Kajian mengenai tahap puas hati rakyat terhadap kerajaan PH juga menunjukkan kemerosotan iaitu hanya tinggal 39 peratus saja lagi berbanding 79 peratus pada Mei 2018.Dapatan mengenai kemerosotan sokongan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang ganjil kerana di mana-mana saja luahan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan boleh didengari dengan mudah.Ia antara lain ialah kerana janji manifesto yang gagal ditunaikan, ekonomi yang masih tidak menentu, tiada peluang pekerjaan dan kos sara hidup yang tidak banyak berubah, selain prestasi menteri-menteri yang mengecewakan.Apa yang dialami oleh Tun Mahathir dan kerajaan ketika ini sebenarnya tidak banyak berbeza dengan apa yang berlaku kepada Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak sebelum ini.Pak Lah mengalami peningkatan sokongan rakyat yang ketara dalam PRU 2004 sebaik mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir pada 2003.Bagaimanapun, disebabkan kepimpinannya yang lemah dan kerosakan yang diakibatkan oleh “budak-budak tingkat 4”, beliau mula ditolak secara perlahan-lahan sehingga akhirnya BN hilang majoriti dua pertiga pada PRU 2008.Ssbelum PRU 2008, banyak desakan agar Pak Lah berundur awal, tetapi beliau menolak. Hanya setelah hilang majoriti dua pertiga dan lima negeri terlepas ke tangan pembangkang, barulah beliau kemudian setuju mengadakan peralihan kuasa kepada Najib pada 3 April 2009.Kepimpinan Najib pada awalnya juga diterima baik oleh rakyat, tetapi akibat terlalu banyak skandal dan suka bermewah oleh ahli keluarganya, beliau turut mengalami kemerosotan sokongan.Berikutan skandal demi skandal terdedah, Najib tidak terkecuali mengalami desakan agar meletakkan jawatan demi menyelamatkan masa depan UMNO.Ketika itu banyak kajian mendapati sokongan rakyat terhadapnya jelas menurun, tetapi Najib tidak pernah peduli dengannya.Beliau, UMNO dan BN akhirnya dikalahkan oleh PH pada PRU14 yang diadakan pada 9 Mei 2018.Nampaknya kini giliran Tun Mahathir pula mengalami kemerosotan sokongan dan rasa puas hati rakyat terhadapnya.Dalam hal ini dan sebelum terlambat, ada baiknya juga Tun Mahathir mula berfikir untuk mengundurkan diri daripada jawatannya.Tidak perlu lagi beliau menunggu tempoh dua tahun sebelum menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya yang telah dipersetujui, Anwar Ibrahim,Sekali rakyat hilang kepercayaan, ia bukan mudah untuk dipulihkan. Jalan terbaik ialah mengundurkan diri dengan segera demi menjaga nama baiknya setelah ketiadaannya nanti.Tun Mahathir mesti belajar daripada sejarah Pak Lah dan Najib, jika tidak beliau juga berpotensi untuk ditolak sama dengan penuh kehinaan oleh rakyat yang tidak lagi meyakini dan mempercayainya. (Shahbudindotcom 26/04/2019)| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |