Mp Letih Punca Ph Hampir Kalah Undi Kata Ketua Whip


 GERALDINE TONG 


Ketua Whip PKR Johari Abdul mengakui beliau sedar BN cuba untuk menggagalkan undian Rang Undang-undang Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semalam.

“Inilah yang kami pernah lakukan terhadap BN dulu, ingat? Kami juga selalu serang mereka, jadi sekarang mereka lakukan perkara yang sama pada kita. Tapi buat masa ini kami akan waspada terhadap apa yang berlaku.

“Bila saya nampak beberapa wajah yang kurang saya cam, ahli ahli parlimen BN yang tak pernah 'stay back', saya tahu ada sesuatu yang berlaku, jadi saya sudah sedia untuk itu.

"Tapi sudah tentu, jika awak tanya jumlah (yang menyokong) sepatutnya lebih besar, saya katakan iya,” kata Johari kepada pemberita, di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, kerajaan meluluskan RUU Perbekalan 2020 selepas menang tipis dengan empat undian.
Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Arif Md Yusof mengumumkan seramai 32 orang bersetuju berbanding 28 tidak bersetuju.

Tidak berpuas hati, pembangkang meminta undi belah bahagi dibuat kali kedua, namun keputusan kekal berpihak kepada kerajaan apabila 45 wakil rakyat bersetuju agar RUU itu diluluskan.

Johari menjelaskan keletihan di kalangan ahli parlimen menjadi punca jumlah kehadiran wakil kerajaan tidak memberangsangkan.

"Lazimnya kamu tengok, dalam sesi bajet ini, kita balik lewat, selalunya pukul 10, 10.30 malam, jadi bila sampai rumah pukul 12 malam, mandi-mandi, tidur pukul 1 pagi.

"Kemudian tegur hai pada isteri jam 1.30 pagi. Jadi letihlah, letih. Bila bangun waktu pagi kadang-kadang lewat untuk sesi pagi.

“Saya rasa ia tak begitu produktiflah, awak datang balik pada waktu pagi dan rasa mengantuk. Kadang-kadang itulah sebabnya,” katanya.

Berkenaan perkara itu, Johari bercadang untuk berbincang dengan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof.

“Mungkin kita kena bincang dengan Speaker untuk lihat bagaimana anggota parlimen boleh dapat waktu berkualiti,” katanya.
Johari berkata, punca lain menyebabkan kehadiran tidak memberangsangkan adalah disebabkan terlalu banyak program kementerian dan agensi lain yang perlu dihadiri pada hujung tahun

“Memang kita ada tugas harian, ada yang boleh ikut, ada yang tak dapat dielakkan jadi itulah sebabnya. Walau apapun, kita akan sentiasa pastikan kuorum kita cukup,” katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong berkata, adalah menjadi tugas pembangkang untuk memberi pengajaran kepada kerajaan disebabkan kehadiran mereka yang tidak memberangsangkan pada waktu malam.

“Daripada 127 ahli, kenapa awak (ahli parlimen) tidak dapat lebih 40 atau 60 pada bila-bila masa jika pembangkang mahu menyerang awak? Apa yang saya maksudkan adalah memberi mereka pengajaran. Ini belanjawan awak, orang awak sendiri tidak datang,” kata Wee yang juga merangkap presiden MCA.

Wee juga menolak alasan keletihan yang diberikan oleh ahli parlimen berkenan dan mengatakan ia sebagai tidak masuk akal.

“Jangan cari alasan. Atas sebab yang mudah, kami (BN) pernah alami situasi ini. Jangan kata ini adalah pertemuan yang pertama. Tahun lalu di tempat yang sama, kami luluskan Belanjawan 2019.

“Jadi, tidak ada alasan untuk mereka katakan, ‘oh, mereka baru and mereka tak tahu apa itu penat atau apa-apa sahaja,” katanya.

Wee berkata, adalah menjadi tugas kerajaan untuk memastikan mereka mempunyai bilangan ahli parlimen yang mencukupi di Dewan Rakyat pada satu masa untuk menyokong belanjawan.

Tambahnya, kemenangan tipis kerajaan semasa rang undang-undang dibahaskan menjadi pengajaran kerana kerajaan sendiri tidak mengambil perkara itu secara serius.

“Saya harap mereka ambil pengajaran dan belajar,” katanya.

Media salah lapor

Sementara itu, Menteri Undang-Undang Liew Vui Keong berkata, isu kekurangan kuorum pada malam semalam tidak timbul kerana bilangan ahli parlimen ketika undian pertama sudah diambil dan melepasi jumlah 26 orang yang diperlukan.

Justeru, Liew menyeru agar media tidak tersalah lapor mengenai perkara itu.

“Semasa perbahasan, perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu. Bila undian pertama sudah diumumkan, ada 32 wakil kerajaan dan 28 orang ahli pembangkang, jadi, isu kuorum tak perlu dibangkitkan. Media salah lapor.

“Saya harap media tidak mengelirukan rakyat dengan isu kuorum. Pembangkang sepatutnya lebih matang,” katanya ketika berucap semasa program National Stakeholders Consultation On The Right To Information Legislation, di Putrajaya, hari ini.

Isu tak cukup kuorum di Dewan Rakyat bukanlah kali pertama berlaku. Minggu lepas, sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan disebabkan hanya terdapat 24 anggota parlimen hadir apabila loceng dibunyikan.

Pada Okt, perbahasan pada sesi petang juga terpaksa dibahaskan dalam masa singkat disebabkan tidak cukup kuorum.

Sebelum itu, bilangan kehadiran anggota parlimen juga dikritik semasa perbahasan Belanjawan 2020.

*Laporan tambahan oleh Aidila Razak



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/mp-letih-punca-ph-hampir-kalah-undi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konflik Peralihan Kuasa Punca Ph Kalah Di Tg Piai Kata Penganalisis

Konflik Peralihan Kuasa Punca Ph Kalah Di Tg Piai Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 320 hits
Dua penganalisis politik mengaitkan kekalahan besar Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai disebabkan pertelagahan berterusan dalam kalangan parti gabungan itu sambil menambah undi protes menyumbang kepada kemenangan besar Ba...
Bn Dahului Hampir 10 000 Undi

Bn Dahului Hampir 10 000 Undi

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 521 hits
LAPORAN LANGSUNG BN dahului hampir 10 000 undi 7 20 petang Menurut keputusan tidak rasmi dari Suruhanjaya Pilihan Raya calon BN Wee Jeck Seng mendahului hampir 10 000 undi BN menerima 15 341 undi manakala calon Pakatan Harapan Karmaine Sard...
Tak Benarkan Abu Chin Peng Pulang Jahil Kata Bekas Ketua Polis

Tak Benarkan Abu Chin Peng Pulang Jahil Kata Bekas Ketua Polis

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 461 hits
RAKYAT Malaysia yang tidak berpuas hati dengan abu mayat Chin Peng diminta membaca perjanjian yang telah ditandatangani oleh tiga pihak Malaysia Thailand dan Parti Komunis Malaya yang kini sudah tidak berfungsi lagi kata bekas ketua polis n...
Bn Ajak Jangan Undi Bersatu Sebab Tulisan Khat Jawi Apa Kata Pas

Bn Ajak Jangan Undi Bersatu Sebab Tulisan Khat Jawi Apa Kata Pas

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 737 hits
Dua hari menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai calon BN Wee Jeck Seng merayu pengundi untuk menolak perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya rasis Menulis catatan di Facebook dalam bahasa Mandarin Wee ber...
Pas Kata Sokong Saya Umno Berkata Mereka Juga Sokong Saya Terima Kasih Tun Mahathir Sedia Berdepan Undi Tidak Percaya

Pas Kata Sokong Saya Umno Berkata Mereka Juga Sokong Saya Terima Kasih Tun Mahathir Sedia Berdepan Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 492 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedia berdepan dengan usul undi tidak percaya kerana percaya beliau mempunyai sokongan kuat Beliau berkata sepanjang pengetahuannya beliau pada masa ini menerima sokongan terma...
Bukan Tun M Tapi Syed Saddiq Punca Ph Kalah Syaiful Irfan Anang

Bukan Tun M Tapi Syed Saddiq Punca Ph Kalah Syaiful Irfan Anang

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 420 hits
Astro Awani Syaiful Irfan Anang berkata punca sebenar kekalahan PH adalah disebabkan oleh kegagalan Syed Saddiq memanfaatkan sepenuhnya jentera pemuda PH yang dianggotai empat parti Foto fail KUALA LUMPUR Ketua Pemuda Pakatan Harapan Syed S...
Undi Belah Bahagian Bajet Hampir Tidak Dilulus Pengajaran Buat Kaki Ponteng Ph

Undi Belah Bahagian Bajet Hampir Tidak Dilulus Pengajaran Buat Kaki Ponteng Ph

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 204 hits
Kesian tengok merah muka Menteri Kewangan berlari masuk ke dewan Jadi kalau tak mau kepenatan berpeluh stokin dan tie tak sempat pakai kerana terpaksa berlari masuk dewan rajinlah masuk dewan Parlimen kata Ahli Parlimen Lenggong Datuk Dr Sh...
1 Lagi Lapisan Mahkamah Syariah Perlu Wujud Kata Ketua Hakim Syarie

1 Lagi Lapisan Mahkamah Syariah Perlu Wujud Kata Ketua Hakim Syarie

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 221 hits
MELAKA Satu lagi lapisan Mahkamah Syariah perlu diwujudkan di negara ini bagi memastikan proses keadilan dilaksanakan dengan baik sekali gus memperkukuh bidang kuasa institusi perundangan Islam itu pada masa depan Ketua Hakim Syarie Jabatan...
Ketua Whip Ph Tak Bertanggungjawab Bukan Mp Pembangkang

Ketua Whip Ph Tak Bertanggungjawab Bukan Mp Pembangkang

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 199 hits
Bekas Pekerja Utusan Malaysia Tan Sri Mohd Khalid Yunus KUALA LUMPUR Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh sepatutnya menyalahkan Ketua Whip Pakatan Harapan yang menyebabkan peruntukan untuk kementerian itu...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Nasi Briyani Adabi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025