Mp Otak Tahi Sila Duduk Dalam Tong Sampah


Berhenti berebut kuasa wahai politikus. Berhenti meminta tarikh daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dengan niat untuk menukar kerajaan. Berhenti. Jeda. Amaran ini bukan untuk kamu satu orang tetapi juga untuk kamu yang mengancam rakyat dengan rotan. Untuk kamu semua, mengerti

Sekarang, selepas jeda; kamu semua wajib duduk semeja. Jika kalian, ahli politik tua 70-an yang meniti hari-hari untuk mati masih tidak mahu duduk semeja: Maka kalian boleh jalan. Pintu keluar untuk kalian. Pergi main golf jauh-jauh di Desaru. Yang kleptokrat dan berderet kes mahkamah sila juga diam. DIAM. Kalian tidak diperlukan. Kalian mengaibkan negara. Kalian mengecewakan kami

Di Ukraine, rakyat menunjukkan isyarat jelas; kalau ahli politik terus main taik, maka mereka boleh dihumban ke dalam tong sampah. Pada 17 September 2020 lalu rakyat Ukraine beramai-ramai mendorong politikus Vitaly Zhuravsky ke dalam tong sampah besar. Kalau tidak mahu duduk semeja dan memikir masalah rakyat, sila masuk dalam sampah. Sambil melakukannya, rakyat berteriak, “Kami menghuni negara yang darah sedang tumpah kerana kamu.”
Ahli politik harus berhenti main politik. Bukan harus, wajib. Rakyat sedang nanar kehilangan pekerjaan. Rakyat sedang menggelupur berdepan dengan dunia yang sama sekali berbeza. Kalau kalian ahli politik tidak mahu memikirkan perihal kami rakyat, kalian boleh keluar. Masuk tong sampah lebih baik

Kami, rakyat mahu politikus yang negarawan. Yang boleh duduk semeja ketika krisis. Yang memikirkan urusan rakyat tanpa memilih-milih. Tanpa main politik. Berhenti main taik. Berhenti main politik kotor. Politik urusan untuk memberi khidmat kepada kami rakyat. Bukan berebut kuasa utnuk mengisi jawatan menteri atau GLC

Jadi jika kalian betul ingin bekerja untuk kami rakyat, sila duduk semeja. Dan sekarang dengar. Negara ini memerlukan satu gerakan damai dari terus runtuh dan roboh, faham? Mengerti

Kita sedang berperang. Covid-19 musuh kita. Apabila saya menggunakan ganti nama kita, ia bermaksud semua – kita – tanpa mengenal warna kulit, jantina, kepercayaan, dan faham politik. Kerja kita harus terpusat kepada satu; menumpaskan musuh yang tidak dapat kita lihat iaitu Covid-19. Seruan jeda, atau gencatan, boleh juga digunakan istilah pause. Ia seruan yang murni dan bijak. Ia seruan tidak beremosi yang matang

Pada 3 April 2020, kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN) mengumumkan tindakan gencatan senjata. Ia adalah sesuatu yang janggal dilakukan memandangkan mereka biasa berjuang. Namun niat BRN itu jelas, agar akses bantuan perubatan dan kemanusiaan buat penduduk di wilayah yang terjejas akibat Covid-19 dapat dilakukan. BRN, dalam kenyataan mengumumkan pandemik Covid-19 yang meragut beberapa nyawa di wilayah Patani “musuh utama umat manusia”. BRN percaya diri mereka sebagai “pelindung kepada Negara Patani”, justeru “kesusahan yang dihadapi penduduk di Patani” ekoran krisis politik tidak terus diburukkan lagi dengan operasi melawan yang tidak kunjung henti

Ini pilihan dan keputusan matang, nampak tak wahai politikus?
Kemudian, pada 27 Mei 2020 lalu, di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, menyeru kepada jeda, gencatan, atau pause agar semua pihak bertikai kembali kepada satu tekad. Iaitu tekad moral untuk melindungi warga sivil khususnya mereka yang tersepit di wilayah konflik memandangkan musuh utama untuk semua manusia yang sedang bertikai ini adalah wabak Covid-19. Indonesia misalnya melihat wilayah seperti Yemen yang kian dilutu dan dirotan Arab Saudi sebagai bernasib malang memandangkan ia terkapai-kapai perlu melawan Covid, tetapi dalam masa yang sama juga lelah melawan taburan peluru

Mengerti? Faham?
Di Malaysia, kita juga berdepan dengan kemelut yang tidak kunjung henti. Kemelut yang dimaksudkan adalah perebutan kuasa politik. Mandat rakyat pada 2018 yang memberikan kuasa kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk menghukum kleptokrat dirampas oleh segelintir politikus tamak. Langkah Sheraton dilakukan tanpa segan silu di tengah-tengah wabak Covid-19 yang sedang mendera. Tidak cukup itu, sebaik sahaja perintah kawalan pergerakan dilonggarkan, perebutan kuasa di Sabah pula berlaku

Tindakan sesetengah polikatak mengubah parti mendorong pembubaran Dewan Undangan Negeri yang menghasilkan pertempuran sengit. Malang sekali pertempuran sengit itu tidak menjanjikan kelebihan dan kebaikan yang diimpikan kerana wabak Covid-19 menular dengan demikian pantas. Berapa angka kes hari ini? Berapa? Kalian politikus suka nak tengok kami rakyat mati

Jadi jika kalian betul ingin bekerja untuk kami rakyat, sila duduk semeja. Dan sekarang dengar. Negara ini memerlukan satu gerakan damai dari terus runtuh dan roboh, faham? Mengerti

Kalau kemaruk main golf sila ke tepi, kalau kemaruk kumpul angka untuk bentuk kerajaan agar dapat jadi PM juga sila ke tepi. Kami rakyat tidak berminat untuk meletakkan mana-mana politikus di atas kerusi menteri agar kami kian ditindas dan tidak dipeduli

Negara ini memerlukan pembetulan selepas Langkah Sheraton. Untuk itu, mereka yang boleh duduk semeja bukan muka-muka khianat tetapi muka-muka yang memang ingin mengembalikan kesejahteraan untuk negara

Ketua negara boleh memanggil sebuah kerajaan – sementara – yang terdiri dari negarawan pelbagai bidang untuk duduk semeja. Mereka ini boleh jadi di luar kerangka politik kepartian. Ini kerana mereka memang mahu membaiki negara, dan menyelamatkan Malaysia dari karam. Kita bukan ketandusan pakar

Kita sedang berdepan dengan pandemik yang dahsyat. Kita tidak boleh terus bergasak, dan berlumba meraih angka untuk menukar kerajaan dengan rasa dan perasaan betul. Kami, rakyat memerlukan negarawan. Bukan abah. Bukan juga politikus perasan selepas terlepas kapal 3 kali

Rakyat mahu negarawan. Bukan ahli politik bertengkar saling berbantah. Kami juga tidak mahu penyamun dan penyangak yang telah kami tunjukkan pintu keluar

Berhenti, jeda, atau pause. Berikan kami hak kami sebagai rakyat, hidup sejahtera dan aman. Berkhidmat untuk kami rakyat. Duduk semeja atau kami buang kalian dalam tong sampah

Buat sekarang; kerana angka kerusi kamu tidak akan berubah lagi. Yang pasti meningkat ialah angka Covid, jangan tunggu lebih ramai mati

Faham, mengerti?
FMT



Cukup cukup lah bergaduh!

Sambil ada yang berebut takhta kuasa, rakyat terus menderita dan sengsara.

ENOUGH! Fokus jaga rakyat!#PauseMalaysia pic.twitter.com/2wrN53LrKW
— Syed Saddiq 🇲🇾🌺 (@SyedSaddiq) October 7, 2020


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/10/mp-otak-tahi-sila-duduk-dalam-tong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
K Jaan Tak Bercadang Sediakan Tong Sampah Khas Untuk Pelitup Muka

K Jaan Tak Bercadang Sediakan Tong Sampah Khas Untuk Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 306 hits
MALAYSIAKINI Kementerian Alam Sekitar dan Air tidak berhasrat memperkenalkan tong sampah khas bagi membuang pelitup muka kata menterinya Tuan Ibrahim Tuan Man Bagaimanapun Tuan Ibrahim meminta orang ramai supaya membuang pelitup muka di tem...
1 Week Work From Home Duduk Rumah Adik Salah Ke

1 Week Work From Home Duduk Rumah Adik Salah Ke

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 398 hits
Artikel ini Cik iena kongsikan untuk pengetahuan anda anda yang salah faham tentang keakraban Cik iena dengan adik ipar Cik iena tidak pernah membanding banding banding kan keluarga Cuma disebabkan kerap melihat insta story Cik iena tentang...
Duduk Bincang Kalau Nak Kekalkan K Jaan Perak Kata Razman

Duduk Bincang Kalau Nak Kekalkan K Jaan Perak Kata Razman

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 221 hits
Muafakat Nasional perlu berbincang dan berlapang dada dalam isu agihan kerusi sekiranya mahu terus mentadbir kerajaan negeri Perak pada pilihan raya umum akan datang Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata ini bermakna tiada lagi istil...
Jangan Paksa Anak Duduk Diam Itu Tandanya Anak Bijak Tujuh Deria Ini Perlu Dirangsang Supaya Anak Bijak

Jangan Paksa Anak Duduk Diam Itu Tandanya Anak Bijak Tujuh Deria Ini Perlu Dirangsang Supaya Anak Bijak

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 246 hits
Anak anak memang tak tahu penat sebab mereka dalam proses untuk membesar Tapi kadang kadang kita sebagai ibu bapa penat melayan perangai anak anak Dalam tak sedar kita sebagai ibu bapa terkasar dengan anak anak semata mata nak minta anak an...
Peningkatan Kes Covid 19 Noor Hisham Saran Orang Ramai Duduk Di Rumah

Peningkatan Kes Covid 19 Noor Hisham Saran Orang Ramai Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 371 hits
freemalaysiatoday com October 1 2020 7 44 PMMalaysia mencatatkan 260 kes baru Covid 19 hari ini dengan 259 daripadanya merupakan jangkitan tempatan PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk du...
Suami Dedah 3 Bulan Duduk Berasingan Dakwa Curang 2 Lelaki Nadia Brian Enggan Buka Aib

Suami Dedah 3 Bulan Duduk Berasingan Dakwa Curang 2 Lelaki Nadia Brian Enggan Buka Aib

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 416 hits
Jika sebelum pergolakan rumah tangga pelakon Nadia Brian dan suaminya Muizz Nasruddin menjadi teka teki namun kini persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila suami Nadia mendedahkan mereka sudah tiga bulan tinggal berasingan source
Saat Gelar Tikar Duduk Di Pinggir Jalan Keluarga Pengemis Ini Malah Ditabrak Mobil Innalillahi

Saat Gelar Tikar Duduk Di Pinggir Jalan Keluarga Pengemis Ini Malah Ditabrak Mobil Innalillahi

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 327 hits
Keluarga pengemis berjumlah tiga orang tertabrak mobil yang dikendarai seorang wanita di Jalan Terusan Situ Gede belakang Pasar Cikurubuk Kota Tasikmalaya Jumat Kepala Unit Kecelakaan Satlantas Polresta Tasikmalaya Ipda Zezen Zaenal Mutaqin...
Duduk Rumah Jika Tiada Urusan Penting Kp Kesihatan

Duduk Rumah Jika Tiada Urusan Penting Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 339 hits
DUDUK RUMAH JIKA TIADA URUSAN PENTING KP KESIHATAN PUTRAJAYA Ciapan dimuat naik melalui akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah awal pagi tadi adalah peringatan untuk semua rakyat Malaysia supaya duduk di ruma...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life