Mou Benarkah Ismail Akan Muncul Wira Tak Terkalahkan Pru15 Soal Lim


malaysiakini.com

Diterbitkan: Sep 25, 2021 10:15 AM

Susulan perjanjian persefahaman (MOU) Pakatan Harapan dengan kerajaan, terdapat perbezaan pandangan dengan sesetengah pengkritik percaya kedudukan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dapat muncul lebih kuat

Perkara ini diakui veteran DAP Lim Kit Siang, namun katanya rakyat Malaysia perlu mengetepikan perbezaan mereka dalam menghadapi ancaman Covid-19.

Lim berkata dia yakin membantu Ismail Sabri untuk mengalahkan wabak itu tidak semestinya membuatkan perdana menteri tidak dapat dikalahkan.

"Teori bahawa Ismail Sabri tidak akan terkalahkan pada pilihan raya umum ke-15 jika kita membantunya memenangkan perang melawan pandemik Covid-19 mungkin tidak betul sama sekali.

"(Bekas perdana menteri UK) Winston Churchill seorang wira perang Great Britain ketika dia mengalahkan Hitler dari Jerman pada Mei 1945.

"Tetapi pada pilihan raya umum Julai 1945 di UK, Parti Konservatif pimpinannya dihancurkan oleh Parti Buruh, yang memperoleh kemenangan besar dengan 393 kerusi berbanding 197 kerusi Konservatif.

"Siapa yang akan menang PRU15 akan bergantung kepada siapa yang mempunyai visi untuk masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Lim yang juga ahli parlimen Iskandar Puteri menegaskan pembangkang tidak mengkhianati perjuangannya dengan menandatangani MOU tersebut.

“Inilah sebabnya mengapa salah satu syarat MOU keyakinan-pembekalan-reformasi (CSR) adalah pendedahan penuhnya, sesuai dengan prinsip-prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban kerana kami tidak memiliki klausa rahsia atau pemahaman selain daripada MOU CSR itu.

"Kami berada dalam politik kerana kami mempunyai visi untuk Malaysia menjadi negara yang lebih baik - sebuah negara hebat bertaraf dunia.

"Tetapi ini memerlukan perjuangan panjang bertahun-tahun lamanya dan bahkan beberapa dekad kerana ia tidak dapat dicapai dalam sekelip mata,” katanya.

Menurut Lim, beberapa isi kandungan dalam perjanjian MOU itu termasuk hal-hal yang diperjuangkannya selama lebih dari 50 tahun, termasuk undang-undang antilompat parti dan peruntukan yang sama untuk semua anggota parlimen.

"Sekarang, hal ini akan menjadi kenyataan.

“Wajarkah kami melepaskan peluang untuk merealisasikan beberapa idea dan cita-cita kami kerana keadaan politik yang unik, terutama pada saat negara menghadapi ancaman wujudiahnya - pandemik Covid-19 - dan memerlukan kesatuan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, wilayah atau politik untuk melawan musuh bersama ini," soalnya.

MOU itu akan menyaksikan kerajaan melaksanakan beberapa pembaharuan yang telah lama dituntut oleh pembangkang.

Sebagai pertukaran, PH bersetuju untuk tidak menghalang agenda perundangan Ismail Sabri yang dapat mempengaruhi kelangsungan pemerintahannya, seperti Belanjawan 2022.

Ini dengan syarat dia berunding dengan PH sebelum belanjawan dibentangkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/mou-benarkah-ismail-akan-muncul-wira.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mou Kerjasama Pn Ph Bukan Sokongan Mutlak Kepada Pm Ismail

Mou Kerjasama Pn Ph Bukan Sokongan Mutlak Kepada Pm Ismail

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 305 hits
Memorandum kerjasama yang ditandatangani antara Kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan pada 13 September lalu bukanlah memberi sokongan mutlak kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagaimana dakwaan se...
Saifudin Nasution Perbezaan Antara Csa Muhyidin Dan Mou Ismail Sabri

Saifudin Nasution Perbezaan Antara Csa Muhyidin Dan Mou Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 236 hits
Datuk Saifudin memberi pencerahan Mengenai keputusan PH yang setuju menandatangani MoU bersama Kerajaan Ismail Sabri
Ph Kerajaan Ismail Akan Meterai Mou Reformasi

Ph Kerajaan Ismail Akan Meterai Mou Reformasi

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 227 hits
PH kerajaan Ismail akan meterai MoU reformasi Pemimpin dari kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan mencapai persetujuan untuk menjalin kerjasama politik antara kedua dua blok dan akan memeterai satu memora...
Mou Kerajaan Dan Ph Jaminan Buat Ismail Sabri Kata Penganalisis

Mou Kerajaan Dan Ph Jaminan Buat Ismail Sabri Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 305 hits
MEMORANDUM persefahaman antara kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan bukan sahaja kepemimpinan dua pihak tetapi juga jaminan untuk perdana menteri baru kata penganalisis Ianya bersejarah kerana ini adalah pertama kali parti pemer...
Ph Kerajaan Pimpinan Ismail Sabri Tandatangan Mou Esok

Ph Kerajaan Pimpinan Ismail Sabri Tandatangan Mou Esok

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 300 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 12 2021 9 48 PMDikemaskini 10 02 PMPakatan Harapan dan kerajaan persekutuan pimpinan Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman esok Dalam satu kenyataan bersama wakil wa...
Defending Mou Kit Siang Believes Ismail Won T Be Unbeatable In Ge15

Defending Mou Kit Siang Believes Ismail Won T Be Unbeatable In Ge15

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 369 hits
DAP supremo Lim Kit Siang acknowledged the divided public opinion over Pakatan Harapan s decision to strike a memorandum of understanding with the government with some critics believing that Prime Minister Ismail Sabri Yaakob could emerge s...
Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 228 hits
September 14 2021 Saya tertarik dengan usaha terbaharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub yang membuat tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi memujuk Pakatan Harapan agar bertemu di meja perundingan dengan beliau...
Mou Bukan Penyebab Ismail Jadi Pm Kerajaan Perlu Bantuan Ph Kata Khalid

Mou Bukan Penyebab Ismail Jadi Pm Kerajaan Perlu Bantuan Ph Kata Khalid

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 384 hits
September 30 2021 MoU antara kerajaan dan PH bukan bermaksud pakatan pembangkang menyokong Ismail Sabri Yaakob menurut Khalid Samad PETALING JAYA Memorandum Persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan bukanlah penyebab Ismail Sabri Yaa...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti