Mp Pas Tragedi Memali Cerita Lama Pas Tidak Lagi Berdendam


Seorang lagi pemimpin kanan PAS mengulas mengenai tragedi Memali dengan nada lebih lunak walaupun ia pernah menjadi satu daripada isu yang disebut-sebut suatu ketika dulu.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Khairuddin Aman Razali, berkata kejadian yang mengorbankan berbelas penyokong parti itu di kawasan pedalaman Kedah itu adalah cerita lama.

Malah menurut anggota parlimen Kuala Nerus itu, PAS tidak lagi berdendam terhadap kejadian tersebut.

Seperti dipetik Sinar Online, Khairuddin menggunakan sejarah zaman Rasulullah SAW untuk menjelaskan sikap terbaru PAS.

Misalnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, seorang wanita - Hindun binti Utbah - membunuh bapa saudara Rasulullah, Hamzah bin Abdul Muttalib dengan cara yang amat zalim hingga turut dibelah dada dan dipotong hidung.Bagaimanapun, ketika pembukaan Makkah, Hindun memeluk Islam dan orang-orang kafir walaupun dulu mereka menentang Nabi Muhammad SAW tetapi kemenangan di Makkah mereka tunduk kepada Islam. Jadi tidak ada lagi dendam kepada (peristiwa) yang telah berlalu, katanya.
Kenyataan itu dibuat dua hari selepas PAS menandatangani piagam bersama dan melahirkan pakatan Muafakat Nasional dengan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Memali ialah sebuah petempatan yang menyaksikan insiden berdarah membabitkan pasukan keselamatan negara - yang ketika itu ditunjangi Umno, dan bersama BN - dengan penyokong PAS.

Hasil daripada pertembungan dua pihak terbabit seramai 18 orang - termasuk 14 anggota PAS - terbunuh dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain. Turut terkorban, anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi tersebut.

Dr Mahathir Mohamad ialah perdana menteri ketika itu.

PAS mendakwa Operasi Angkara itu dilancarkan bermotifkan politik bagi membendung pengaruh Ibrahim yang luas dalam pengikut PAS. Anggota PAS yang terkorban dianggap syahid oleh PAS.

Dua hari sebelum Muafakat Nasional ditandatangani, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, menjelaskan parti itu kini menganggap tragedi Memali sebagai "kecil" dengan adanya penyatuan dengan Umno.

Khairuddin berkata ketika ini PAS mahu menumpukan perhatian kepada isu yang lebih besar iaitu "menyelamatkan Islam" dan "menjatuhkan PH" yang didakwanya gagal menguruskan ekonomi serta melindungi Islam berbanding tragedi yang sudah jadi sejarah itu.

Sebelum ini Pengarah Komunikasi Amanah dilaporkan berkata tragedi Memali bukanlah perkara kecil.

Seperti dipetik Malaysia Dateline, Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata perdamaian PAS dan Umno tidak mengubah realiti bahawa peristiwa berdarah mengorbankan 14 orang kampung dan empat anggota polis itu tetap pernah berlaku.

MK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/09/mp-pas-tragedi-memali-cerita-lama-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Orang Gila Talak Ungkit Kisah Lama Pas Dan Umno Haji Hadi

Hanya Orang Gila Talak Ungkit Kisah Lama Pas Dan Umno Haji Hadi

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 320 hits
Pas menggambarkan pihak yang mengungkit kisah kisah lama antara parti itu dengan UMNO sebagai individu gila talak kerana masing masing bukan lagi ahli kedua dua parti teras orang Melayu dan Islam itu Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ...
Isu Memali Timbul Untuk Pecahkan Pas Umno Kata Anak Mangsa

Isu Memali Timbul Untuk Pecahkan Pas Umno Kata Anak Mangsa

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 191 hits
Tiga puluh empat tahun sudah berlalu namun peristiwa hitam yang dilalui penduduk Kampung Memali di Baling Kedah masih segar dalam ingatan Rata rata penduduk berpendapat insiden yang berlaku pada tanggal 19 Nov 1985 itu bukan isu kecil dan t...
Umno Kalau Mahu Ungkit Dr M Perlu Mohon Maaf Tragedi Memali

Umno Kalau Mahu Ungkit Dr M Perlu Mohon Maaf Tragedi Memali

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 105 hits
Pemuda Umno mengingatkan Dr Mahathir Mohamad belum memohon maaf atas tragedi Memali 1985 jika perdana menteri mahu mengungkit Amanat Hadi 38 tahun lalu ketika Umno dan PAS bersiap sedia untuk Himpunan Penyatuan Ummah hujung minggu ini Ketua...
Memali Bukan Lagi Isu Besar Bagi Pas Takiyuddin

Memali Bukan Lagi Isu Besar Bagi Pas Takiyuddin

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 146 hits
KUALA LUMPUR Dendam Pas terhadap Pas akibat peristiwa hitam berlaku di Kampung Memali Kedah pada 1985 kini dianggap bukan lagi menjadi isu besar apabila wujudnya kerjasama menerusi penyatuan ummah yang bakal membawa agenda lebih besar untuk...
Cerita Santai Bmf Berapa Lama Kempen Bmf Boleh Bertahan

Cerita Santai Bmf Berapa Lama Kempen Bmf Boleh Bertahan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 752 hits
Cerita Santai BMF Berapa lama kempen BMF boleh bertahan Dari rumah saya ke kedai milik muslim ini perlu lintas speedmart dan 2 3 kedai cina Takpe la jauh sikit Mana ada perjuangan tanpa cabaran Saya nak beli beras Alhamdulillah ada di sini ...
Memali Perlu Disiasat Semula Kata Khalid Samad

Memali Perlu Disiasat Semula Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 238 hits
Pakatan Harapan bercadang menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat semula punca sebenar tragedi Memali yang mengorbankan 18 nyawa termasuk empat pegawai polis pada November 1985
Tragedi Pemilihan Parti Amanah Negara

Tragedi Pemilihan Parti Amanah Negara

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 307 hits
Tragedi Pemilihan Parti Amanah Negara Walaupun dibenarkan mengikut undang undang penggunaan cai dalam Pemilihan Amanah 2019 dilihat boleh membawa musibah jangka panjang buat parti yang masih muda itu kata salah seorang pemimpinnya Naib Peng...
Tragedi Pilu Bapa Lemas Lepas Selamatkan Anak

Tragedi Pilu Bapa Lemas Lepas Selamatkan Anak

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 310 hits
Malang tidak berbau apabila seorang bapa menemui ajal setelah menyelamatkan anaknya yang lemas dalam kejadian yang berlaku di Air Terjun Chamang Bentong hari ini Mangsa seorang pengurus syarikat pemasaran Chong Aun Guan 48 dipercayai baharu...
Percutian Tragedi Ke Seoul Insuran Bayar Dan Tuntut

Percutian Tragedi Ke Seoul Insuran Bayar Dan Tuntut

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 224 hits
Kami ingin berkongsi tentang ujian yang dilalui oleh keluarga En Kamarol Khahar semasa percutian mereka di Seoul tempoh hari Semoga kisah ini menjadi contoh dan tauladan kepada mereka yang bakal mengembara ke luar negara SEOUL MISSION PERCU...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil