Mps Tutup Mata Jejantas Hospital Selayang Kotor Terabai
Shawaliah Hadir
Longgokan sampah serta daun-daun kering yang memenuhi sepanjang laluan jejantas pejalan kaki ke Hospital Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL
SELAYANG – Geli dan tidak selesa, itu yang dirasakan oleh orang awam yang menggunakan jejantas untuk pejalan kaki ke Hospital Selayang.
Sejak pertama kali menggunakan jejantas itu beberapa tahun yang lalu sehingga kini, Halimah Bujang, 57, berkata, tahap kebersihan jejantas itu tidak pernah berubah dan semakin teruk.
Namun dek kerana tiada pilihan lain, ibu tunggal yang menaiki pengangkutan awam bagi urusan hariannya terpaksa berhadapan dengan kekotoran di situ.
Puntung-puntung rokok, bungkusan makanan yang dibuang di sekitar jejantas berkenaan terbiar sahaja, seolah-olah kawasan tersebut tidak pernah dibersihkan.
Halimah Bujang. foto HAZROL ZAINA“Ini bukan pertama kali saya lalu di sini, memang keadaannya begini.
“Kalau nak ikutkan, laluan ke hospital sepatutnya bersih. Orang awam yang hisap rokok, melepak di sini sepatutnya jangan buang puntungnya di sini.
“Pandangan masa pertama kali lalu sini memang geli, nak lalu tu tak selesa,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Longgokan sampah serta daun-daun kering yang memenuhi
sepanjang laluan jejantas pejalan kaki ke Hospital Selayang,
Selangor. foto HAZROL ZAINAL
Pandangan sama dilontarkan oleh Karuppiah a/l Maripan, 74, penduduk di sekitar yang biasa menggunakan jejantas tersebut.
Beliau berkata, tugas pembersihan jejantas Hospital Selayang itu sepatutnya digalas oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Majlis Perbandaran namun malangnya sebaliknya yang berlaku.
Jejantas itu nampak begitu terabai walaupun masih digunakan, tambah Karuppiah.
“Memang saya selalu guna jejantas ini tapi tidak pernah tengok
Karuppiah Maripan. orang bersihkan jejantas ini. Memang hari-hari saya guna jejantas ini.
“Mesti mahu jaga kebersihan di sini. Memang dia (Majlis Perbandaran Selayang) punya bidang kuasa, parkir kereta mereka jaga tetapi ini (jejantas) mereka tidak mahu jaga,” ujar beliau.
Sehubungan itu, Pensyarah Kolej Komuniti Selayang, Salmah ismail, 39 yang juga merupakan orang tempatan di situ berharap semua pihak perlu bersama-sama menjaga kebersihan di situ ekoran Majlis Perbandaran Selayang dilihat tidak melaksanakan tanggungjawabnya.
Seorang penduduk, Karuppiah Maripan berjalan melintasi longgokan
sampah yang memenuhi sepanjang laluan jejantas pejalan kaki ke
Hospital Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL,
Meskipun sekadar sebuah jejantas, namun kata, Salmah ia turut memberi kesan negara secara keseluruhan apatah lagi daripada persepsi pelancong.
“Kebersihan jejantas ni sepatutnya dijaga, sebabnya penting walaupun ia sekadar jejantas. Ia tidak elok untuk imej Malaysia kalau orang luar jalan (guna jejantas ini)
“Mudah sahaja, buang sampah mesti di dalam tong sampah, janganlah buang merata-rata. Kena ada rasa tanggungjawab.
Salmah Ismail, foto HAZROL ZAINAL“Majlis perbandaran pula kena tengok semula kerja-kerja pembersihan yang dikontrakkan. Ada tak membabitkan kawasan jejantas ni atau kawasan-kawasan lain sahaja yang dibuat tidak termasuk jejantas ini,” kata Salmah.
Keadaan kebersihan jejantas yang menjengkelkan ini telah disuarakan oleh seorang pengguna Facebook Tan Sri Dr Nordin Kardi yang juga bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).
Longgokan sampah serta daun-daun kering yang memenuhi sepanjang laluan jejantas pejalan kaki ke Hospital Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINALDalam postingnya baru-baru ini, Nordin berkata, keadaan jambatan itu tidak berubah walaupun pernah menegurnya setahun lalu.
“Jejantas pejalan kaki ke hospital Selayang masih tak berubah selepas posting saya terdahulu kira kira setahun lalu
“Tempat ini tumpuan ribuan orang setiap hari. Tidak beri imej baik kepada Majlis Perbandaran Selayang. YDP tak pernah lawat kawasan ni. Hadir mesyuarat saja dengar cerita anak buah,” tegurnya. – MalaysiaGazette
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/mps-tutup-mata-jejantas-hospital.html