Mr A Warded 7d6n


Bismillahhirahmannirrahim... 
As Salam and greetings to dear readers.
Mr. A Warded 7D6N. Mr. A warded lagi asbab sakit yang sama sepertimana tahun lalu [SINI] Walaupun menjaga pantang larang makanan yang tak boleh diambil oleh pesakit gout, mencuba macam-macam supplement dan makan ubat ikut aturan tapi kalau dah rezeki mendapat sakit tu sakitlah jugak. Sabar dan tabahlah wahai Mr. A ya... 😢😢😢
Itulah orang kata perangai memang boleh diubah tapi itulah payah-sepayahnya kalau nak berubah tanpa azam dan nekad. Macam itu jugalah dengan Mr. A ni payah nak ubah perangai bila diajak ke hospital, menanggung sakit di rumah dah 2 tiga hari, bila Mrs. A ajak ke hospital tak nak pulak

Selepas subuh Selasa 28 Mei tu Mrs.A dah cakap dengan dia jomlah ke hospital saya boleh amik EL je hari ini sebab takde meeting. Meeting yang dijadual hari Isnin semalam tu dah tangguh ke Jumaat 31 Mei. Eh! tapi dia degil jugak sambil cakap takpelah awak pergi aje kerja. So Mrs. A pergilah kerja walaupun hati galau tetaplah kena profesional bila dah berada di office gittewww..

Mr. A Warded 7D6N. Memori bergambar malam akhir di Mawar Medical Center.
Malam sebelum discharge sajalah turun jalan-jalan sampai ke lobby nak menghirup udara segar
Petang hari Selasa 28 Mei, sebaik sahaja Mrs. A habis lunch bersama KN dan Zit tiba-tiba dapat panggilan telefon dari anak bongsu Mrs. A si Adik katanya babah kena admitted di hospital Mawar pergi hospital naik ambulan, Aqil temankan. Apa lagi bergegaslah Mrs. A inform bos dan officemate nak kena pergi hospital sebab husband admitted. Alhamdulillah syukur rezeki dapat bos, officemate dan pengurusan yang memahami

Dari office nak ke Hospital Mawar takdelah jauh sangat lebih kurang 10 ke 15 kilometer rasanya. Hujan pulak masa ni mujurlah tak lebat sangat so Mrs. A redah ajelah basahlah sikit-sikit. Sampai di hospital terus ke emergency sebab Mr. A masih di situ. Sedih pulak tengok dia terbaring lemah kat atas katil tapi masih boleh bercakap lagi. Tadi dah ambil darah tapi results belum tahu lagi. Tak lama tu nurse datang nak pergi x-tray pulak. X-tray ankle dan knee tempat sakit gout tu. By the time dah habis x-tray tu wad pun dah ready. 
Time tu dah pukul 3 petang rasanya terus ditolak ke wad. Mulanya ditolak ke 4 bedded kemudian Mrs. A bagitahu tadi ada request untuk bilik single check dengan kaunter admission katanya single belum ada kosong. Sebaik sampai di bilik 4 bedded mujurlah belum naik katil lagi. Staff admission bagitahu bilik single dah ada yang kosong. Alhamdulillah terus masuk ke bilik single yang pada masa tu cleaner sedang bersihkah fuh! memang betul-betul hot from oven nih! hahahaaa..

Berkampung di bilik Lili 21 7D6N
Malam pertama Mrs. A teman
Dah masuk wad tu kenalah masuk air dan lain-lain ubat lagi. Kemudian Dr Chan datang tengok lutut Mr. A yang bengkak. Dia bagitahu kena buat procedure nak keluarkan air dari lutut pulak. Haish! bertabahlah Mr. A yang penakut jarum tu huhuhuuu... Procedure tu mudah aje katanya cucuk jarum ke lutut tu kemudian keluarkan air. Air yang Dr Chan keluarkan dalam 4 tabung picagari kata Mr. A.
Sebelah malam Dr Dheepa iaitu Dr yang incharge admission Mr. A datang ward visit dan bagitahu result darah dan scan knee & ankle. Kena buat lagi ujian darah tu untuk monitor lagi dan buat ujian air kencing pulak sebab petang tadi tak buat lagi

Bila results darah dah keluar untuk kali kedua dan air kencing dah diketahui. Doktor cakap bacaan tak berapa bagus. Dipendekkan cerita beberapa procedure lagi pihak hospital suruh buat iaitu- ECG- CT Scan- Ultra Sound- Echocardiogram

Setelah semua procedure tu dibuat jumpalah dek doktor-doktor tu batu di dalam hempedu. Ada dua batu kata mereka satu saiz 6mm dan satu 8mm. Sebelum ini ada dua doktor yang terlibat iaitu Dr Chan untuk gout dan Dr Deepa doktor incharge kes Mr. A tambah pulak seorang lagi doktor iaitu Dr Sattian untuk kes batu dalam hempedu. (biliary sepsis secondary o choledochilithiasis)
Dr. Sattian dan Dr Deepa suggest kena buat ERCP. (nak tahu lanjut sila google😉) Dr Chan pulak suggest buat procedure untuk gout di bahagian lutut. Aduh! fening we all mana satu nak buat dulu nih! Setelah Mr. A dan Mrs. A bincang we all putuskan buat ERCP sebab menurut pihak hospital ERCP ni kena buat jugak untuk mengelakkan kuman dari merebak dan keadaan hempedu Mr. A pada masa itu sangat kotor. Buat ERCP usaha untuk keluarkan batu dan letak sten supaya batu tak masuk ke saluran ntah tak ingat saluran apa kencing ke usus dan kuman dalam hempedu tidak merebak. Macam itulah pemahaman Mrs. A dari apa yang Dr Sattian terangkan. 
Kesan selepas buat ERCP ini berbeza mengikut individu menurut kata Dr Sattian. Ada yang selepas ERCP rasa sakit sikit-sikit sahaja. Ada yang akan dapat pancreatitis iaitu radang pankreas dan beberapa kesan sampingan biasa lain-lain. 
X-tray time
Nak pergi ultra sound
Dah bersedia untuk ERCP
30 Mei lebih kurang pukul 3 petang masuk OT untuk ERCP
Time ni Mrs. A menunggu di ruang menunggu luar bilik OT perasaan risau tak payah cakaplah dan macam-macam rasa ada. Tenangkan diri dengan membaca surah Yasin katam 3 kali uols! Actually procedure masukkan scoop dan pasang sten tu dalam 10 minit aje tapi campur tolak procedure bius, tempoh bertenang kat area OT jadilah lebih kurang dalam 2 jam gitteww... Sekejap-sekejap tengok siapa yang keluar dari pintu tu ramai jugaklah yang keluar masuk tapi bukan yang di tunggu. 
Setelah kurang lebih 1 jam setengah kemudian Dr Sattian pun keluar dia datang ke Mrs. A dan bagitahu sten dah berjaya dipasang tapi batu tak dapat dikeluarkan. Tak perlu risau kata dia batu biasanya akanpecah dan keluar sendiri melalui salur kencing

Tak lama kemudian Mr. A dah disorong keluar dari OT kemudian terus ditolak masuk ke wad semula. Setengah jam awal tu keadaan Mr. A okay. Lapar katanya boleh makan ke? Doktor kata boleh kalau takde rasa nak muntah dan pening. Lalu dia pun makanlah bubur. Lepas makan tu rasa nak membuang pulak dah. Waktu membuang tu dia rasa tak selesa dan sakit di bahagian ari-ari. Kemudian selepas tu terus dia rasa sakit-sakit satu badan dan frust dan down. 😥
Gedebak-gedebuk selepas ERCP tu Mr. A adalah salah seorang yang mendapat pancreatitis (radang pankreas) selepas ERCP. Sakit sangat kata dia tak tahan sampai doktor bagi dia morfin untuk kurangkan sakit tu. Menunggu proses nak recover tu yang sampai 7D6N itupun tak recover sepenuhnya

Kesimpulannya dia memang frust sangat dengan keputusan ERCP tu gout pulih sakit lain pulak yang dapat. Akhirnya discharge pada 3 Jun lebih kurang pukul  3 petang

Alhamdulillah home sweet home.
Sehingga ke entry ini di tulis dah sempat pergi follow-up Selasa lepas 😊. Mohon doakan Mr. A sembuh sepenuhnya dan tidak sakit selepas itu. Aaamiiin Ya Rabbi







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mrsablogstori.blogspot.com/2024/06/Mr.A-warded-7D6N-di-mawar-medical.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parallel Pathway Must Follow Existing Laws Says Ex Moh Deputy Director

Malaysia Eyeing Rm13 Billion In Investments Exports At World Expo 2025

Diesel And Eggs Rushed Policies Lead To Economic Strain Says Mca

Mengapa Dan Kenapa Tak Pre Empt

The Benefits Of Taking Multivitamins

Hubungan Dengan China Jamin Kepentingan Jangka Panjang Malaysia

Sinopsis High School Return Of A Gangster

Hizbullah Lepas Puluhan Roket Ke Utara Israel



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat iQIYI Malaysia Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies

8 Fakta Biodata Aisyah Hijanah Azhari Penulis Buku Isteri Kepada Alif Teega

5 Kes Jenayah Melibatkan Kanak Kanak di Malaysia Yang Tak Boleh Kita Lupakan

Biodata Ezra Kairo Penyanyi Gandingan Zubir Khan Dalam Lagu OMK Oh My Kadhale

10 Fakta Biodata Aniq Durar Pelakon Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3 Gandingan Sharifah Rose


Ikan Puyu Dan Pucuk Harumanis

2 Aidiladha 2024

Popia Oh Popia

Biodata Kasih Iris Leona Anak Bongsu Pelakon Azhar Sulaiman

Tajaan Batik Penjawat Awam 2024 Dari Raifili World Yang Quality

Hantar Barang Dari Kl Ke Pulau Pinang Guna Pembalut Ayat Al Quran