Blok Pembangkang Ugut Tunjuk Perasaan 19 Julai Di Parlimen


agendadaily.com
Parlimen Malaysia
Ahli Parlimen blok pembangkang hari ini mengugut untuk berkumpul ‘menunjuk perasaan’ di Parlimen pada 19 Julai ini dalam usaha mereka menuntut sidang Dewan Rakyat disegerakan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini, mereka mendakwa sidang Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos ini bagi membahaskan krisis pandemik Covid-19 serta Proklamasi Darurat, Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ini untuk memastikan usaha berkesan mengekang penularan wabak COVID-19 dan menyelesaikan masalah ekonomi dan kehidupan harian yang dihadapi rakyat.

“Rakyat sekarang sangat tertekan sehingga ada yang telah membunuh diri dan ada yang telah mengibarkan bendera putih, maka sidang Parlimen ini mesti memberi fokus isu rakyat dan bukan isu politik,” kata mereka.

Mereka mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak membuat sebarang kenyataan berhubung rancangan pembukaan Parlimen.

“Oleh itu, sekiranya Perdana Menteri tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan sidang Parlimen selewat-lewatnya 5 Julai 2021, maka kami menggesa semua Ahli Parlimen sama ada Pembangkang mahupun Kerajaan yang menjunjung titah Tuanku dan menghormati semangat Perlembagaan menurut prinsip demokrasi berparlimen untuk bersama-sama ke Parlimen pada 19 Julai 2021,” kata kenyataan itu.

Pada 20 Jun lalu Perdana Menteri mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang untuk meneliti aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Perdana Menteri memberi komitmen bahawa keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan.

Tiga hari kemudian Majlis Presiden PH bersetuju menyertai jawatankuasa khas yang diumum Perdana Menteri dengan syarat Parlimen dibuka sebelum 1 Ogos.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong mencadangkan sidang Dewan Rakyat diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat yang dikeluarkan dapat dibentang seperti termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Baginda juga menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatankuasa Pilihan Parlimen Ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesyuarat untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang bagi menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab khususnya menangani isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/blok-pembangkang-ugut-tunjuk-perasaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Mahiaddin Setuju Nasihat Agong Panggil Sidang Parlimen Bermula 26 Julai

Akhirnya Mahiaddin Setuju Nasihat Agong Panggil Sidang Parlimen Bermula 26 Julai

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 262 hits
MALAYSIA DATELINEKerajaan telah bersetuju untuk menasihati Yang di Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke 14 diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat dan 3 hari mulai 3 hingga 5...
Parlimen Akhirnya Bersidang Bermula 26 Julai

Parlimen Akhirnya Bersidang Bermula 26 Julai

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 236 hits
Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan tulis Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini Menurut kenyataan tersebut ...
Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 298 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9121 NAK KAJI APA LAGI BUKA SAJA PARLIMEN 2 SUNGGUHKAH PAS GAGAL 100 3 MUAFAKAT NASIONAL YANG TAK SEPAKAT 4 DI MANA PN JUMPA TENTERA RBA
Jawatankuasa Libatkan Wakil Kerajaan Pembangkang Dibentuk Teliti Sidang Parlimen Kata Pm

Jawatankuasa Libatkan Wakil Kerajaan Pembangkang Dibentuk Teliti Sidang Parlimen Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 238 hits
Keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Gambar Bernama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sebuah jawatanku...
Parlimen Akan Bersidang 5 Hari Mulai 26 Julai Kata Pmo

Parlimen Akan Bersidang 5 Hari Mulai 26 Julai Kata Pmo

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 265 hits
PETALING JAYA Parlimen akan bersidang selama lima hari mulai 26 Julai ini manakala Dewan Negara pula akan bersidang selama 3 hari mulai 3 Ogos kata Pejabat Perdana MenteriDalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Pejabat Perdana Menteri me...
Jika Pm Derhaka Dan Tidak Umum Tarikh Sidang Secepat Mungkin Ahli Parlimen Akan Ke Parlimen 19 Julai

Jika Pm Derhaka Dan Tidak Umum Tarikh Sidang Secepat Mungkin Ahli Parlimen Akan Ke Parlimen 19 Julai

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 243 hits
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti dan memandang serius kenyataan media Istana Negara bertarikh 29 Jun 2021 Ini adalah kenyataan yang amat bersejarah kerana merupakan kali ketiga KDYMM S...
Tiada Tarikh Persidangan Wakil Rakyat Digesa Ke Parlimen 19 Julai

Tiada Tarikh Persidangan Wakil Rakyat Digesa Ke Parlimen 19 Julai

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 215 hits
Tiada tarikh persidangan wakil rakyat digesa ke Parlimen 19 Julai Semua wakil rakyat kerajaan dan pembangkang digesa hadir ke Parlimen pada 19 Julai ini jika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih tidak menetapkan tarikh persidangan...
Mp Akan Ke Parlimen 19 Julai Biar Pun Pm Tak Beri Tarikh Bersidang

Mp Akan Ke Parlimen 19 Julai Biar Pun Pm Tak Beri Tarikh Bersidang

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 302 hits
Tindakan kerajaan Perikatan Nasional yang masih menyepi tidak mengumumkan tarikh sidang Parlimen biar pun setelah 3 kali dititah oleh Yang di Pertuan Agong berbuat demikian mendapat kritikan keras Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini Me...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Gelombang Phk Landa Industri Media Kenapa

Replant Pokok Daun Rama Rama