Molek Dr Mahathir Berhenti Layan Budak Yang Disifatkan Bodoh


SUSUPAN PETANG

SAYA rasa bukan sahaja saya yang serabut perut atau mual dengan perbalahan, kata mengatakan di antara Dr Mahathir Mohamad dengan seorang anak raja di bahagian Selatan sana. Orang lain juga mual dengan apa yang berlaku. Pertelingkahan dan kata mengatakan itu tidak memberi manfaat pun kepada pembangunan bangsa dan negara ini.

Si anak raja itu cuba hendak menunjukkan kekuasaan institusi diwarisinya serta mempamirkan kononnya raja juga berjasa kepada negara. Manakala Perdana Menteri pula cuba mempertahankan hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi daripada diganggui oleh kekuasaan seorang raja. Itu sahaja yang menjadi motif disebalik perbalahan mereka berdua itu.


Perkara itu pun, soal batas dan kuasa di antara PM dengan raja-raja sebenarnya sudah ada dalam kitab kehidupan negara. Kenapa dipersoalkan lagi? Kalau kedua pihak menghadami perlembagaan dan adat tradisi tidak sepatut berlaku perbalahan itu.

Tetapi ego manusia tidak mudah untuk mencapai kata penyelesaian. Ego inilah yang mencelakakan keadaan dan boleh merosakkan orang lain dan negara juga.

Dalam hal ini saya kira ia tidak akan berhenti, kalau tidak ada salah satu pihak bersikap tawakus atau pun mendiamkan diri - menjadi lebih cerdik daripada salah seorangnya. Dr Mahathirlah bagi saya wajar untuk mendiam diri dan tidak melayan anak raja itu. Beliau juga sudah tahu akan fiil perangai anak raja seorang ini. Jadi untuk apa beliau terus melayannnya.

Atau pun Mahathir ada maksud lain maka beliau terus mengusik-usik anak raja itu? Apakah ia seperti mengusik anak kucing yang kemudian mengheretnya ke dalam parti kebencian?

Rakyat tidak senang dengan apa yang berlaku. Sepatutnya Perdana Menteri tidak berhadapan dengan kerenah seperti itu. Ia sedikit sebanyak memberi gambaran yang kerajaan pimpinan Mahathir kini semacam bermasalah. Anak raja itu juga seharus sedar diri dan tahu menilai keadaan.

Mungkin Dr Mahathir seronok kerana ada "spring partner" untuk terus melakukan exercise mentalnya agar terus kuat dan dapat menjalankan tugasnya untuk membaiki negara yang dijahanamkan oleh Najib Razak.

Mungkin begitu. Dr Mahathir pernah mengakui beliau akan jadi lebih kuat, berani kalau berhadapan dengan cabaran dan ancaman. Jadi dalam hal ini saya melihat anak raja itu adalah cabaran buatnya.

Kalau ya pun untuk melakukan latihan bagi menguatkan minda demi negara, carilah pesaing lain, yang lebih cerdik. Ini kerana Dr Mahathir menyifatkan anak raja itu sebagai "budak bodoh", yang tidak tahu apa yang dia cakap. Kalau sudah tahu dia bodoh kenapa dilayan? Jangan-jangan penyakit bodoh itu sudah berjangkit kepada Mahathir?  [wm.kl.4:30 pm 06/05/19]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/05/molek-dr-mahathir-berhenti-layan-budak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tmj Ini Budak Bodoh Dr Mahathir

Tmj Ini Budak Bodoh Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1008 hits
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sepatutnya berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai perkara perkara di luar pengetahuannya kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Walaupun Dr Mahathir tidak mengkritik Sultan Johor Sultan Ib...
Dr Mahathir Tmj Budak Bodoh

Dr Mahathir Tmj Budak Bodoh

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 894 hits
Seperti yang dilaporkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sepatutnya berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai perkara perkara di luar pengetahuannya kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Walaupun Dr Mahathir tidak mengkriti...
Dr Mahathir Anggap Tmj Bodoh

Dr Mahathir Anggap Tmj Bodoh

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 425 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini menggunakan bahasa paling keras terhadap Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan menggelar Tunku Mahkota Johor itu atau TMJ sebagai bodoh sekali gus mengancam untuk menghangatkan lagi sengketa terbuka antara mereka b...
Tun Mahathir Sudah Patut Berfikir Untuk Berhenti Ketika Ini

Tun Mahathir Sudah Patut Berfikir Untuk Berhenti Ketika Ini

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 523 hits
Tahap penerimaan dan rasa puas hati rakyat terhadap Tun Mahathir Mohamad dan kerajaan terus merosot menjelang tempoh setahun beliau dan PH mentadbir negara ini Dalam kajian terbaru oleh Merdeka Centre peratusan rakyat yang berpuas hati terh...
Tun Dr Mahathir Gelar Tmj Bodoh Sebab Tak Tahu Apa Yang Sedang Berlaku

Tun Dr Mahathir Gelar Tmj Bodoh Sebab Tak Tahu Apa Yang Sedang Berlaku

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 490 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggelar Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai bodoh sekali gus mengancam untuk menghangatkan lagi persengketaan di antara mereka berdua lapor TMJ ni budak kecil Dia bodoh sebab tidak t...
Senarai Projek Mega Mahathir Yang Bankrap Dan Kerajaan Bail Out Dengan Duit Rakyat

Senarai Projek Mega Mahathir Yang Bankrap Dan Kerajaan Bail Out Dengan Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 1137 hits
Semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4 banyak projek mega yang pernah dilancarkan telah bankrap dan kemudian terpaksa kerajaan bail out Musibah yang menimpa negara ini terdiri daripada pelbagai projek pengangkutan awam utama Lembah Kl...
Ilmu Pengetahuan Basic Hr Gaji Cuti Berhenti Kerja Probation Period

Ilmu Pengetahuan Basic Hr Gaji Cuti Berhenti Kerja Probation Period

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 1237 hits
Ilmu pengetahuan basic HR gaji cuti berhenti kerja probation period Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Saya tak pernah kerja keraajan atau di syarikat swasta apatah lagi di bahagian HR Tapi ada seorang lelaki ni Beliau mempunyai pe...
Berhenti Merunggut Berhenti Membawang Dah Tahu Susah Carilah Kerja Extra Chef Wan Sekolahkan Anak Felda Kaw Kaw

Berhenti Merunggut Berhenti Membawang Dah Tahu Susah Carilah Kerja Extra Chef Wan Sekolahkan Anak Felda Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 636 hits
Sudah sudahlah tu buat perkara tak mendatangkan hasil itulah kenyataan Chef Wan bagi mempertahankan pentadbiran Tun Mahathir dan Pakatan Harapan Menyifatkan Tun Mahathir sebagai hero Malaysia Chef Wan berkata sungguhpun kerajaan Pakatan Har...
A Talk With Pm Dr Mahathir Mohamad

A Talk With Pm Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 424 hits
The Star holding a special Interview with Dr Mahathir at Yayasan Al Bukhary The team consists of technical producer Juliana Fauzi executive content officer Rozaid A Rahman assistant news editor Zakiah Koya chief content officer Esther Ng an...
Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

Zra Kongsi Tawaran Diberikan Tentera Isra L Ketika Pintas Kapal Mengaku Salah Atau Dibicarakan Amp Dilokap

Tiga Kapal Global Sumud Flotilla Diculik Disabotaj Tentera Laut Israel

Star Expected To Quit Grs After Seat Sharing Dispute

Malaysia Retains Tier 2 Ranking In Us Human Trafficking Report


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pokok Bunga Kemboja Cina

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Kewujudan Zionis Kecil Di Malaysia Bawa Agenda Subversif Dan Semai Api Kebencian Perlu Dibanteras Unit Risikan Malaysia

Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Kotak Packaging Produk Fesyen Cara Buat Jenama Anda Lebih Menonjol

Adm789 22 December Adm789 Top 22 By Brianna