Mp Pkr Betulkan Tentang Ismail Sabri


 





Oleh HASSAN ABDUL KARIM / January 16, 2022

Pada Sabtu 15 Januari 2022, saya menerima satu kiriman whatsapp yang mengandungi satu screen shot facebook berkenaan Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia kita. Dalam screen shot itu ada satu tulisan ringkas berkenaan latarbelakang Ismail Sabri Yaakob semasa zaman beliau seorang pelajar.Penulis itu bernama Andrew Peris yang mengaku beliau adalah rakan sekolah Ismail Sabri di Kuantan.

Saya dapati beberapa fakta penting dalam tulisan Andrew Peris itu tidak betul. Saya tahu fakta-fakta itu salah kerana saya kenal Ismail Sabri Yaakob dan tahu sedikit sebanyak latarbelakangnya. Mula-mula saya tak ambil peduli. Tetapi apabila saya teliti betul-betul tulisan Andrew Peris itu, saya yang dilatih sebagai seorang peguam nampak ada niat tidak baik si penulis. Dalam bahasa Inggeris dan istilah undang-undang ada niat jahat atau “malice” dalam tulisan Andrew Peris itu.

Si penulis yang saya tidak kenal itu, sama ada nama sebenarnya Andrew Peris atau itu nama palsu, saya lihat ada niat untuk menghina, mencemuh, mempelekehkan Ismail Sabri Yaakob yang menjadi Perdana Menteri kita sekarang.

Kalau saya ambil sikap tidak peduli tentang perbuatan buruk itu terhadap Ismail Sabri, maka saya rasa saya telah melakukan satu “omission” atau satu kegagalan kerana membiarkan fakta palsu yang memburuk-burukkan latarbelakang pencapaian akademik Perdana Menteri kita sekarang.

Saya perlu menjelaskan siapa saya dalam hal ini dan kenapa campur tangan soal seperti ini. Saya seorang ahli politik pembangkang di Parlimen dan Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri Malaysia. Dari segi politik kami adalah bertentangan pihak. Kami bukan bermusuhan tetapi kami bersaing hebat.

Kalau Andrew Peris hendak mengkritik Ismail Sabri Yaakob kerana kegagalan pentadbirannya atau kelemahan beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Itu adalah wajar dan hak Andrew Peris berbuat demikian di bawah undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10 hak rakyat bersuara.

Malah kritikan saya sebagai seorang ahli Parlimen pembangkang terhadap Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri lebih tajam dan lantang, kadang-kadang tanpa belas kasihan. Tetapi itu tidak ada kena mengena dengan peribadi. Bukan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri. Yang saya kritik adalah dasar-dasar kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang saya anggap silap, tidak sesuai dan ternyata gagal, misalnya.

Tetapi apabila ada orang seperti Andrew Peris yang menulis dengan fakta yang silap dan palsu dengan niat jahat untuk memalukan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri lebih 32 juta rakyat Malaysia sekarang, maka saya perlu betulkan fakta-fakta itu.

Saya tidak mahu rakyat Malaysia percaya dengan fakta palsu dan jahat yang diwar-warkan Andrew Peris seolah-olah Perdana menteri kita sekarang ini seorang yang bodoh, pencapaian akademik yang rendah, dapat belajar di universiti kerana dasar kroni atau pilih kasih.

Saya kenal Ismail Sabri Yaakob dan keluarganya. Abang Ismail Sabri iaitu Kamarazaman Yaakob adalah kawan baik saya sejak kami di universiti Malaya. Saya pernah jadi guru dan kemudian Pengetua sebuah kolej bernama Jaya Akademi di Kuala Lumpur yang dimiliki oleh Kamarazaman Yaakob. Ketika itu Ismail Sabri Yaakob adalah pelajar Tingkatan Enam kami di Jaya Akademi yang dimiliki oleh abangnya sendiri. Selain itu, Ismail Sabri Yaakob pernah tinggal serumah dengan saya di Kampung Chubadak, Sentul dan di Kuala Lumpur ketika beliau menjadi mahasiswa Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya.

Di dalam tulisan Andrew Peris beliau menyatakan : “ …His (Ismail Sabri Yaakob) LCE results were poor so he went to a vocational school in Form 4. He flunked his SPVM and went to a private school to resit his exams.”

Fakta yang dinyatakan oleh Andrew Peris itu tidak betul. Ada moleknya saya ceritakan dari awal sejarah persekolahan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau asalnya bersekolah rendah Melayu di Sekolah Kampung Bangau, Temerloh, Pahang. Selepas darjah Enam, Ismail Sabri masuk ke sekolah berasrama, iaitu Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan. Murid yang dipilih bersekolah di sekolah berasrama biasanya murid yang pandai.

Ismail Sabri yang berasal dari sekolah rendah aliran Melayu terpaksa melalui kelas peralihan atau remove class apabila di sekolah menengah. Dari kelas peralihan, Ismail Sabri terus melompat ke Tingkatan Dua. Beliau tidak ke Tingkatan Satu. Murid yang dibenarkan melompat dari Kelas Peralihan terus ke Tingkatan Dua tentunya bukan murid yang lembam dan bodoh.

Ismail Sabri lulus peperiksaan LCE (Lower Certificate Examination atau Sijil Rendah Pelajaran) aliran sekolah Inggeris. Beliau naik ke Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik, Kuantan. Bukannya ke “vocational school” seperti yang ditulis oleh Andrew Peris. Ada perbezaan antara sekolah vocational dengan Sekolah Menengah Teknik.

Selepas Tingkatan 5, Ismail Sabri terus menyambung pelajarannya ke Tingkatan Enam di Jaya Akademi, Kuala Lumpur, iaitu sebuah kolej swasta yang dipunyai oleh abangnya sendiri. Kemudian Ismail Sabri menduduki peperiksaan STPM di Jaya Akademi dan lulus peperiksaan tersebut dengan cemerlang. Perkara ini berlaku di hadapan mata saya kerana saya Pengetua Jaya Akademi ketika itu.

Andrew Peris memfitnah Ismail Sabri Yaakob apabila menyatakan dalam tulisannya bahawa Ismail Sabri dapat biasiswa untuk belajar undang-undang melalui ayahnya seorang kuat Umno di Pahang. Ini adalah fitnah dan palsu dan berniat jahat.

Saya kenal ayah dan Ibu Ismail Sabri Yaakob. Saya pernah bertemu Yaakob yang saya panggil Pak Cik Yaakob. Saya pernah makan minum di rumahnya. Pak Cik Yaakob ayah Ismail Sabri bukan orang kuat Umno. Dia rakyat biasa, mungkin bekas seorang penoreh getah. Keluarga Ismail Sabri bukan orang senang. Mereka tidak miskin. Mereka ada kedai kecil di pekan Temerloh. Ibu Ismail Sabri berjualan keperluan harian dan buah-buah di kedai itu. Saya pernah ke kedai itu. Apabila Pak Chik Yaakob meninggal dunia di Temerloh, saya pinjam kereta seorang kawan untuk membawa Ismail Sabri pulang ke Temerloh di hari ayahnya meninggal dunia. Saya sempat ke tanah perkuburan di mana Pak Chik Yaakob ayah Ismail Sabri dikebumikan. Saya boleh menjadi saksi ayah Ismail Sabri bukanlah seorang orang kuat Umno Pahang.

Ismail Sabri dapat masuk ke Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya adalah atas meritnya kerana keputusan STPM yang baik, bukannya kerana dasar kroni atau ada “cable”. Adalah satu tuduhan jahat Andrew Peris yang menuduh kemasukan ke Universiti Malaya berdasarkan kroni atau “pintu belakang” kerana si ayah orang kuat Umno.

Saya bekas pelajar Universiti Malaya boleh menyatakan sepanjang yang saya tahu pengambilan pelajar undang-undang di Universiti Malaya adalah terhad. Bermula dengan 50 orang pelajar pada tahun 1972 kemudian ketika zaman Ismail Sabri Yaakob jumlah pelajar Fakulti Undang-Undang adalah sekitar 100 orang.

Andrew Peris perlu sedar bahawa Universiti Malaya adaalah universiti ulung di Malaysia. Universiti Malaya ada nama di Malaysia dan di dunia. Kita tidak boleh masuk belajar di Universiti Malaya jika kita tidak layak, apatah lagi ke Fakulti Undang-Undang.

Memang benar Ismail Sabri pernah menerima biasiswa. Semasa beliau di sekolah menengah, Ismail Sabri Yaakob mendapat biasiswa RM25 sebulan atas dua sebab. Pertama dia pelajar yang pandai dan sebab kedua kerana dia dari keluarga susah, keluarga penoreh getah. Ayah dia bukan orang kuat Umno Pahang.

Ketika belajar di Universiti Malaya, Ismail Sabri Yaakob mendapat pinjaman MARA.

Beliau lulus dengan cemerlang sebagai pelajar Undang-Undang di Universiti Malaya dan kemudian ditauliahkan menjadi seorang peguambela dan peguamcara. Saya pernah pergi ke pejabat guaman Ismail Sabri di Kuala Lumpur dan berasa bangga seorang kawan saya, sahabat se rumah dengan saya dan bekas murid saya telah berjaya menjadi seorang peguam.

Dengan tulisan ini saya harap saya telah dapat membetulkan fakta salah yang ditulis oleh Andrew Peris.

Sekian.

——–
Penulis adalah Ahli Parlimen Pasir Gudang dcari PKR.  Pada 15 Januari 2022 (Sabtu)

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/mp-pkr-betulkan-tentang-ismail-sabri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chong Wei Imbau Dorongan Ismail Sabri Di Olimpik Beijing 2008

Chong Wei Imbau Dorongan Ismail Sabri Di Olimpik Beijing 2008

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 142 hits
Chong Wei imbau dorongan Ismail Sabri di Olimpik Beijing 2008 HARI ini genap 62 tahun usia Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Namun bagi legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei beliau mempunyai cara tersendiri untuk menyamp...
Terima Kasih Atas Ucapan Doa Anda Semua Ismail Sabri

Terima Kasih Atas Ucapan Doa Anda Semua Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 199 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berterima kasih kepada semua yang memberikan ucapan dan doa sempena hari jadinya yang ke 62 hari ini Menerusi perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi Ismail Sabri ...
Hanya Agong Layak Tamatkan Saya Keangkuhan Azam Baki Sekaligus Melekehkan Ismail Sabri

Hanya Agong Layak Tamatkan Saya Keangkuhan Azam Baki Sekaligus Melekehkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 229 hits
Selepas Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang semalam menjadikan Yang Di Pertuan Agong sebagai talian hayat untuk mempertahankan kedudukannya kini Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pula berbuat demikian Berdepan tekanan yang kian meningkat yang men...
Banjir 329 Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Rm2 500 Setakat Hari Ini Ismail Sabri

Banjir 329 Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Rm2 500 Setakat Hari Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 216 hits
Oleh SEBANYAK 329 ketua isi rumah khususnya di sekitar Gombak dan Sepang yang terkesan dengan bencana banjir baru baru ini telah menerima Bantuan Pembelian Barangan Keperluan sebanyak RM2 500 hari ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail ...
Anwar Segera Turun Bantu Melaka Mana Ismail Sabri Makan Minum Semua Ta

Anwar Segera Turun Bantu Melaka Mana Ismail Sabri Makan Minum Semua Ta

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 240 hits
Dato Seri Anwar ibrahim semalam ziarah mangsa mangsa banjir di Melaka tadi Kita semua mesti main peranan membantu mereka yang terkesan Sikap kebersamaan kasih sayang dan keprihatinan mesti ditonjolkan
Isu Azam Baki Ismail Sabri Perlu Letak Jawatan

Isu Azam Baki Ismail Sabri Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 411 hits
ULASANAzam Baki pembukapanggung 2022 ISU yang mengaitkan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki yang mengaku telah memberi pinjaman akaun CDS kepada adiknya Nasir Baki untuk memiliki jutaan saham awam benar benar mengoya...
Umno Kelantan Putus Hubungan Dengan Pas Lepas Jumpa Ismail Sabri

Umno Kelantan Putus Hubungan Dengan Pas Lepas Jumpa Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 189 hits
agendaily com22 1 2022UMNO Kelantan memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS negeri itu berkuat kuasa serta merta selepas bertemu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kota Bharu hari ini Badan Perhubungan UMNO Kelantan menga...
Persiapan Prn Mt Umno Serah Kepada Umno Johor Ismail Sabri

Persiapan Prn Mt Umno Serah Kepada Umno Johor Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 199 hits
satuberita myBy January 22 2022 Ismail Sabri merangkap Naib Presiden UMNO hadir pada Perjumpaan Khas Perdana Menteri Bersama Ahli Biro Politik UMNO Kelantan Foto BERNAMANAIB Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Ahli Majlis T...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco