Pendakwaan Terhadap Isteri Tun Daim Adalah Peringatan Kepada Anak Tun Mahathir




Isteri Tun Daim Zainuddin, Na’imah Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan aset-aset yang dimilikinya.


Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 dan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga RM100,000, jika didapati bersalah.


Beliau didakwa melakukan kesalahan itu dengan memberikan akuan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi notis SPRM di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM.


Mengikut pertuduhan, isteri bekas Menteri Kewangan itu didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 Nov 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat pesuruhjaya pada 14 Nov 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta tertentu yang dimilikinya.


Harta-harta tersebut adalah Menara Ilham, dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd, dua kenderaan mewah jenama Mercedes Benz, sebuah rumah di Persiaran Bukit Tunku, empat lot tanah di Bukit Tunku dan satu lot tanah masing-masing di Pulau Pinang dan Taman Tun Dr Ismail, di Kuala Lumpur.


Pada 10 Januari lalu, Na’Imah turut dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk diambil keterangan bersama dua anak lelakinya dan beliau menghabiskan masa selama sembilan jam bagi proses tersebut.


Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus tuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Azura Alwi.


Azura membenarkan Na’imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes.


Sebelum ini, anak lelaki Tun Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir turut dipanggil ke SPRM untuk disiasat berkaitan pendedahan Kertas Panama dan beliau kemudian diarah mengisytiharkan kekayaan dimilikinya dalam tempoh 30 hari mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.


Notis itu menghendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara.


Berikutan siasatan terhadap Mirzan itu, Tun Mahathir dalam kenyataannya selepas itu mendedahkan anaknya telah diugut untuk dipenjara selama lima tahun.


Tidak disebut anak saya akan dihadapkan ke mahkamah, dakwa bekas Perdana Menteri dua kali itu lagi.


Melihat pertuduhan yang dikenakan terhadap Na’imah, adalah jelas tuduhan yang sama juga bakal menanti Mirzan jika beliau gagal mengisytiharkan kekayaan dimiliki sebagaimana notis diberikan SPRM kepadanya.


Memang pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 itu boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga RM100,000 jika didapati bersalah, tetapi ia mesti melalui proses perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu.


Tiada sesiapa boleh memasukkan orang lain ke dalam penjara begitu saja tanpa apa-apa perbicaraan.


Dalam hal ini, tuduhan Tun Mahathir barangkali tidak berapa tepat.


Yang penting, pendakwaan terhadap Na’imah, isteri Tun Daim hari ini adalah suatu peringatan atau “warning” kepada Mirzan, anak lelaki sulung Tun Mahathir agar tidak memandang mudah arahan mengisytiharkan semua harta alih dan tidak alih, di dalam negara atau luar negara yang dimilikinya sebagaimana dikehendaki SPRM.


Jangan tertinggal daripada mengisytiharkan walau sekecil apa sekali pun aset yang dimilikinya.


Lagi pun, masa yang diberi SPRM adalah 30 hari dan tempohnya masih panjang lagi. – ShahbudinHusin 23/01/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/01/23/pendakwaan-terhadap-isteri-tun-daim-suatu-peringatan-kepada-anak-tun-mahathir.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/pendakwaan-terhadap-isteri-tun-daim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Siasatan Kekayaan Tun Daim Kini Giliran Isteri Dan Anak Anak

Terkini Siasatan Kekayaan Tun Daim Kini Giliran Isteri Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 124 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menyoal siasat isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan dua anak lelakinya esok Ini berdasarkan notis yang dihantar oleh peguam keluarga itu kepada pihak media hari ini SPRM kini sedang me...
Isteri Tun Daim Dua Anak Hadir Beri Keterangan Di Sprm

Isteri Tun Daim Dua Anak Hadir Beri Keterangan Di Sprm

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 94 hits
Isteri Tun Daim Zainuddin dan dua anaknya hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan bekas Menteri Kewangan dan ahli perniagaan itu Toh Puan Nai mah Abdul Kh...
Isteri Dan Anak Lelaki Daim Akan Disiasat Sprm Esok

Isteri Dan Anak Lelaki Daim Akan Disiasat Sprm Esok

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 126 hits
Malaysiakini nbsp Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menyoal siasat isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan dua anak lelakinya esok Ini berdasarkan notis yang dihantar oleh peguam keluarga itu kepada pihak media hari ini S...
Dokumen Dedahkan Isteri Dan Anak Anak Daim Warisi Ratusan Juta Di Luar Pesisir

Dokumen Dedahkan Isteri Dan Anak Anak Daim Warisi Ratusan Juta Di Luar Pesisir

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 124 hits
BORHAN AHMADKetika SPRM menyiasat bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin satu dokumen yang bocor mendedahkan bahawa keluarga Daim Zainuddin adalah pemilik satu lagi aset pegangan amanah luar pesisir tersembunyi yang nilainya ratusan juta ...
Tun Daim Senjata Terhadap 13 Mei

Tun Daim Senjata Terhadap 13 Mei

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 143 hits
Tun Daim senjata terhadap 13 Mei ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be 2gBIs4beICw src in org https www youtube com embed 2gBIs4beICw wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed 2gBIs4...
Rentasan 1530 Gempar Tun Daim Cabar Siasatan Sprm

Rentasan 1530 Gempar Tun Daim Cabar Siasatan Sprm

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 148 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1530 1 TIDAK HILANG BISA ULAR MENYUSUR AKAR 2 MENTERI BESAR SERBA TAHU 3 KAIN YANG DISELAK DADA YANG TERBUKA
Macc Has Obtained Green Light To Charge Tun Daim

Macc Has Obtained Green Light To Charge Tun Daim

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 152 hits
Former Finance Minister Tun Daim Zainuddin was supposed to have been brought to court on charges under the Malaysian Anti Corruption Commission Act However the prosecution against him has been postponed by the MACC as Daim is undergoing tre...
Pet Expo Midvalley 2024

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Iranian President Raisi Feared Dead As Helicopter Wreckage Found



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Ayam Masak Merah Untuk Tetamu

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Pengadu Terima Panggilan Pertama Ebit Pada 3 40 Pagi Mahkamah Diberitahu

Seorang Lelaki Ditemui Rentung Atas Katil Selepas Apartmen Terbakar

Masa Depan Pas Bukan Dalam Pn