Muafakat Guan Eng Takut Bukan Rakyat



(Harakah) – PAS menempelak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggambarkan Umno dan PAS memberi ancaman kepada kaum bukan Melayu jika kedua-dua parti itu memerintah negara.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan Guan Eng itu disifatkan kurang ajar sekali gus menggambarkan ketakutan Menteri Kewangan itu terhadap Muafakat Nasional, PAS dan Umno.
“Bagi saya kenyataan Lim Guan Eng ini menggambarkan ketakutannya terhadap Muafakat PAS dan Umno, bukan ketakutan rakyat!
“Rakyat tidak takut pun kerana rakyat sudah tahu dan rakyat pernah ditadbir di bawah kedua-dua kerajaan ini, cuma yang menggambarkan ketakutan datangnya dari Lim Guan Eng sendiri khususnya DAP terhadap Muafakat Nasional PAS dan Umno.
“Saya yakin sebenarnya kenyataan beliau itu, kalau tengok kepada komentar daripada rakyat pun rakyat lebih mencemuh kenyataan beliau sebab dia tidak menggambarkan realiti,” katanya kepada Harakahdaily di lobi parlimen, hari ini.
Menjawab tuduhan Guan Eng yang cuba menakutkan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan, Tuan Ibrahim berkata, Ahli Parlimen Bagan itu wajar menyemak semula kelemahan pengurusan dari Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Kelantan.
“Kerajaan Pusat pun masih belum bayar royalti minyak kepada Kelantan, bukankah itu menggambarkan kelemahan Kerajaan Pusat.
“Kerajaan Pusat tidak membayar bantuan perkapita tahunan kepada kerajaan negeri mengikut jadual, sebelum dia menuding jari kepada kerajaan Kelantan semak dahulu tindakan Kerajaan Pusat,” katanya mengingatkan Guan Eng tunaikan dahulu tuntutan rakyat Kelantan.
Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata sekatan pembangunan terhadap Kelantan berlaku sehingga ke hari ini.
“Apa yang disebut berkenaan dengan pembangunan wilayah yang seimbang langsung tidak dijelmakan dalam bajet pada kali ini,” ujarnya yang menyifatkan Belanjawan 2020 mengetepikan pembangunan di Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Pantai Timur.
Guan Eng juga cuba menanam persepsi jahat kepada rakyat dengan mendakwa sekolah vernakular mungkin ditutup dan jawatan menteri kabinet tidak dibenarkan dijawat oleh kaum bukan Melayu jika PAS dan Umno memegang pentadbiran negara.
“Ini kenyataan yang jelas bohong, sebagai contoh kita perintah Kelantan selama 30 tahun, di Kelantan tidak ada wakil rakyat bukan Islam tetapi kerajaan negeri melantik penghulu-penghulu kampung mukim yang bukan Islam di kalangan masyarakat Orang Asli.
“Ketua-ketua yang dilantik di kalangan orang Buddha dan Siam mereka ini kalau ikutkan dalam sistem demokrasi tidak ada pun jawatan itu tetapi kerajaan Kelantan wujudkan lantikan ini.
“Bagi kita, kita menerima hakikat Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk, dan hak bagi bukan Islam untuk berada dalam kalangan kerajaan dijamin dan dilaksanakan di peringkat Kelantan dan Terengganu.
“Sama juga dengan sekolah vernakular yang dijamin dalam perlembagaan, bukan sekolah persendirian Cina. Sekolah vernakular ini sahaja dijamin, bagi kita tidak ada masalah dan Kelantan pun teruskan sekolah-sekolah tersebut dan kerajaan negeri beri bantuan kepada sekolah-sekolah vernakular,” ulasnya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/10/29/muafakat-guan-eng-takut-bukan-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Kurang Ajar Takut Tuan Ibrahim

Guan Eng Kurang Ajar Takut Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 346 hits
Muafakat Guan Eng takut bukan rakyatKL PAS menempelak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggambarkan Umno dan PAS memberi ancaman kepada kaum bukan Melayu jika kedua dua parti itu memerintah negara Timbalan Presiden PAS Ustaz Dato Tua...
Lim Guan Eng Sudah Melampau Dan Perlu Ditangkap

Lim Guan Eng Sudah Melampau Dan Perlu Ditangkap

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 329 hits
Both Umno and PAS state that it is permissible to lie and corruption is allowed Due to the racist and extremist religious philosophy of both Umno and PAS non Muslims and non Malays fundamental rights as enshrined under the Federal Constitut...
Pemimpin Pbb Persoal Kebijaksanaan Guan Eng

Pemimpin Pbb Persoal Kebijaksanaan Guan Eng

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 299 hits
Naib Pengerusi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah mempersoalkan kebijaksanaan Lim Guan Eng dalam pertikaian mengenai pelantikan ahli majlis kampung Karim berkata Lim bodoh kerana menafikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan yang dita...
Non Malays Will Suffer Discrimination And Persecution Under An Umno Pas Government Says Guan Eng

Non Malays Will Suffer Discrimination And Persecution Under An Umno Pas Government Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 428 hits
Lim Guan Eng has warned that a back door government led by Umno and PAS could lead to dire consequences for Malaysians particularly the non Malays and non Muslims The DAP secretary general said this unholy alliance would only lead to non Mu...
I Didn T Use The Word Weapon Guan Eng Tells Abang Johari

I Didn T Use The Word Weapon Guan Eng Tells Abang Johari

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 436 hits
Finance Minister Lim Guan Eng has accused Sarawak Chief Minister Abang Johari Openg of putting words into his mouth PETALING JAYA Finance Minister Lim Guan Eng today denied saying that the Federal Village Community Management Council is the...
Guan Eng Wants Those Who Break Up Pakatan To Be Jailed

Guan Eng Wants Those Who Break Up Pakatan To Be Jailed

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 289 hits
Lim Guan Eng today called for action to be taken against those attempting to illegally remove any of the parties in the ruling Pakatan Harapan coalition amidst rumours that a former minister was pushing for a new government to be formed wit...
Belanjawan 2020 Guan Eng Nafi Abai Sarawak

Belanjawan 2020 Guan Eng Nafi Abai Sarawak

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 349 hits
MIRI Sarawak adalah antara negeri menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2020 dengan pelbagai peruntukan digunakan untuk tujuan pembangunan meliputi semua sektor di negeri ini Sehubungan itu Menteri Kewangan Lim Guan Eng menafikan t...
Rm13 9 Bilion Terpaksa Dibelanjakan Bayar Hutang 1mdb Src Sejak 2017 Guan Eng

Rm13 9 Bilion Terpaksa Dibelanjakan Bayar Hutang 1mdb Src Sejak 2017 Guan Eng

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 425 hits
Pada 30 Oktober 2019Kenyataan media Menteri Kewangan Lim Guan Eng Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020 sejumlah RM2 7 bilion telah disediakan untuk 2020 untuk melunaskan bayaran khidmat hutang 1Malaysia Development Berhad dan...
Guan Eng Stays Mum On Foreword In Pro China Comic Book

Guan Eng Stays Mum On Foreword In Pro China Comic Book

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 393 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng today declined to comment on his foreword in a pro China comic book which stirred controversy after its distribution as reference material to school libraries He told reporters at the Parliament lobby that...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025