Moratorium Tamat Tidak Dilanjut Kerajaan Tunduk Kepada Bank



Kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melanjutkan tempoh moratorium selama 3 bulan lagi selepas berakhir tempoh 6 bulan pada 30 September ini amat mengecewakan rakyat.
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan PN sewajarnya mempertimbangkan situasi ekonomi yang kurang memberansangkan ketika ini dan mengambil cadangan Pakatan Harapan bagi melanjutkan moratorium demi mempertahankan sektor industri kecil dan sederhana yang terpukul teruk akibat pandemik Covid 19.
Anwar juga kecewa terhadap keterbatasan usaha pihak bank menghubungi 8.3 juta peminjam di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas keupayaan membayar balik pinjaman.
“Menurut laporan terkini, bank-bank secara umumnya telah menghubungi seramai 1.4 juta peminjam. Di mana sejumlah 380,000 dari angka tersebut telah memohon untuk lanjutan pinjaman dan bantuan kewangan.
“Dari 380,000 itu, sebanyak 98% telah diberikan dukungan kewangan oleh institusi bank. Meski saya puji langkah tersebut, namun yang seharusnya diambilkira terdapat 8.3 juta peminjam di Malaysia.
“Secara ringkasnya, bank-bank hanya dapat berhubung dengan 17% dari jumlah keseluruhan peminjam. Angka ini mencerminkan betapa kerajaan dan institusi bank masih belum memahami sentimen keseluruhan para peminjam.
“Saya gesa kerajaan segera mengkaji semula langkah ini (kutipan bayaran pinjaman), dan melaksanakan moratoriun pinjaman secara bersasar, dengan fokus utama kepada peminjam yang berpendapatan rendah serta pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana.
“Kita belum nampak sebarang dampak pemulihan yang berkesan, terutamanya dalam aspek sumber pendapatan golongan berpendapatan rendah, atau aliran masuk yang stabil kepada pengusaha-pengusaha kecil di Malaysia. Kelas peminjam seperti ini mesti diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga tidak dapat menerima alasan mengatakan sektor perbankan akan mengalami kerugian sekiranya tempoh moratorium dilanjutkan.
Katanya, kerajaan perlu membentangkan keuntungan sektor perbankan di Parlimen dan tidak terlalu tunduk kepada pihak bank.
Menurut Anwar, bank-bank perlu berkorban ketika rakyat dalam kesusahan dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
“Kerajaan dan institusi bank mesti menonjolkan ketelusan dalam soal kecairan (liquidity) serta keuntungan terkini dan membentangkannya di Parlimen supaya ahli-ahli Parlimen dapat merencana, mencari jalan dan dapat memungkinkan kebijakan yang munasabah dan menyeluruh,” katanya lagi.
Selain itu, Anwar turut melahirkan kebimbangannya terhadap peningkatan mendadak jangkitan Covid 19 sejak dua minggu kebelakangan ini.
Katanya, jika negara dirempuh oleh gelombang kedua Covid 19 maka hal itu akan menyukarkan lagi pemulihan ekonomi.
“Dalam perkembangan lain, saya ambil maklum terkait jumlah jangkitan Covid-19 yang kini telah mencecah 11,000 kes, dan jumlah kes yang aktif telah melepasi 1000 untuk pertama kali sejak pertengahan bulan Jun lalu.
“Kita mungkin akan dirempuh gelombang kedua wabak ini, dengan sekurang-kurangnya 20 kluster baru yang aktif. Ini bukan perkembangan yang baik pada ekonomi kita untuk jangka pendek, dan ini bermakna kita harus terus memikir dan mendukung golongan berpendapatan rendah yang semestinya akan terkesan,” katanya lagi.
Untuk rekod, moratorium selama 6 bulan bermula pada Mac lalu berakhir hari ini.
Mulai esok peminjam perlu menjelaskan hutang mereka kepada pihak bank seperti biasa. Namun isu yang membimbangkan ialah perniagaan kecil dan sederhana yang kurang mampu bertahan mungkin akan menutup perniagaan dan meningkatkan lagi jumlah pengangguran yang kini mencecah 800,000 orang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29930

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pn Gagal Lanjut Moratorium Tunduk Kepada Bank

Kerajaan Pn Gagal Lanjut Moratorium Tunduk Kepada Bank

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 249 hits
Kegagalan kerajaan Perikatan Nasional melanjutkan tempoh moratorium selama 3 bulan lagi selepas berakhir tempoh 6 bulan pada 30 September ini amat mengecewakan rakyat Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan PN sewajarnya...
Anwar Lihat Kerajaan Lemah Sebab Tak Lanjutkan Moratorium Yang Tamat Hari Ini

Anwar Lihat Kerajaan Lemah Sebab Tak Lanjutkan Moratorium Yang Tamat Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 253 hits
Esok 1 Oktober 2020 tiada lagi penangguhan bayaran balik pinjaman bank atau moratorium yang diberikan kerajaan sebelum ini untuk meringankan beban rakyat Malaysia dalam menghadapi Covid 19 Dalam pada itu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahi...
Abim Gesa Kerajaan Pn Lanjutkan Moratorium Pinjaman

Abim Gesa Kerajaan Pn Lanjutkan Moratorium Pinjaman

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 228 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia menggesa kerajaan Perikatan Nasional melanjutkan tempoh moratorium pinjaman bank yang berakhir pada September lalu Hal itu kerana situasi gelombang kedua pandemik Covid 19 yang mungkin menyaksikan sekali lagi n...
Sebanyak 98 Permohonan Moratorium Lanjutan Bantuan Bank Secara Bersasar Diluluskan

Sebanyak 98 Permohonan Moratorium Lanjutan Bantuan Bank Secara Bersasar Diluluskan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 381 hits
Orang ramai yang masih belum membuat permohonan lanjutan moratorium diseru untuk membuat permohonan segera sebelum moratorium automatik berakhir hujung September ini menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menerusi siaran langsung ...
Anwar Ibrahim Kerajaan Mesti Tonjolkan Ketegasan Terkait Isu Moratorium Pinjaman Bersasar

Anwar Ibrahim Kerajaan Mesti Tonjolkan Ketegasan Terkait Isu Moratorium Pinjaman Bersasar

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 233 hits
KENYATAAN MEDIAKERAJAAN MESTI TONJOLKAN KETEGASAN TERKAIT ISU MORATORIUM PINJAMAN BERSASARAdalah sangat mengecewakan dengan keputusan kerajaan tatkala tidak melanjutkan moratorium pinjaman selama tiga bulan seperti yang digesa Tidak semesti...
Pemimpin Sarawak Nafi Mereka Beri Sokongan Untuk Anwar Ibrahim Tubuh Kerajaan Baharu

Pemimpin Sarawak Nafi Mereka Beri Sokongan Untuk Anwar Ibrahim Tubuh Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 389 hits
KUCHING Pemimpin Gabungan Parti Sarawak menafikan mereka menyokong ketua pembangkang Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan negeri akan t...
Menteri Kabinet Sangkal Dakwaan Anwar Dapat Sokongan Bentuk Kerajaan Baharu

Menteri Kabinet Sangkal Dakwaan Anwar Dapat Sokongan Bentuk Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR Beberapa menteri kabinet memanfaatkan media sosial masing masing untuk menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan persekutuan yang b...
Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Lemak Ayam

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Jamal Abdillah Marah Anak Berkubang Tempat Lembu Minum Kena Marah Pun Comel

Bagi Anak Guna Gadget Terlalu Awal Ini Akibatnya Yang Ramai Menyesal

Ubi Kayu Goreng

Design Dan Cetakan Kad Perniagaan Sentuhan Pertama Yang Berkualiti