Mp Pas Pertahan Kenyataan Hikayat Puteri Gunung Ledang


malaysiakini.comDikemaskini Hari ini 1:18 pm

Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan perumpamaan hikayat Puteri Gunung Ledang terhadap “sokongan bersyarat” BN terhadap Belanjawan 2021, bukanlah bermakna dia menolak syor-syor mereka

Katanya, perkara dibangkitkan bekas perdana menteri Najib Razak dalam perbahasan, iaitu lanjutan moratorium enam bulan dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000, masih terbuka untuk perbincangan.

Namun, tambahnya, yang tidak dipersetujuinya ialah tindakan meletak syarat untuk menyokong rang undang-undang (RUU) berkenaan.

"Hanya satu isu yang saya tidak bersetuju secara total, iaitu meletak syarat, kerana kedua-dua perkara itu tiada dalam RUU Perbekalan (Belanjawan).

"Oleh yang demikian, apabila anda berkata, 'Saya menyokong belanjawan ini dengan pindaan'. Saya bertanya, nak pinda di mana? Ia tiada dalam RUU Perbekalan," katanya di Facebook.Meskipun ada pihak mendakwa dua perkara berkenaan ada di dalam ucapan Belanjawan 2021, Ahmad Fadhli memberi bayangan agar mereka membezakan antara ucapan berkenaan dengan RUU Perbekalan yang sedang dibahas di parlimen kini.

"Saya mungkin boleh setuju, jika ayatnya berbunyi begini, 'Saya sokong belanjawan ini, dengan syarat, kerajaan umumkan polisi berhubung moratorium dan KWSP sebagaimana cadangan saya', itu kedengaran agak munasabah.

"Tetapi meletak syarat, sokong dengan pindaan, nak pinda di mana? Sebab itu saya kata, meletak syarat ini apa tujuannya?

"Hasilnya lahirlah syarat Puteri Gunung Ledang," katanya lagi.

Semalam Ahmad Fadhli menyifatkan sokongan bersyarat BN itu sebagai janggal dan ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang.

“Sedikit berbeza dengan ahli parlimen lain, saya rasa meletakkan syarat sokongan supaya kerajaan meluluskan pengeluaran kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) Akaun 1 dan lanjutan automatik moratorium agak janggal kerana ia tiada keperluan dalam Belanjawan 2021 ini.

“Saya rasa ia seperti (hikayat) Puteri Gunung Ledang yang meminta Sultan Melaka membuat jambatan (emas), hidangan (hati) nyamuk sekian, sekian, namun bukan bertujuan untuk terima pinangan tetapi petanda untuk tolak pinangan itu,” katanya di Parlimen semalam.

Ini ekoran kenyataan Najib, sehari sebelum itu, bahawa sokongan BN terhadap Belanjawan 2021 adalah bersyarat, kerana Umno masih menuntut kerajaan supaya melanjutkan moratorium selama enam bulan dan membenarkan pengeluaran one-off hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP.
Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/mp-pas-pertahan-kenyataan-hikayat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Ibarat Hikayat Gunung Ledang Pas Pula Hikayat Janji 1001 Malang

Umno Ibarat Hikayat Gunung Ledang Pas Pula Hikayat Janji 1001 Malang

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 336 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONNovember 13 2020Jika cadangan Umno ibarat hikayat gunung ledang kerana menetapkan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021 janji janji Pas pula sama seperti hikayat janji seribu satu malang kerana banyak janji ...
Asyraf Ini Bukan Hikayat Puteri Gunung Ledang Ini Soal Hakikat Rakyat

Asyraf Ini Bukan Hikayat Puteri Gunung Ledang Ini Soal Hakikat Rakyat

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 326 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 6 51 pmAsyraf Wajidi DusukiKetua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari bahawa apa yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri Najib Razak di Dewan Raky...
Integriti Dan Keadilan Puteri Gunung Ledang

Integriti Dan Keadilan Puteri Gunung Ledang

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 417 hits
Saya rasa ia seperti Puteri Gunung Ledang yang meminta Sultan Melaka membuat jambatan hidangan nyamuk sekian sekian namun bukan bertujuan untuk terima pinangan tetapi petanda untuk tolak pinangan itu katanya di Parlimen Bagaimanapun BARISAN...
Syarat Najib Vs Syarat Puteri Gunung Ledang

Syarat Najib Vs Syarat Puteri Gunung Ledang

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 283 hits
SHAMSUDDIN NAWAWI Ada yang kata syarat Najib itu syarat ugut Dan kalau kita pernah baca syarat Puteri Gunung Ledang itu syarat mitos Hati kuman jambatan emas air mata anak dara setempayan bagai itu semua mitos saja Kalau lebai ketayap pun b...
Kerajaan Harus Setuju Waima Syarat Puteri Gunung Ledang Sekalipun Jika Ikhlas

Kerajaan Harus Setuju Waima Syarat Puteri Gunung Ledang Sekalipun Jika Ikhlas

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 278 hits
Pada 13 November 2020Kenyataan media Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee KeongKerajaan harus setuju waima syarat Puteri Gunung Ledang sekalipun sekiranya ikhlas untuk meluluskan Belanjawan Perpaduan untuk meluluskan Belanjawan Perp...
Puteri Gunung Ledang Tak Takut Mati

Puteri Gunung Ledang Tak Takut Mati

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 333 hits
Heboh semalam di Dewan Rakyat isu hikayat Puteri Gunung Ledang Kebiadapan MP Bintulu yang mengatakan DG tak turun ke bawah kerana takut mati Cerita mudahnya gini Tiong Bintulu ni selain MP dia juga ahli perniagaan yang berjaya dengan memili...
Gunung Ledang Sagil Johor

Gunung Ledang Sagil Johor

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 563 hits
Assalammualaikum Dunia Laluan ke Taman Negara Gunung Ledang Cantikkk view nie Al kisah nyer tersebut lah kisah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikenakan keatas negeri semenanjung Malaysia kecuali Perlis Kelantan dan Pahang I a...
Nik Abduh Pertahan Menteri Pas Tak Pakai Pelitup Muka

Nik Abduh Pertahan Menteri Pas Tak Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 335 hits
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mempertahankan tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak memakai pelitup...
Forest Fire Breaks Out In Kajang Prima

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Mixed Thoughts Prevail Among Malays Non Malays To Pmx S Unreadiness To Step Down

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around

Pertama Kali Beli Handbag Dato Aliff Syukri

Ikan Bakar Kak June