Muafakat Nasional Siap Untuk Pru Mengejut




Gabungan PAS-Umno mempunyai kekuatan jauh lebih besar berbanding Bersatu.
Lagi pula, PAS-Umno selama ini telah bersusah payah membina Muafakat Nasional, lama sebelum kemunculan kem Muhyiddin Yassin yang membuka peluang untuk berlakunya kudeta di peringkat kerajaan persekutuan.
Mungkin matlamat pertama Muafakat Nasional adalah untuk memecah dan melemahkan Bersatu. Matlamat itu nampaknya sudah pun tercapai dengan pengkhianatan Muhyiddin sendiri yang membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan.
Kerana kehendak menjadi PM dengan apa cara sekalipun, Muhyiddin dalam tidak sedar telah meletakkan Bersatu kepada risiko yang lebih besar, berbanding parti itu kekal bersama PH meski konon ada sedikit pergeseran dengan DAP.
Jumlah ahli parlimen yang dibawa bersama Muhyiddin menyeberang juga tidak ramai mana. Muhyiddin dikatakan hanya memegang 33 ahli parlimen Bersatu, dengan enam yang lain setia kepada Dr Mahathir Mohamad.
Daripada 33 yang menyokong Muhyiddin, sembilan orang merupakan “ahli segera” yang melompat daripada PKR. Maknanya Muhyiddin hanyalah mempunyai 27 ahli parlimen sahaja.
Dan daripada 27 orang itu, hampir separuh merupakan ahli parlimen Umno-BN yang melompat ke dalam Bersatu selepas pilihan raya umum (PRU) lalu. Kesetiaan dan jantung hati mereka sudah tentu masih terpaut dengan Umno.
Semua angka-angka ini menunjukkan Muhyiddin bukanlah seorang PM yang solid dan kuat di dalam apa yang disebut sebagai kerajaan Perikatan Nasional.
Wujudnya Bersatu di dalam kerajaan dengan Muhyiddin sebagai PM sudah tentu pertamanya memberi ancaman kepada Umno.
Umum tahu, Bersatu berasal dari Umno. Barang pasti dalam jejak politik ke depan, sebagai sebuah parti baru, Bersatu akan cuba menghakis bahkan menelan asas kekuatan Umno. Antara Bersatu dan Umno, sasaran khalayaknya adalah sama, iaitu orang Melayu.
Di ketika sama, Bersatu pula telah mengorbankan terlalu banyak kerusi strategik kepada Umno. Ia termasuklah kerusi menteri-menteri Besar (MB) yang baru kelmarin dikuasai Bersatu.
Luka pasti berlarut
Sebagai contoh—sekali lagi atas pertimbangan untuk Muhyiddin menjadi PM—Bersatu kehilangan kerusi MB Johor. Mungkin tidak lama lagi, Bersatu juga akan kehilangan kerusi MB Perak yang perlu diserahkan kembali kepada Umno.
Sementara itu, kedudukan kedua kerajaan negeri yang dibentuk dengan tergesa-gesa itu juga sangat rapuh. Sekiranya ada sesuatu yang kecil pun berkocak, kerajaan-kerajaan dalam perikatan rapuh sama ada di Johor atau Perak boleh runtuh begitu sahaja. Tidak perlu pukulan besar.
Kira-kira ini tidak termasuk lagi barisan para menteri kabinet yang bakal dibentuk Muhyiddin.
Umno dan PAS sewajarnya mendapat kerusi terbanyak memandangkan kedua parti itu cukup berjasa menjayakan “Langkah Sheraton”. Kelebihan “Langkah Sheraton” sebenarnya bukan berada dalam “kumpulan 11” yang mengkhianati PKR, tetapi ada pada Umno dan PAS.
Azmin Ali dan penyokongnya
Tanpa Umno dan PAS, Langkah Sheraton takkan ke mana.
Ada kemungkinan dalam tempoh sederhana, Muhyiddin merancang untuk kembali ke pangkuan Umno. Jiwa Muhyiddin memang jiwa Umno.
Namun, sekali orang Umno terluka dengan Muhyiddin, selamanya luka pasti berlarut. Masalah lebih besar kelak ialah di manakah hendak diletakkan kedudukan Muhyiddin sebagai seorang PM, di dalam Umno?
Pelik bahkan mustahil untuk Presiden Umno, Zahid Hamidi atau Timbalan Presiden, Mohamad Hasan mengosongkan kerusi untuk diserahkan kepada Muhyiddin. Bukan Muhyiddin yang bertaraf menteri biasa, tapi ini Muhyiddin adalah Muhyiddin sebagai PM!
Sudah wajib bagi ahli Umno, sedikit sebanyak mereka terguris kerana Muhyiddin tidak lain merupakan seorang yang pernah membuatkan Umno hilang Putrajaya, selain banyak kerajaan di peringkat negeri. Mujur sahaja dengan kebijaksanaan pemimpin Umno, mereka sebenarnya berjaya memperdaya Bersatu untuk menyerahkan semua kerusi MB di negeri mana pun.
Kini strategi ulung Muafakat Nasional hampir berjaya tatkala PM minoriti seumpama Muhyiddin tidak akan dapat membina sebuah pentadbiran yang stabil. Kesannya sudah tentu kepada pertumbuhan ekonomi negara, dan seterusnya kesejahteraan rakyat pasti terjejas.
Menggantikan kerajaan di luar PRU itu sendiri sudah cukup untuk menggerunkan pelabur untuk melabur di negara ini. Dengan “Langkah Sheraton”, darjat politik Malaysia sudah sama seperti negara mundur yang bergolak seperti di beberapa negara Arab, Afrika atau Amerika Latin.
Bagi pelabur, sekiranya sebuah pemerintah boleh ditukar di luar PRU dalam seminggu, sudah tentu perkara sama boleh kembali berulang atau menimpa kerajaan sedia ada. Episod sebegitu nampak tiada penghujungnya.
Beban gelaran ‘pengkhianat’
Itu semua sudah cukup membayangkan politik Malaysia sangat tidak strategik untuk mana-mana pelabur menjalankan perusahaan atau berdagang di negara ini.
Maka sebuah kerajaan dengan PM yang bukan PM minoriti adalah sangat diperlukan. Melihat realiti ini, Umno dan Pas bukannya bodoh.
Dengan berbekalkan lebih enam juta yang mengundi mereka dalam PRU lalu, selain beberapa negeri yang sudah mereka kuasa semula, adalah lebih baik Mufakat Nasional menamatkan riwayat Muhyiddin sebagai PM ke-8 untuk mereka kembali masuk ke gelanggang PRU.
Terlihat ada peluang mencatat kemenangan yang besar, Muafakat Nasional dan BN tidak perlu lagi menggadaikan masa depan negara dengan bergantung kepada PM minoriti seperti sekarang. Kan tiba masanya tidak penting lagi bagi Muafakat Nasional terus menatang Muhyiddin, sementara kestabilan negara menjadi taruhan.
Sekiranya BJ Habibie menjadi Presiden Indonesia yang singkat selepas Reformasi 1998, mungkin Muhyiddin akan lebih singkat daripada itu.
Di dalam PRU mengejut itu nanti, pertarungan sebenar kembali di antara Muafakat Nasional-BN dengan PH. Bersatu paling baik pun akan bergerak sebagai parti pilihan ketiga, yang hampir tidak signifikan apa-apa walaupun pernah mempunyai seorang PM yang diangkat dengan cara cukup luar biasa.
Melalui pintu belakang. Muafakat Nasional tidak perlu menanggung beban itu. Tidak perlu bersama digelar “pengkhianat” oleh rakyat jelata.
HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai komuniti Jalan Telawi.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/05/muafakat-nasional-siap-untuk-pru-mengejut/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=muafakat-nasional-siap-untuk-pru-mengejut

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Dan Muafakat Nasional Terus Fokus Siap Siaga Jentera Pilihan Raya Annuar

Bn Dan Muafakat Nasional Terus Fokus Siap Siaga Jentera Pilihan Raya Annuar

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 223 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Barisan Nasional dan Muafakat Nasional akan kekal fokus bagi mempersiap siagakan jentera pilihan raya dan memperkemaskan pentadbiran parti Jelas beliau selain itu beliau juga berharap BN dan...
Terkini Muafakat Nasional Pilih Bubar Parlimen

Terkini Muafakat Nasional Pilih Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 493 hits
Foto PC Muafakat NasionalKerajaan 22 Bulan PH Tumbang Ini Pendirian Muafakat NasionalSidang media oleh SU Agung PAS UMNO Presiden MCA Timbalan Presiden MIC dan PBRS 1 Ikrar SD sokongan BN dan PAS kepada Tun Dr Mahathir sebagai PM ditarik ba...
Dr Rais Tak Terlibat Dalam Rundingan Muafakat Nasional Annuar

Dr Rais Tak Terlibat Dalam Rundingan Muafakat Nasional Annuar

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 330 hits
Annuar Musa KUALA LUMPUR Ulasan Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dr Rais Hussin berkaitan syarat ditetapkan Muafakat Nasional dalam membentuk kerajaan perpaduan mengelirukan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar M...
Dap U Turn Punca Muafakat Nasional Tarik Diri Dari Kerajaan Perpaduan

Dap U Turn Punca Muafakat Nasional Tarik Diri Dari Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 291 hits
Di antara ahli Bersatu yang hadir untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya foto AFIQ RAZALI KUALA LUMPUR Datuk Dr Asyraf Waj...
Muafakat Nasional Mengorak Langkah Bersama Jalinkan Muafakat Lebih Istiqamah Annuar

Muafakat Nasional Mengorak Langkah Bersama Jalinkan Muafakat Lebih Istiqamah Annuar

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 375 hits
Zylan Moha KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Muafakat Nasional akan mengorak langkah bersama untuk menjalinkan muafakat secara yang lebih istiqamah Dalam satu ciapannya di Twitter Annuar yang juga Ahli Parlimen ...
Muafakat Nasional Bersiap Sedia Untuk Pilihanraya

Muafakat Nasional Bersiap Sedia Untuk Pilihanraya

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 235 hits
Kuala Lumpur 27 Feb Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menyatakan Muafakat Nasional mula bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 15 yang mungkin diadakan Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas perhimpunan khas bersama 180 Ketua...
Agong Perkenan Gabungan Politik Baharu Muafakat Nasional

Agong Perkenan Gabungan Politik Baharu Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 1389 hits
Drama gabungan politik baharu yang bermula dengan peralihan kuasa daripada Tun M kenapa DSAI mendapat jalan penamat apabila berlakunya pergabungan gabungan baru yang terdiri daripada blok pembangkang dan juga kerajaan Ini memberikan satu ga...
Pru Mengejut Peluang Koruptor Kembali Berkuasa

Pru Mengejut Peluang Koruptor Kembali Berkuasa

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 185 hits
Pilihan raya mengejut perlu dielakkan kerana akan membenarkan penjenayah korupsi kembali berkuasa dan mungkin menjadi perdana menteri Hal itu boleh diramal kerana Muafakat Nasional yang masih popular diramal menang mudah Ahli politik yang r...
Muafakat Nasional Gelojoh Kini Ph Mampu Cipta Kejutan Penganalisis Politik

Muafakat Nasional Gelojoh Kini Ph Mampu Cipta Kejutan Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 194 hits
INFORAKYAT Saya banyak diajukan soalan sama ada kabinet yang dibentuk semalam hanya akan bertahan selama dua bulan lebih merujuk kepada kemungkinan kerajaan PN akan tumbang dalam undi tidak percaya di Dewan Rakyat pada 18 Mei nanti Dalam po...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah