Mou Bersifat Kuku Besi Ancaman Kuasa Autonomi Mp Apabila Mengundi




Klausa pengosongan kerusi serta merta terkandung dalam Perjanjian Persefahaman Kerjasama antara parti membentuk kerajaan perpaduan dibimbangi tidak berperlembagaan, kata seorang peguam.
Gabungan parti yang mendokong kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim, baru-baru ini, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) menjelang usul undi percaya, esok, yang secara efektif menghapuskan kebebasan mengundi secara individu sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat

Peguam Andrew Khoo, mengakui beliau ragu-ragu sama ada klausa pengosongan kerusi serta merta itu boleh dipertahankan di mahkamah mahupun dikuatkuasakan

“Tindakan itu menimbulkan persoalan besar jika Ahli Parlimen perlu meletakkan jawatan apabila tidak mematuhi arahan untuk mengundi dalam cara tertentu, melainkan parti berkenaan ada meminda perlembagaannya memasukkan klausa sedemikian,” katanya kepada FMT.
“Dengan klausa itu dimuatkan dalam MoU, ia sudah melanggar hak Ahli Parlimen untuk tidak bersetuju dengan parti mereka dan kita semua sedia mengetahui daripada pengalaman bahawa Ahli Parlimen tidak akan bersetuju apabila menyentuh perkara prinsip.
“Namun, kini mereka dikenakan tindakan hanya kerana menyatakan hak untuk tidak bersetuju. Ini tindakan ekstrem, selain membangkitkan persoalan serius mengenai bentuk demokrasi diamalkan di Malaysia.”
Khoo yang juga pengerusi bersama jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam, berkata tidak mengundi mengikut kehendak parti merupakan persoalan mengenai “tidak patuh kepada arahan parti” dan perlu diselesaikan secara dalaman oleh parti

Katanya, kebimbangan serupa berlaku pada parti politik berhubung klausa pengosongan kerusi serta merta dalam perlembagaan mereka, yang dilihat boleh dicabar di mahkamah

Khoo berpandangan, mahkamah berkemungkinan besar tidak akan membenarkan mana-mana parti politik yang mempunyai klausa seperti itu atas alasan bertentangan dengan hak asasi

Demi menjamin kerajaan perpaduan lebih efektif, Khoo ketika mengulas lanjut, berkata perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) diperlukan

Katanya, ia juga dilihat langkah lebih adil untuk mendapat sokongan Ahli Parlimen menyokong perdana menteri dan rang undang-undang yang dikemukakan kerajaan tanpa klausa pengosongan kerusi serta merta


 DAP & Amanah Pinda Perlembagaan Parti 
September lalu, komponen Pakatan Harapan, Amanah dan DAP meminda perlembagaan parti masing-masing agar wakil rakyat yang tidak mengikuti kehendak parti dalam isu diputuskan, secara automatik hilang keahlian

Ketika itu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, berkata pindaan itu dilakukan demi menyelamatkan parti daripada “lompang” Undang-Undang Anti-Lompat yang mana wakil rakyat dipecat parti tidak perlu mengosongkan kerusi mereka


 BERSIH bimang kandungan MoU 
Sementara itu, jawatankuasa pemandu Bersih, berkata ia “bimbang” dengan kandungan MoU itu yang menghendaki semua Ahli Parlimen mereka mengundi menyokong semua usul kerajaan merangkumi undi percaya dan rang undang-undang perbekalan

“Menyokong ‘semua usul’ dan tidak terhad kepada undi percaya dan rang undang-undang perbekalan memberi ancaman kepada kuasa autonomi Ahli Parlimen apabila mengundi. Bersandarkan kekuatan dua pertiga majoriti kerajaan, ia membuka ruang seluas-luasnya bagi pindaan Perlembagaan.
“Bersih menggesa mana-mana parti yang berhasrat meminda perlembagaan parti masing-masing mengehadkan kebebasan Ahli Parlimen mereka mengundi hanya untuk undi percaya dan perbekalan sahaja,” katanya dalam kenyataan.
Pada Jumaat, pemimpin lima parti politik menandatangani MoU di Pejabat Perdana Menteri, untuk menyokong kerajaan perpaduan dipimpin Anwar

Pihak yang menandatangani MoU itu membabitkan : Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Abang Johari Openg, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor dan Presiden Warisan Shafie Apdal.
Free Malaysia Today

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/12/mou-bersifat-kuku-besi-ancaman-kuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asyraf Wajdi Bela Mou Kuku Besi Semakin Serasi Dengan Ph Dap

Asyraf Wajdi Bela Mou Kuku Besi Semakin Serasi Dengan Ph Dap

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 206 hits
agendaily com17 12 2022Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki yang dulunya kuat menentang DAP kini semakin serasi dan mesra dengan parti yang menentang pemerintahan Islam di Malaysia Ketua Pemuda UMNO yang kalah tiga kali dalam pilihan raya ...
Mas Ermiyati Pemerintahan Kuku Besi

Mas Ermiyati Pemerintahan Kuku Besi

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 529 hits
Perjanjian persefahaman yang memaksa ahli Parlimen undi usul kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau kerajaan Pakatan Harapan Barisan Nasional dianggap tidak berperlembagaan dan akan membawa kepada pemerintahan di...
Kuasa Kawalan Gas Pindah Ke Sabah Disambut Baik

Kuasa Kawalan Gas Pindah Ke Sabah Disambut Baik

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 112 hits
Kerajaan negeri Sabah menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada negeri itu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bukti usaha bersungguh ...
Pindaan Akta Kerja 1955 Berkuat Kuasa 1 Januari Kata Menteri

Pindaan Akta Kerja 1955 Berkuat Kuasa 1 Januari Kata Menteri

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 178 hits
PENGUATKUASAAN Akta Kerja 1955 2022 yang sebelum ini ditangguhkan akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023 kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar Dalam sidang media di Putrajaya hari ini beliau berkata walaupun ada permintaan daripada pihak i
Pindah Kuasa Kawal Selia Bekalan Gas Langkah Realisasi Ma63 Kata Hajiji

Pindah Kuasa Kawal Selia Bekalan Gas Langkah Realisasi Ma63 Kata Hajiji

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 240 hits
KEPUTUSAN kerajaan persekutuan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah adalah satu langkah ke hadapan ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 kata Ketua Menteri Hajiji Noor Ketika mengalu alukan keputusan yang diumumk...
Video Gunung Semeru Erupsi Jepang Siaga Potensi Ancaman Tsunami

Video Gunung Semeru Erupsi Jepang Siaga Potensi Ancaman Tsunami

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 148 hits
Gunung Semeru Erupsi Jepang Siaga Potensi Ancaman Tsunami Gunung Semeru di Jawa Timur erupsi hingga mengeluarkan awan panas
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Online Presence Is Critical For Business

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Inovasi Teknologi Untuk Seragam Kerja Ramah Lingkungan

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord