Mp Bidas Daim Mahathir Lebih Dahsyat





Seorang wakil rakyat kerajaan menempelak dakwaan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin bahawa kerajaan melakukan pelbagai salah guna kuasa ke atas musuh politik mereka.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Sungai Petani Taufiq Johari berkata akta yang dinyatakan seperti Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Akta Perhimpunan Aman lebih banyak disalahkan oleh guna bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ke atas pihak yang menentang kerajaan ketika pentadbirannya.
Taufiq Johari , Ahli Parlimen Sungai PetaniMalah, katanya, pelbagai agensi kerajaan termasuk pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerah perdana menteri ke-4 itu bagi menekan musuh politiknya dan menghalang kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan.
"Jika diimbau kembali, waktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri kali pertama, akta-akta itu dipergunakan dengan lebih dahsyat.
"Ketika itu, FRU dan polis digunakan untuk mengenakan kekerasan bagi menghalang hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia," kata Taufiq.
Daim yang merupakan bekas menteri kanan serta diketahui sebagai orang kepercayaan Mahathir hari ini menggesa orang ramai bangkit melawan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Daim ZainuddinGesaan itu dibuat selepas dia diheret ke mahkamah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta merangkumi 38 syarikat, 25 unit hartanah, tujuh kenderaan mewah, serta dua akaun dana pelaburan.
Daim dalam kenyataannya mendakwa kerajaan dan Anwar menggunakan akta-akta tersebut dengan sewenang-wenangnya terhadap pihak yang bersuara dan mengkritik kerajaan atau dirinya.
Dia turut membangkitkan persoalan bagaimana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mempunyai kes 47 pertuduhan rasuah boleh dilantik sebagai timbalan perdana menteri
"Kejujuran dan integriti serta tata kelola yang baik telah dilupakan dan SPRM, Jabatan Peguam Negara serta LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dijadikan alat untuk mengejar musuh politik.
"Adakah ini Malaysia baru yang dijanjikan?" soal Daim.
Cabar di mahkamah
Mengulas lanjut, Taufiq menekankan bahawa SPRM adalah sebuah badan bebas dan tidak dikawal oleh mana-mana parti politik atau mana-mana pemimpin termasuk oleh perdana menteri.
Katanya, segala siasatan berprofil tinggi terhadap individu-individu tertentu oleh pihak berkuasa adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan terdahulu.
Oleh yang demikian, Taufiq berkata, jika Daim tidak bersalah, dia boleh mencabar segala tuduhan dan membuktikan kebenaran di mahkamah.
"Daim dan sekutunya sering menyatakan mengenai rule of law dan tidak ada sesiapa pun boleh menjadi lebih tinggi daripada undang-undang (above the law).
"Jika ada bukti kesalahan, maka siasatan akan dibuat pihak berkuasa seperti SPRM, tapi kalau dia rasa tidak bersalah, boleh cabar keputusan itu di mahkamah, itu adalah cara yang terbaik. Sekiranya ada salah laku, maka, proses perbicaraan dan pendakwaan itu akan berlaku.
"Jadi, saya nasihatkan kepada Tun Daim supaya menghormati proses undang-undang dan fokuslah kepada untuk membuktikan anda tidak bersalah," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Menurutnya, fokus kerajaan hari ini adalah untuk membersihkan sistem pentadbiran terdahulu yang 'kucar-kacir' serta membersihkan individu-individu yang didakwa terpalit dengan kes rasuah.
Taufiq berkata, kerajaan pimpinan Anwar juga tidak pernah menghalang kebebasan bersuara serta perhimpunan aman oleh pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan selagi perkara itu tidak melanggar undang-undang. - Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/01/mp-bidas-daim-mahathir-lebih-dahsyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendakwaan Terhadap Isteri Tun Daim Adalah Peringatan Kepada Anak Tun Mahathir

Pendakwaan Terhadap Isteri Tun Daim Adalah Peringatan Kepada Anak Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 215 hits
Isteri Tun Daim Zainuddin Na imah Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan aset aset yang dimilikinya Beliau didakwa mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan boleh di...
Daim Kepanasan Mahathir Koyak Rabak

Daim Kepanasan Mahathir Koyak Rabak

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 231 hits
DAIM Kepanasan MAHATHIR Koyak Rabak Zuwairi Md YusofSelepas menyoal siasat NAIMAH dan anak2 kini SPRM akan memanggil DAIM ZAINUDDIN pula untuk soal siasat berhubung penglibatan dia dan BFF dia si TAN SRI ROBERT TAN HUA mengenai kontrak RM 4...
Salleh Keruak Sindir Siapa Ni Najib Mahathir Daim Ke Siapa

Salleh Keruak Sindir Siapa Ni Najib Mahathir Daim Ke Siapa

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 145 hits
Kita tidak seharusnya membenarkan keadaan di mana rakyat atau keluarga persendirian boleh menjejaskan kepentingan awam negeri atau negara serta demokrasi Tetapi jika rakyat atau keluarga persendirian jauh lebih kaya daripada perbendaharaan ...
Mahathir Begini Anwar Balas Budi Saya Dan Daim

Mahathir Begini Anwar Balas Budi Saya Dan Daim

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 234 hits
Isabelle Leong amp Haspaizi ZainDr Mahathir Mohamad membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim ekoran tindakan pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atasnya ketika ini Mahathir juga menganggap tindakan kerajaan itu adalah sebagai balasan atas ...
Rafizi Bidas Kenyataan Mahathir Dakwa Melayu Akan Hilang

Rafizi Bidas Kenyataan Mahathir Dakwa Melayu Akan Hilang

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 152 hits
Timbul isu dari kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu akan lenyap dalam masa 10 tahun jika tidak bersatu Namun hal itu dibidas oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang melihat keadaan orang Melayu hari in...
Pedagang Di Depok Curhat Ke Gibran Minta Lebih Diperhatikan

Pedagang Di Depok Curhat Ke Gibran Minta Lebih Diperhatikan

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 247 hits
Gibran mendapat sejumlah curhatan dari pada pedagang kecil di Depok
Azam Tahun 2024 7 Kata Kata Motivasi Diri Untuk Berubah Jadi Lebih Baik

Azam Tahun 2024 7 Kata Kata Motivasi Diri Untuk Berubah Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 402 hits
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun 2024 buat semua pembaca Apa azam tahun 2024 kali ini Adakah sudah ada motivasi diri untuk berubah atau pun masih tercari cari hala tuju lagi pada tahun ini Di dalam Al Quran ada menyebu...
Lebih 4 000 Umat Islam Hadir Wilayah Persekutuan Berselawat Sempena Jubli Emas Jawi

Lebih 4 000 Umat Islam Hadir Wilayah Persekutuan Berselawat Sempena Jubli Emas Jawi

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Program Wilayah Persekutuan Berselawat Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menerima kehadiran lebih 4 000 umat Islam Program malam semalam yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan K
Resipi Kerabu Ikan Bilis Versi Kampung Masam Pedas Memang Sedap

Ada Juga Yang Lurus Bendul

Into The Woods Sights From The Barber Festival S Vintage Cross Country

An Eruption At Mount Etna Sends Hikers Scrambling For Cover

Singapore S Annual Sale On Insecurity Militarisation

Top Up Game Bikin Boncos Kenalin Murahgo Id Solusi Hemat Untuk Khalayak Gamer

Kadir Jasin Evaluates If Pkr Has Made A Prized Catch By Netting The Nomadic Natured Tengku Zafrul

Holiday Tragedy In Mersing Teenage Siblings Drown While Swimming At Pulau Mentigi Beach


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Naim Kembali Dunia Blogging

Keropok Losong Terengganu

Mb Selangor Amirudin Nafi Kosong Kerusi Sungai Tua

Pemandu Terlelap Bas Ekspres Terbabas Ke Dalam Longkang

Shahaniza Nafi Peruntukkan Lawatannya Ke United Kingdom Ditanggung Oleh Kerajaan

Tuna Cucumber Salad Versi Aku Simple Tapi Padu