Sup Fungus Jika Diamalkan Selalu Kulit Jadi Anjal Glowing Awet Muda


Sup fungus memang elok diamalkan bukan hanya untuk kecantikan sahaja tetapi juga kesihatan. Biasanya ramai kaum Cina mengamalkan sup ini. Sup fungus juga ada dalam minuman sarang burung yang dijual di pasaran.
Penjagaan dalaman juga amat penting selain penjagaan luaran kerana untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik, dalaman kita juga perlu sihat. Oleh itu selain mengamalkan rutin penjagaan wajah yang betul, amalan suplemen juga amat penting. Dalaman yang sihat mampu menjadikan penampilan kulit lebih sihat dan berseri.
Memang banyak tersedia suplemen di pasaran namun anda juga boleh mengamalkan suplemen yang anda buat sendiri. Menggunakan bahan-bahan semula jadi tentunya anda tahu tentang bahan-bahan yang digunakan. Antara suplemen yang anda boleh amalkan ialah sup fungus.
Berikut dikongsikan resipi sup fungus yang digabungkan bersama bahan premium lain seperti kurma merah cina (Chinese Red Date), rooibos, American ginseng dan goji beri.
RESIPI SUP FUNGUS
BAHAN BAHAN:
40 gram snow fungus
7-10 red dates (boleh lebih)
Sedikit american ginseng
1 uncang rooibos tea
6 cawan air
80 gram gula batu (boleh lebih)
20 gram goji beri

CARA-CARA MEMBUAT:
1.Pastikan red date, goji beri dibasuh sebelum menggunakannya.

 

2. Boleh rendam red dates di dalam air suam selama 5 minit dan kemudian buang bijinya.
3. Rendam snow fungus dalam air panas seketika. Dalam 7-10 minit.
4. Kemudian, buang air dan gunting snow fungus dapur menjadi kepingan yang lebih kecil dan kemudian potong bahagian berkerak kekuningan di bahagian bawah.
5. Rebus snow fungus bersama sama red dates dan american ginseng. Perlahan api.

6. Selepas beberapa minit masukkan pula gula batu. Bagi yang tidak mahu gula batu, sebagai pemanis boleh ganti madu atau stevia. Tapi jika mahu letak madu, pastikan madu letak selepas semuanya direbus dan selepas api ditutup. Jangan letak madu waktu api masih menyala. Kurang khasiatnya nanti.

7. Setelah beberapa minit dan gula batu cair, masukkan pula goji beri. Goji beri ini jika masuk terlalu awal akan menyebabkan terlebih masam.

8. Masukkan teh rooibos. Rooibos ini hanya sampingan. Tak mahu letak pun tak apa. Tapi disebabkan banyak khasiat, maka cikgu suka masukkan rooibos.

 

9. Setelah bahan sudah lembut, tutup api. Boleh hidang untuk satu famli makan. Sedap dan berkhasiat.

Setiap bahan ini mempunyai manfaat yang baik antaranya;
SNOW FUNGUS
*Cegah kanser
*Untuk kulit yang sihat
*Bagus untuk Kesihatan jantung
*Rawat keletihan
*Kuatkan sistem imun
*Kuatkan otak/daya ingatan dan rawat penyakit Alzheimer
*Bantu masalah diabetes
*Kulit jadi anjal dan awet muda
*Kurangkan keradangan
*Bantu cepatkan proses penyembuhan luka
CHINESE RED DATE
*Kaya dengan Vitamin C
*Mempunyai fungsi melindungi Hati
*Membantu mengurangkan kolesterol
*Meningkatkan sistem ketahanan badan
*Membantu mengurangkan risiko barah
AMERICAN GINSENG
*Kaya dengan antioksidan
*Kurangkan keradangan
*Bagus untuk otak
*Bantu tingkat sistem imun
*Melawan keletihan
*Meningkatkan tenaga
*Bantu turunkan gula dalam darah
ROOIBOS
*Bantu turunkan kolesterol jahat
*Tingkatkan kolesterol ‘baik’ pada mereka yang berisiko terkena penyakit jantung.
*Kaya antioksidan
*Mencegah kanser
GOJI BERRY
*Vitamin, mineral dan antioksidan
*Kawal gula dalam darah
*Cantikkan kulit
*Turunkan berat badan
*Melawan penuaan (awet muda)
*Melindungi dari kanser
Selain mengamalkan suplemen, makanlah makanan yang berkhasiat. Melalui pemakanan yang sihat, kecantikan wajah akan lebih terserlah.
Sumber kredit: Sarifa Redzuan II
 
The post Sup Fungus Jika Diamalkan Selalu, Kulit Jadi Anjal, Glowing & Awet Muda appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sup-fungus-jika-diamalkan-selalu-kulit-jadi-anjal-glowing-awet-muda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Che Ta Kekal Langsing Awet Muda Umur Nak 50 Pinggang Secekak

Rahsia Che Ta Kekal Langsing Awet Muda Umur Nak 50 Pinggang Secekak

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 162 hits
Rozita Che Wan atau dikenali juga sebagai Che Ta dikenali kerana penampilannya yang anggun dan gaya fesyennya yang menarik perhatian Che Ta sering berkongsi tip kecantikan dan fesyen di media sosial menjadikannya inspirasi kepada ramai pemi...
Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kering Tekstur Krim Pelembap Muka Jenis Water Based Buat Muka Lembap Glowing

Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kering Tekstur Krim Pelembap Muka Jenis Water Based Buat Muka Lembap Glowing

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 368 hits
Jadi orang perempuan ni banyak nak kena jaga bab kulit muka kan Sebab itu first impression kebanyakan orang tengok pada kita Nak tak nak memang kena invest la untuk pastikan kulit muka kita in tip top condition Paling nak elak sekali dah te...
Biji Selasih Limau Kasturi Jadikan Minuman Harian Badan Segar Wajah Awet Muda

Biji Selasih Limau Kasturi Jadikan Minuman Harian Badan Segar Wajah Awet Muda

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 188 hits
Biji selasih rupanya seakan akan biji chia apabila direndam di dalam air Walaupun bersaiz kecil sebenarnya terdapat banyak khasiat dalam biji selasih Kebiasaannya biji selasih dicampur dalam minuman seperti air sirap lemon atau katira Menur...
Petua Untuk Anak Muda Yang Mahu Berkahwin Tetapi Masih Tak Kahwin Kahwin Lagi

Petua Untuk Anak Muda Yang Mahu Berkahwin Tetapi Masih Tak Kahwin Kahwin Lagi

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 355 hits
Sedikit perkongsian tentang berfikiran positif Kisah ini adalah pengalaman dalam bab nak kahwin yang telah saya lalui Bagi yang belum berkahwin saya tujukan artikel ini khas untuk anda Sembang urusan kahwin ni kalau umur masih muda mungkin ...
Muhadjir Soal Gibran Jadi Cawapres Anak Muda Harus Diberi Jalan

Muhadjir Soal Gibran Jadi Cawapres Anak Muda Harus Diberi Jalan

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 150 hits
Prinsip saya yang muda harus diberi kesempatan untuk berada di depan ujar Muhadjir
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan