Monolog Hati Buat Arwah Adik Tersayang



Assalamualaikum wbt...Saya masih terbayang semasa kami lima beradik berkumpul. Dari kecil lagi, kami berenam termasuk ummie sentiasa makan bersama-sama, dan tradisi itu terus kekal hinggalah masing-masing sudah berumah tangga. Tidak kira waktu makan pagi, tengah hari ataupun malam, kami akan duduk mengelilingi meja, menikmati makanan sambil bersembang. Kadang kala cerita kami meleret hingga lupa pada masa, sampailah ummie terpaksa menegur kami supaya cepat solat atau mandi. Di bahagian dapur rumah itulah saksi betapa rapatnya hubungan kami adik-beradik.
Seperti kebanyakan adik beradik yang lain, di waktu kecil ada kalanya kami bergaduh. Namun pertelingkahan itu tidak pernah berpanjangan. Hanya beberapa jam sahaja kami bermasam muka, selebihnya kembali ketawa bersama. Itulah indahnya ikatan kami berlima—seakan tidak mampu berjauhan hati walaupun seketika. Mungkin sebab kami semua selalu bersama, jadi pertelingkahan antara adik beradik memang tak pernah berpanjangan.. 
Setelah kami semua meningkat dewasa, suasana  tetap tidak banyak berubah. Kami tetap mencari ruang untuk makan bersama dan berbual panjang hingga melewati waktu. Walaupun arwah merupakan seorang bujang dengan dunianya sendiri, dia tetap mengutamakan keluarga, tetap mendahulukan kami adik-beradik dan ummie.
Ada satu memori yang selalu menjengah setiap kali saaya menatap bilik ketiga di rumah saya nie. Bilik itu pernah menjadi permintaan arwah. Dia sering menyebut mahu ada privasi jika bertandang ke sini. Salah satu sebab saya membuat renovation rumah adalah semata-mata untuk menunaikan permintaan arwah dan akhirnya saya dapat menunaikan permintaan arwah..  Dan setiap kali arwah datang ke sini bersama ummie dan yang lain, tidak pernah gagal dia mengajak saya untuk berjalan-jalan, kebiasaannya saya hanya menemani mereka shopping ke Nilai 3.. Tetapi detik kecil itulah yang kini menjadi besar dalam kenangan.
Saya selalu bergurau dengan adik-beradik, malah di status WhatsApp pun sering saya tulis: “Inilah dua bodyguard saya dunia akhirat.” Mereka inilah tempat saya bersandar, tempat untuk saya merasa selamat. Namun kini, hanya tinggal seorang bodyguard yang masih ada. Rasa kehilangan itu begitu mendalam, seperti sebahagian dari diri saya telah tercabut pergi.
Setiap hari Jumaat, abang arwah yang merupakan adik lelaki kedua tidak pernah lupa untuk menziarahi pusara. Bersama dengan anak-anaknya, mereka akan membaca Surah Yassin dan mendoakan kesejahteraan roh arwah. Saat melihat perkongsian gambar ziarah dalam group Whatsapp, hati saya tersentuh. Saya tahu, abangmya itu menyimpan duka yang sama. Kehilangan itu bukan hanya dirasakan oleh saya, tetapi juga oleh dia dan seluruh keluarga kami..
Kini, saya, ummie, abah, serta adik-beradik yang lain masih berusaha menerima takdir ini dengan hati yang redha. Ada masanya kami kuat, ada masanya air mata tumpah tanpa disedari. Kehilangan seorang insan yang begitu rapat tidak pernah mudah, apatah lagi bila setiap kenangan masih segar di ingatan.
Kenangan waktu kecil bersama arwah sentiasa bermain di fikiran. Walaupun kami adik-beradik sering bergaduh kecil, namun arwah selalu menjadi orang yang cepat mengalah. Dia jenis yang tak suka memanjangkan cerita, cukup sekadar melihat kami kembali ketawa bersama. Kadang-kadang, dialah yang jadi pencetus suasana riuh dalam rumah. Dengan gurauan spontan dan tingkah nakalnya, rumah kami tidak pernah sunyi.
Saya masih ingat, setiap kali cuti sekolah, kami adik-beradik akan berkumpul di dapur, sama-sama membantu ummie menyiapkan makanan dan makan bersama-sama. Tapi sama seperti kebanyakan adik beradik, kadang kala keletah nakal yang ingin terus bermain dan tak mahu makan membuatkan timbul rasa geram... Tapi bila dipanggil ummie, dia akan tersenyum, tunduk dan akur. Kenangan sekecil itu kini terasa besar nilainya, kerana semuanya hanya tinggal dalam ingatan.
Malah, masa kecil dulu, bila kami terlalu leka bermain dan bersembang, ummie selalu menegur supaya segera mandi dan solat. Saat itu, arwah antara yang paling lambat bergerak, membuatkan kami semua ketawa. Gelagatnya sering jadi bahan usikan, tetapi itulah yang membuatkan zaman kecil kami penuh warna.
Kini, setelah arwah tiada, setiap memori lama itu bagaikan harta yang tidak ternilai. Walaupun air mata kadang tumpah saat mengenangnya, saya tetap bersyukur kerana diberi peluang melalui detik-detik indah itu bersama arwah. Semoga kenangan ini menjadi penguat semangat untuk saya dan adik-beradik lain dalam meredakan rasa rindu yang tidak pernah hilang.
"Ya Allah, rahmatilah roh adikku sejak dari kecil hingga ke akhir hayatnya. Ampunilah segala khilafnya, terimalah amalnya, dan tempatkanlah dia di syurga yang abadi. Kurniakanlah kekuatan kepada kami yang masih hidup agar tabah menerima takdir-Mu, serta jadikanlah kenangan indah ini sebagai pengikat hati yang menguatkan kami sekeluarga. Amin Ya Rabbal ‘Alamin."
LUAHAN JURNAL = CATATAN 24 JULAI 2025 -KENANGAN TERAKHIR
LUAHAN JURNAL = HADIAH TERAKHIR YANG ABADI DALAM INGATAN

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2025/11/monolog-hati-buat-arwah-adik-tersayang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Monolog Jiwa Gertak Hati

Monolog Jiwa Gertak Hati

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 188 hits
Monolog Jiwa Gertak Hati Kadang kadang aku rasa terlalu kerdil Terlalu lemah hingga setiap langkah perlu disuap dengan harapan yang samar Adakalanya perasaan itu datang tanpa undangan senyap lembut lalu menguasai ruang dada Mata memandang m...
Bahasa Hati Mengapa Aku Menjadi Adik

Bahasa Hati Mengapa Aku Menjadi Adik

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 160 hits
Mungkin orang heran kenapa aku bahasakan diri adik Kenapa aku tanya umur seseorang masa mula kenal Tapi orang tak tahu setiap perkataan yang aku pilih setiap gelaran yang aku guna setiap soalan yang aku tanya semuanya ada alasannya Aku baha...
Hati Menjadi Tenang Setenang Masjid Nabawi

Hati Menjadi Tenang Setenang Masjid Nabawi

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 253 hits
Assalammualaikum Dunia Selesai ziarah luaran Madinah para jemaah boleh buat aktiviti bebas Tempat solat lelaki Ni jugakNi dibahagian luar 2 begadikAlhamdulillah selepas puas bermain pasir di Arab Saudi huhuuhuuu orang main pasir kat tepi pa...
Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 255 hits
Klik Iklan Hebat Hillton Klik iklan dari laman Blogger kerana tertarik dengan posisi Hilton Hotel seluruh Dunia termasuk Hotel Hillton di Malaysia Lalu ternampak harga atau kos Hotel terkemuka juga di Malaysia di Kuala Lumpur Cuba lah klik ...
Ameng Spring Afif Tirmizie Yulia Kamelia Sampai Hati Chord

Ameng Spring Afif Tirmizie Yulia Kamelia Sampai Hati Chord

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 162 hits
F E E F m D F m Tergamaknya dirimu menghiris hatiku F m F A dim Bm A Tidakkah di hatimu punya perasaan E A D A Bm Sampainya hatimu meninggalkan aku G dim C Di manakah janjimu yang setia F m D Bm Betapa sepinya perjalanan ini B Em G Di kiri ...
Hiburan Orang Ketiga Pinned Gambar Anak Anak Isteri Nubhan Luah Rasa Hati Tak Perlu Beria Sangat Wahai Orang Luar

Hiburan Orang Ketiga Pinned Gambar Anak Anak Isteri Nubhan Luah Rasa Hati Tak Perlu Beria Sangat Wahai Orang Luar

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 232 hits
Isteri kepada penyanyi dan usahawan Nubhan Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menegur tindakan seorang individu yang didakwa menyemat gambar anak anaknya di media sosial tanpa kebenaran Menerusi perkongsian di Dr Afifah memuat naik tangkap laya...
Diuji Gugur Derita Kanser Kisah Wanita Ini Runtun Hati Ramai

Diuji Gugur Derita Kanser Kisah Wanita Ini Runtun Hati Ramai

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 185 hits
Diuji Gugur Derita Kanser Kisah Wanita Ini Runtun Hati Ramai Seorang wanita bergelar isteri pastinya menantikan detik paling indah dalam hidup saat rahimnya mula dihuni oleh versi kecil dirinya dan suami Namun tidak semua perjalanan menuju ...
Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 266 hits
SAH ISRAEL CURI ORGAN RAKYAT PALESTIN Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza Dr Munir Al Barsh mengesahkan Israel mencuri organ dari sebahagian daripada 315 jenazah yang dipulangkan mereka Hasil siasatan mendapati ada kesan bedah anggota...
Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Best Recipetin Beef Ribs

4fingers For Lunch

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Meneroka Kepelbagaian Dalam Keterasingan

Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara