
Umno Akan Terus Memperkasakan Muafakat Nasional Bersama Pas

Umno Akan Terus Memperkasakan Muafakat Nasional Bersama Pas

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 416 hits
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju untuk menerus dan memperkasakan Muafakat Nasional dengan mempertingkatkan gerak kerja bersama PAS terutamanya dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar ...
Muafakat Nasional Between Umno Pas Now In Second Phase Says Mohamad Hasan

Muafakat Nasional Between Umno Pas Now In Second Phase Says Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 318 hits
The Muafakat Nasional or national cooperation between Umno and PAS is in its second phase says Umno deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan The Muafakat Nasional between Umno and PAS is a done deal and we are now at the second phase This ...
Mca To Embrace Muafakat Nasional Spirit But Hints No Formal Pact With Pas

Mca To Embrace Muafakat Nasional Spirit But Hints No Formal Pact With Pas

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 336 hits
Amid overtures from Umno MCA president Wee Ka Siong today hinted the party will not enter into a formal cooperation with PAS as part of the proposed Muafakat Nasional pact Speaking to reporters at MCA s annual Chinese New Year open house in...
Support Me Then Back Pakatan Govt In Parliament Dr M Tells Umno Pas

Support Me Then Back Pakatan Govt In Parliament Dr M Tells Umno Pas

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 329 hits
Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today he is expecting opposition parties Umno and PAS to support changes proposed by his Pakatan Harapan administration in Parliament Amid rumours of a tripartite cooperation proposal between his ...
Umno Pas Sertai Pakatan Baru Ph Cuma Gimik Alih Perhatian

Umno Pas Sertai Pakatan Baru Ph Cuma Gimik Alih Perhatian

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 323 hits
By 5 February 2020Setiausaha Otai Reformis 1998 Abdul Razak Ismail bercakap pada sidang media khas mengenai video seks melibatkan seorang menteri Kabinet di Restoran Amjal Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL 14 JUN 2019 KUALA LUMPUR Kumpulan Ot...
Pakatan Harapan Muafakat Nasional Atau Pakatan Nasional

Pakatan Harapan Muafakat Nasional Atau Pakatan Nasional

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 417 hits
JIKA ikut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam UMNO akan memutuskan menjalinkan kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad Keputusan itu akan dibuat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Februari ini Jika itu berlaku ...
Matcha Sofuto Sedap Jugalah

Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

Gaojing888 To 9 2568 888 Website 888 Gaojing888 Top 69 By Leif

Live22 12 Aug 2568 Live22 Top 41 By Norma Likeslot123 Com

Sewerage Bills In Malaysia What Are You Really Paying For

Senarai Semua 17 Jenis Klasifikasi Perkhidmatan Sspa Penjawat Awam Terkini Pekeliling 2024

Poco F7 Cyber Silver Power Meets Futuristic Design

Resipi Somtam Betik Muda Pedas Masam Manis Memang Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Tiba Tiba Jadi Terlalu Clingy Mungkin Tanda Emosi Didera Ini Penjelasan Doktor

Cik B Kongsi Kisah Pilu Kehilangan Dua Abang Dalam Kebakaran

Selamat Tahun Baru Hijrah 1447h

Evakuasi Juliana Marins Di Rinjani Dan Tantangan Nyata Operasi Sar Yang Tak Banyak Dipahami Publik

Samsung Bespoke Ai Kulkas Pintar Yang Jadi Pusat Kendali Rumah Modern

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025