Rafizi Bidas Kenyataan Mahathir Dakwa Melayu Akan Hilang




 
Timbul isu dari kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu akan lenyap dalam masa 10 tahun jika tidak bersatu.





Namun hal itu dibidas oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang melihat keadaan orang Melayu hari ini lebih baik berbanding era Tun Mahathir memerintah selama 22 tahun, dari 1981 hingga 2003.





Kata Rafizi, golongan menengah Melayu pada waktu ini telah semakin membesar dan untuk mengatasi cabaran ekonomi masa hadapan kaum itu, mereka mestilah memahami cabaran persaingan ekonomi yang diakibatkan dari globalisasi.





"Pandangan saya, ada perkara-perkara yang wajar memberi lebih keyakinan kepada kita bahawa keadaannya tidaklah seperti yang digambarkan Tun Mahathir.





"Contohnya, orang Melayu kini membentuk kelas pertengahan (middle class) yang besar dalam negara kita berbanding 50 tahun dahulu.





"Kejayaan membina kelas pertengahan dan kelas profesional yang besar ini adalah bukti orang Melayu berkemampuan menaiki mobiliti sosial melalui pelaburan kerajaan dalam pendidikan," katanya.





Hal itu amat berbeza dengan kenyataan Mahathir kononnya kaum Melayu di negara ini bakal lenyap jika keadaan tidak berubah, mereka dikatakan akan ditawan bangsa lain tanpa melalui peperangan.





Menurut Rafizi, dalam konteks “Melayu Akan Hilang” yang dibawa Mahathir keadaannya bergantung kepada keterhubungan ekonomi akibat globalisasi dan sejauh mana kaum Melayu mampu melepasinya, bukan sangat ancaman kaum lain di Malaysia.





"Pesaing sebenar ialah produk dan perkhidmatan dari serantau dan luar negara yang memasuki pasaran kita kerana lebih murah atau lebih berteknologi tinggi.





"Selain itu faktor skala operasi dan capaian pasaran dunia menjadi faktor penentu kemampanan sesebuah perniagaan, termasuklah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang banyak diterajui oleh kelas menengah Melayu," ujarnya.





Tambah Rafizi, idea Mahathir melahirkan hartawan Melayu dengan campur tangan kerajaan pada 1990an lalu sebaliknya telah gagal selepas diuji dengan krisis kewangan Asia tahun 1997 dan 1998 yang menyaksikan golongan korporat serta 'hartawan segera' itu tumbang satu demi satu.





"Kita juga tahu kesan sampingan dari doktrin mencampur aduk kuasa politik dan korporat yang dibawa oleh Mahathir ini.





"Tata kelola bercampur aduk apabila sektor ekonomi utama boleh diberikan kepada individu tertentu yang perlu menyumbang wang untuk membantu ahli-ahli dan parti-parti politik (sebagai balasan)," katanya lagi.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/rafizi-bidas-kenyataan-mahathir-dakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Tidak Hilang 10 Tahun Lagi Kroni Mahathir Yang Akan Hilang

Melayu Tidak Hilang 10 Tahun Lagi Kroni Mahathir Yang Akan Hilang

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 423 hits
Kenyataan Tun Mahathir Mohamad kononnya Melayu akan hilang 10 tahun lagi sekiranya mereka tidak bersatu dilihat pendapat songsang yang tidak mempunyai dasar Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berkata kenyataan Tun Maha...
Mp Bidas Daim Mahathir Lebih Dahsyat

Mp Bidas Daim Mahathir Lebih Dahsyat

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 311 hits
Seorang wakil rakyat kerajaan menempelak dakwaan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin bahawa kerajaan melakukan pelbagai salah guna kuasa ke atas musuh politik mereka Sebaliknya Ahli Parlimen Sungai Petani Taufiq Johari berkata akta yang d...
Hiburan Tolong Tarik Balik Kenyataan Dan Mohon Maaf Ibu Kandung Musa Dakwa Telah Dimanipulasi Noh Salleh

Hiburan Tolong Tarik Balik Kenyataan Dan Mohon Maaf Ibu Kandung Musa Dakwa Telah Dimanipulasi Noh Salleh

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 140 hits
Ibu kandung kepada anak angkat penyanyi Noh Salleh dan Mizz Nina tampil membuat kenyataan berserta tiga tuntutan terhadap vokalis kumpulan Hujan itu baru baru ini Menurut wanita yang ingin dikenali sebagai Athira itu dia mendakwa dirinya te...
Takkan Melayu Hilang Di Dunia Vs Melayu Hilang 10 Tahun Lagi

Takkan Melayu Hilang Di Dunia Vs Melayu Hilang 10 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 201 hits
RAFIZI RAMLI Saya selalunya bercuti dengan isteri dan anak melawat tempat tempat yang kita banyak dengar cerita tetapi jarang berkesempatan melihat sendiri Cuti sekolah baru baru ini saya bawa anak dan isteri menziarahi makam Hang Tuah Kebe...
Daim Dakwa Aset Beliau Lebih Rm50 Bilion Hari Ini Jika

Daim Dakwa Aset Beliau Lebih Rm50 Bilion Hari Ini Jika

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mendakwa beliau adalah seorang ahli perniagaan yang kaya dan berjaya sebelum menyertai politik dan menjawat jawatan awam lagi Menurut Daim jika beliau kekal dalam perniagaan dan tidak m...
Persekutuan Tanah Melayu 1948

Persekutuan Tanah Melayu 1948

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 236 hits
Peristiwa penting sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan 1957 Banyak kisah Tanah Melayu dalam ni https shope ee 9KJO6W8zpw hfakrul sejarah
Harta Karun Zaman Kesultanan Melayu Melaka Ditemui Nilainya Pada Hari Ini Mengejutkan

Harta Karun Zaman Kesultanan Melayu Melaka Ditemui Nilainya Pada Hari Ini Mengejutkan

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 213 hits
Beberapa serpihan artifak dan syiling yang dipercayai berusia lebih 900 tahun yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka Dan Dinasti Song Yuan dan Ming ditemukan di kawasan tambakan pasir di Pulau Melaka di Bandar Hilir di sini Pesu...
Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Ctos Sme Biz Day Brings Digital Gameplan To Johor

Warga Pakistan Rasmi Program Sukan Sekolah

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Memohon Cinta Allah Kekasih Nya Dan Amal Terbaik

Kata Kata Nasihat Hari Jumaat

Man City Bergaya Bedal Juventus

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Jumaat 27 Julai 2025 1 Muharam 1447

Pengkhianat Sabah Hukuman Buang Kerakyatan Mungkin Setimpal