Mov Hotel Penginapan Ultra Modern Penuh Gaya Di Tengah Bandaraya Kuala Lumpur


Kotaraya Kuala Lumpur sememangnya menjadi pilihan utama bagi ramai pelancong luar negeri dan tetap menjadi tempat kegemaran orang tempatan kita sendiri.
Kuala Lumpur sentiasa sibuk dan penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik, event yang meriah serta tempat lawatan yang luarbiasa. Sesiapa yang ke sini, tentunya tidak bosan, malah lebih kagum dengan apa yang ditawarkan oleh bandaraya ini.
Sehubungan itu, tentunya pusat penginapan di Kuala Lumpur ini juga banyak. Malah, anda boleh memilih dari penginapan murah, Mahal, berkongsi, private dan sebagainya. Terlalu banyak pilihan bagi memastikan semua yang berkunjung ke Kuala Lumpur ada tempat untuk berehat.
Walaupun begitu, tidak banyak pusat penginapan yang unik sehingga tidak dilupai. Namun, ada satu hotel yang ingin kami kongsikan yang mungkin akan sentiasa anda ingat sampai bila-bila. MOV Hotel ialah sebuah penginapan ultra modern yang penuh bergaya di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Lokasi MOV Hotel terletak di Jalan Berangan Bukit Bintang yang merupakan persimpangan tengah antara Jalan Alor dan Changkat Bukit Bintang. Jangan risau, jika anda memandu sendiri di Kuala Lumpur ini, gunakan saja aplikasi Waze atau Google maps.
Lokasi MOV Hotel ini sangat strategik kerana ia terletak bersebelahan dengan pusat makanan jalanan paling popular di KL ini iaitu Jalan Alor. Jalan Alor menawarkan pelbagai jenis makanan tetapi yang menjadi kegemaran ramai ialah makanan laut mereka.
Di sebelah lagi satu ialah Changkat Bukit Bintang iaitu deretan pusat hiburan dan FnB yang lebih classy. Bagi peminat muzik, banyak cafe yang menawarkan pertunjukan live, terutama sekali bagi muzik Jazz.
Selain itu, MOV Hotel ini juga memudahkan anda untuk melawat atau berkunjung ke pusat-pusat pelancongan lain seperti KLCC, Petaling street, pusat beli-belah Bukit Bintang dan banyak lagi.
Malah, anda tidak perlu memandu sendiri kerana dalam radius 2km sekitar hotel ini sahaja terdapat 8 stesen tren. Kalau anda menaiki MRT, turun saja di stesen Bukit Bintang (Exit A) dan hotel ini hanya 3 minit masa berjalan kaki dari situ. Senang, kan?
Stesen MRT Bukit Bintang (Exit A) ini juga merupakan antara laluan yang menghubungkan kotaraya Kuala Lumpur dengan KLIA, jadi jika anda mendarat di KLIA, tidak perlu menaiki kereta, teksi atau grab untuk sampai ke hotel ini.
Penginapan Terdapat sejumlah 147 bilik penginapan di sini yang terbahagi kepada 6 jenis. Semua bilik di sini telah dihias dengan hiasan dalaman yang modern, kontemporari dan selesa.
Bagi kami, mereka sangat teliti dan unik dalam menggayakan ruang yang mereka tawarkan. Bilik-bilik di sini juga telah dilengkapi dengan kedap bunyi yang baik serta memberikan anda dan keluarga privasi yang diperlukan. 
Gemini | Paling Cosy Bilik ini dikira antara yang basic. Ia menawarkan 2 katil single, bilik mandi en-suite dan meja solek. Bilik ini sesuai untuk anda yang sedang melawat atas urusan kerja atau inginkan penginapan ringkas.
King Bilik ini mempunyai ciri sama seperti bilik Gemini tetapi katilnya hanya 1 dan bersaiz King. Sesuai untuk pasangan yang mencari penginapan selesa.
The Allure | Suasana Kemesraan Bilik ini mempunyai katil bersaiz King, bilik mandi yang lengkap dengan tab mandi, dan ruangan rehat bersofa. Bilik ini tampak lebih intim dan mempunyai suasana yang cukup romantik, sesuai untuk golongan pasangan.
The Ascend | Bilik Chic & Modern Bilik ini mempunyai katil 4 post atau katil berkaki tunggu. Bilik ini dikelilingi tingkap kaca yang membawa pemandangan yang cukup menarik. Rona putih dan kelabu yang digunakan untuk bilik ini menampakkan bilik ini lebih luas dan bergaya.
The Nest | Bilik Loft Bergaya Bilik ini pula berkonsep loft yang terbahagi kepada 2 tingkat. Kawasan tidur diletaklan di loteng atas manakala di bawah pula merupakan ruang tamu yang sangat cantik.
The Entourage | Bilik Untuk Seisi Keluarga Sebuah lagi bilik jenis loft yang mempunyai 2 tingkat, bilik jenis ini adalah direka khas untuk golongan berkeluarga dan mempunyai kanak-kanak.
Itu dia penginapan yang tersedia di MOV Hotel. Setiap satu membawa keunikan yang tersendiri, hanya perlu pilih yang sesuai untuk citarasa dan keperluan anda.
Fasiliti MOV Hotel mempunyai fasiliti yang bukan sahaja lengkap tetapi cukup unik.
Sumber: reefofficial Salah satu keunikan yang kami maksudkan ialah gelongsor gergasi yang mereka sediakan di sini akan membawa anda dari lobi ke kawasan basement di mana terletaknya sebuah pejabat berkongsi atau co-working space.
Rooftop terrace Bahagian atas sekali merupakan sebuah teres di bumbung. Di sini, anda boleh mengambil masa untuk beristirehat dan beriadah di ruang lepak yang mempunyai pemandangan hebat. Selain itu, Di sini juga mempunyai sebuah kolam renang yang boleh anda dan anak-anak nikmati.
Gimnasium MOV Hotel mempunyai sebuah gim yang serba lengkap, bersih dan selesa. Anda boleh sentiasa meneruskan gaya hidup sihat dan rutin senaman anda sepanjang percutian dan menginap di sini.
The Moonshot Basement Bahagian basement atau bawah tanah ialah sebuah ruang pejabat berkongsi atau co-working space.
Mungkin saja anda akan mendapat ilham atau berkenalan dengan ahli perniagaan lain. Ruang ini juga digunakan untuk majlis dan event.
Terrarium Jika anda nak tahu, Malaysia merumahkan tumbuhan periuk kera yang terbesar di dunia. Jika anda merupakan pencinta alam atau tumbuh-tumbuhan atau sekadar ingin mengajar si manja anda untuk mengenali dunia, marilah ke terrarium periuk kera mereka.
Itu sahaja yang boleh kami kongsikan tentang hotel di Kuala Lumpur yang telah dinobatkan sebagai antara 5 hotel terbaik dengan nilai terbaik oleh TripAdvisor setakat March 2023 ini.
Hotel yang cukup unik, begitu bergaya dan sangat memudahkan buat sesiapa yang datang menginap di sini. Jadikan percutian atau lawatan ke Kuala Lumpur anda suatu yang istimewa dan takkan dilupakan dengan penginapan unik di MOV Hotel!
Jangan lupa untuk ikuti laman media sosial mereka untuk maklumat lanjut dan promosi terkini. Selamat bercuti!
Media Sosial: Facebook | Instagram
Alamat: 43 Jalan Berangan Bukit Bintang 50200 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Telefon: +603 4819 3888
E-mail: [email protected]
The post MOV Hotel | Penginapan Ultra Modern Penuh Gaya Di Tengah Bandaraya Kuala Lumpur appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/mov-hotel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
39 Hotel Menarik Di Kuala Lumpur Penginapan Istimewa Luar Biasa

39 Hotel Menarik Di Kuala Lumpur Penginapan Istimewa Luar Biasa

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 178 hits
Apa sahaja yang anda inginkan semuanya ada di bandar ini sebuah kota metropolitan yang terkenal di seantero dunia Dari bangunan bersejarah kehijauan pokok pokok tempat makan yang best bangunan pencakar langit tempat membeli belah dan banyak...
Buffet Ramadan 2023 Iftar Kuliner Nusantara Di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2023 Iftar Kuliner Nusantara Di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 407 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKembali lagi dalam rancangan makan buffet apa hari ni Haha baiklah kali ini aku nak kongsikan sebuah lagi lokasi yang anda boleh datang dan jamah menunya pada bulan Ramadan yang bakal tiba ini Terletak di ...
Citarasa Buffet Dinner Di Citi Caf Cititel Hotel Kuala Lumpur

Citarasa Buffet Dinner Di Citi Caf Cititel Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 332 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah Bagaimana dengan puasa anda kali ini Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera Baiklah kali ini aku nak kongsikan lagi sebuah lokasi menarik un...
Nikmati Tradisi Semarak Rasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Ramadan Ini

Nikmati Tradisi Semarak Rasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Ramadan Ini

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 209 hits
Minggu lepas kak ana menyantuni undangan dari KLCC Convention Centre untuk sama sama memeriahkan preview buffet Ramadan di sana Kak ana pii dengan Adik Ika kali ni buat peneman Jemputan pun untuk plus one jadi bawa Adik Ika pula kali makan ...
Buffet Dinner 2023 Cititel Mid Valley Kuala Lumpur

Buffet Dinner 2023 Cititel Mid Valley Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 405 hits
Buffet Dinner 2023 Cititel Mid Valley Kuala LumpurBuffet Dinner 2023 Cititel Mid Valley Kuala Lumpur Assalamulaikum Salam Sejahtera guys Bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi Pasti ramai yang sedang mencari tempat makan menarik untuk...
Nak Tanya Netizen Sate Ini Murah Ke Mahal Atau Standard Netizen Akui Terkejut Melihat Harga Sate Di Kuala Lumpur

Nak Tanya Netizen Sate Ini Murah Ke Mahal Atau Standard Netizen Akui Terkejut Melihat Harga Sate Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 230 hits
Sate merupakan salah satu makanan tradisi rakyat Malaysia Sate yang dihidangkan dengan kuah kacang timun dan nasi himpit menjadi adunan lengkap sajian yang bukan sahaja menjadi makanan pada waktu biasa malahan menjadi hidangan popular semas...
Terapi Minda Di Museum Of Illusions Kuala Lumpur

Terapi Minda Di Museum Of Illusions Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 197 hits
TERAPI MINDA DI MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR Assalammualaikum semua Pada 18 Mac 2023 Ruby telah bawa anak anak dan suami ke Museum Of Illusions Kuala Lumpur Ruby dah lama plan nak ke MOI ni Sejak awal pembukaan pada 22 Jun 2018 Ini kera...
Stylofest Mega Raya 2023 Bakal Berlangsung Selama 73 Jam Tanpa Henti Di Pwtc Kuala Lumpur

Stylofest Mega Raya 2023 Bakal Berlangsung Selama 73 Jam Tanpa Henti Di Pwtc Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 257 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTahun 2023 ini pastinya hari raya aidilfitri diraikan dengan meriah oleh rakyat Malaysia Untuk mereka yang berada di Lembah Klang atau kawasan berdekatan ada berita baik untuk anda Kepada anda yang mungkin...
Matta Fair 2023 Pertama Kali Di Mitec Kuala Lumpur

Matta Fair 2023 Pertama Kali Di Mitec Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 301 hits
Kali ini sesuatu yang baru Untuk informasi semua Matta Fair 2023 Pertama Kali Di MITEC Kuala Lumpur Kalau sebelum ini ia sudah serasi dengan bangunan WTC KL namun untuk Matta Fair pertama tahun 2023 yang berlangsung pada 17 19 Mac ini di an...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian