Mp Akan Ke Parlimen 19 Julai Biar Pun Pm Tak Beri Tarikh Bersidang



Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang masih menyepi tidak mengumumkan tarikh sidang Parlimen biar pun setelah 3 kali dititah oleh Yang di-Pertuan Agong berbuat demikian mendapat kritikan keras Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini.
Menurut kenyataan Majlis Presiden, biar pun kenyataan media bersama Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertarikh 30 Jun lalu mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk mengadakan satu persidangan khas Parlimen sebelum 1 Ogos 2021, namun sikap berdiam diri PM dan Menteri Undang-undang amat dikesalkan.
“Kami kesal sehingga hari ini Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang langkah konkrit untuk menjunjung titah Seri Paduka Baginda berhubung sidang Parlimen
secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.
“Majlis Presiden berpandangan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melakukan penderhakaan terhadap bukan sahaja Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tetapi juga terhadap KDYMM Raja-Raja Melayu yang turut menzahirkan pandangan bahawa Parlimen perlu bersidang segera.
“Sekiranya Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya masih berdegil menderhaka kepada Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Melayu maka mereka bertanggungjawab mencetuskan krisis Perlembagaan,” kata mereka.
Majlis Presiden dengan itu, sekali lagi menegaskan sidang Parlimen perlu dilaksanakan sebelum 1 Ogos sebagaimana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Jun lalu.
Sekiranya sidang masih tidak ditetapkan tarikhnya maka Majlis Presiden menyeru kepada Ahli-ahli Parlimen yang menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar pergi ke Parlimen pada 19 Julai ini.
“Sidang Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos bagi membahaskan krisis pandemik Covid-19 serta Proklamasi Darurat, Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara, seperti titah pandangan Seri Paduka Baginda.
“Ini untuk memastikan usaha berkesan mengekang penularan wabak Covid-19 dan menyelesaikan masalah ekonomi dan kehidupan harian yang dihadapi rakyat.
“Rakyat sekarang sangat tertekan sehingga ada yang telah membunuh diri dan ada yang telah mengibarkan bendera putih, maka sidang Parlimen ini mesti memberi fokus isu rakyat dan bukan isu politik.
“Oleh itu, sekiranya Perdana Menteri tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan sidang Parlimen selewat-lewatnya 5 Julai, maka kami menggesa semua Ahli Parlimen sama ada Pembangkang mahupun Kerajaan yang menjunjung titah Tuanku dan menghormati semangat Perlembagaan menurut prinsip demokrasi berparlimen, untuk bersama-sama ke Parlimen pada 19 Julai 2021,” katanya lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32470

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Desakan Kuat Takiyuddin Jelaskan Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Tarikh Dimuktamad 7 Julai Takiyuddin

Selepas Desakan Kuat Takiyuddin Jelaskan Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Tarikh Dimuktamad 7 Julai Takiyuddin

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 256 hits
Harits Asyraf HasnanJulai 2 2021 00 04 MYTTakiyuddin Hassan memaklumkan Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen turut memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini Gambar fail untuk mengadakan sidang Par...
Tiada Tarikh Persidangan Wakil Rakyat Digesa Ke Parlimen 19 Julai

Tiada Tarikh Persidangan Wakil Rakyat Digesa Ke Parlimen 19 Julai

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 212 hits
Tiada tarikh persidangan wakil rakyat digesa ke Parlimen 19 Julai Semua wakil rakyat kerajaan dan pembangkang digesa hadir ke Parlimen pada 19 Julai ini jika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih tidak menetapkan tarikh persidangan...
Jika Pm Derhaka Dan Tidak Umum Tarikh Sidang Secepat Mungkin Ahli Parlimen Akan Ke Parlimen 19 Julai

Jika Pm Derhaka Dan Tidak Umum Tarikh Sidang Secepat Mungkin Ahli Parlimen Akan Ke Parlimen 19 Julai

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 240 hits
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti dan memandang serius kenyataan media Istana Negara bertarikh 29 Jun 2021 Ini adalah kenyataan yang amat bersejarah kerana merupakan kali ketiga KDYMM S...
Parlimen Akan Bersidang 5 Hari Mulai 26 Julai Kata Pmo

Parlimen Akan Bersidang 5 Hari Mulai 26 Julai Kata Pmo

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 256 hits
PETALING JAYA Parlimen akan bersidang selama lima hari mulai 26 Julai ini manakala Dewan Negara pula akan bersidang selama 3 hari mulai 3 Ogos kata Pejabat Perdana MenteriDalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Pejabat Perdana Menteri me...
Parlimen Akhirnya Bersidang Bermula 26 Julai

Parlimen Akhirnya Bersidang Bermula 26 Julai

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 221 hits
Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan tulis Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini Menurut kenyataan tersebut ...
Peralihan Kuasa Biar Parlimen Tentukan Bukan Serah Kepada Individu Dalam Bersatu

Peralihan Kuasa Biar Parlimen Tentukan Bukan Serah Kepada Individu Dalam Bersatu

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 194 hits
FAZLI RADZIAhli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyarankan agar Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin menyediakan pelan peralihan kuasa Biar Parlimen tentukan Bukan serah kepada individu dalam PPBM katanya Beliau ber...
Rashid Kata Panggil Parlimen Bersidang Mesti Lalui Nasihat Pm

Rashid Kata Panggil Parlimen Bersidang Mesti Lalui Nasihat Pm

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 279 hits
Rashid kata panggil Parlimen bersidang mesti lalui nasihat PM Kuasa Yang di Pertuan Agong semasa darurat untuk memanggil Parlimen bersidang mestilah melalui nasihat Perdana Menteri kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Abdul Rashid Hasnon Beli...
Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijjah 10 Julai

Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijjah 10 Julai

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 293 hits
Tarikh lihat anak bulan Zulhijjah 10 Julai Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah bagi menentukan Hari Raya Qurban pada tahun ini ditetapkan pada 10 Julai depan bersamaan 29 Zulkaedah 1442 Hijriah Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja raja dalam ...
Blok Pembangkang Ugut Tunjuk Perasaan 19 Julai Di Parlimen

Blok Pembangkang Ugut Tunjuk Perasaan 19 Julai Di Parlimen

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 255 hits
agendadaily comParlimen MalaysiaAhli Parlimen blok pembangkang hari ini mengugut untuk berkumpul menunjuk perasaan di Parlimen pada 19 Julai ini dalam usaha mereka menuntut sidang Dewan Rakyat disegerakan Dalam satu kenyataan dikeluarkan Ma...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

What A Coincidence


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights