Adapun MSS itu rupanya amatlah pelik.. hendak dikatakan petak, rupanya bujur, namun tidak pula ia bujur sirih.. Warnanya kelabu tahi anjing disertai warna kuning diraja pada sesekian bahagiannya. Tercatat pula padanya perkataan rumawi - Motorola. Ia mempunyai tangkai seperti gayung air.
Ajaibnya sang MSS ini ia memancarkan cahaya merah. Apabila terkena sahaja cahaya merah itu kepada sesuatu barang, akan tertulis perkataan-perkataan rumawi. Ada juga nombor-nombor tercatat padanya. Dikatakan orang pada zaman ini, itulah nama dan harga barangan yang bakal dibeli dan dibayar kepada si penjual - pakcik Mydin. Jika tidak jadi membeli sesuatu barangan selepas dipancarkan cahaya merah itu, usah risau, kerna ada punat "delete" disediakan.
Panduan menggunakan MSS. Jangan salah faham dengan mempunyai sangkaan yang MSS ini hanya digunakan untuk memeriksa harga barang. Tidak! Ditegaskan sekali lagi... Tidak! Kerana alat ini gunanya untuk pembeli mengimbas sendiri barangan yang mereka beli, jadi di kaunter nanti mereka hanya perlu membuat bayaran. Tedi sangkakan ia gunanya hanya untuk semak harga barangan.
Kaunter khas disediakan untuk pembeli yang menggunakan teknologi tersebut. Di kaunter ini barangan anda akan diperiksa tanpa diimbas semula dan seterusnya anda boleh membuat bayaran....|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |