Mohon Pengampunan Najib Modal Pn Tawan Prn Kata Penganalisis


 
Umno akan memohon agar Yang di-Pertuan Agong mempertimbang memberi pengampunan diraja kepada Najib Razak, selepas didapati bersalah dalam kes rasuah SRC International. (Gambar AP)PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik menyifatkan keputusan Umno memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong terhadap bekas presidennya Najib Razak menjelang PRN sebagai langkah “tidak bijak”, kerana seolah-olah memberi senjata politik kepada pembangkang menyerangnya.
James Chin.James Chin dari Universiti Tasmania mendakwa sentimen majoriti rakyat ketika ini menentang pengampunan diraja terhadap bekas perdana menteri itu, yang pada 31 Mac lalu gagal dalam usahanya menyemak keputusan panel Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda.
Hukuman itu dijatuhkan atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah berhubung dana SRC berjumlah RM42 juta.
Chin berkata, ia mungkin boleh menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada PRN selain menjejaskan imej Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang setakat ini hanya memberi maklum balas “tidak timbul konflik kepentingan membabitkan dirinya yang berada dalam Lembaga Pengampunan”
-ADVERTISEMENT-Ads by “PN boleh ambil kesempatan dengan memberitahu orang Melayu yang Umno masih belum berubah dan sokong budaya rasuah, asalkan dapat bantu Najib,” katanya kepada FMT.
James juga mempersoalkan waktu permohonan pengampunan diraja itu dibuat kerana Najib masih berdepan dengan beberapa lagi pertuduhan yang prosidingnya masih berjalan di mahkamah.
“Mungkin persidangan Lembaga Pengampunan tidak dipanggil langsung (untuk memberi pengampunan kepada Najib) kerana kes lain masih berjalan,” katanya.
Najib ketika ini berdepan perbicaraan kes pengubahan wang haram dana SRC International berjumlah RM27 juta, penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pecah amanah ke atas harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).
Pada 3 Mac lalu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan daripada tuduhan meminda laporan audit 1MDB.
Jumaat lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bersetuju menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembah permohonan pengampunan diraja kepada Najib kerana parti itu percaya beliau dinafikan keadilan.
Azmi Hassan.Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berpandangan isu berkenaan dijangka tidak memberi kesan teruk kepada peluang Umno dalam PRN di enam negeri kerana permohonan pengampunan itu dibuat berdasarkan pandangan seorang hakim bahawa Najib tidak mendapat keadilan yang sepatutnya.
“Jadi ini berbeza dengan Umno menyokong penyalahgunaan kuasa, walaupun empat hakim mengatakan Najib bersalah namun dengan satu penghakiman berbeza memberi kekuatan kepada parti itu untuk memohon pengampunan,” katanya.
Azmi merujuk kepada penghakiman minoriti setebal 78 muka surat dikeluarkan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli pada 31 Mac yang menyatakan Najib tidak mempunyai representasi undang-undang apabila panel Mahkamah Persekutuan mendengar dan menolak rayuannya dalam kes rasuah SRC International.
Sehubungan itu, Azmi berkata, kempen PN menggunakan isu itu mungkin kurang berkesan dan gabungan Bersatu serta PAS sepatutnya lebih menyasarkan kepada PH yang bersekongkol dengan Umno dalam permohonan pengampunan untuk Najib. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/mohon-pengampunan-najib-modal-pn-tawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengampunan Najib Umno Guna Desakan Politik Kata Muhyiddin

Pengampunan Najib Umno Guna Desakan Politik Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 452 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 9 2023 2 03 PMBekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mendakwa Umno menggunakan desakan politik dalam usaha mendapatkan pengampunan diraja untuk bekas presidennya Najib Razak Muhyiddin berkata permohonan penga...
Pengampunan Najib Boleh Runtuhkan Kerajaan Kata Kit Siang

Pengampunan Najib Boleh Runtuhkan Kerajaan Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 255 hits
PEMIMPIN veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa Kerajaan Perpaduan boleh runtuh sekiranya bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan diraja Menjelaskan pendapatnya itu Kit Siang melihat masalah yang dihadapi...
Tuduhan Muhyiddin Sebenarnya Tekanan Politik Halang Pengampunan Najib Kata Puad

Tuduhan Muhyiddin Sebenarnya Tekanan Politik Halang Pengampunan Najib Kata Puad

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 191 hits
Puad Zarkashi berkata Muhyiddin Yassin sebenarnya yang melakukan tekanan politik bagi menghalang pengampunan diraja Najib Razak PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno menafikan tindakan partinya meminta pengampunan diraja untuk bekas perdana m...
Najib Kekal Dalam Penjara Boleh Gugat Prestasi Ph Bn Di Prn

Najib Kekal Dalam Penjara Boleh Gugat Prestasi Ph Bn Di Prn

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 260 hits
Oleh Adam MalikKemunculan maklumat maklumat baru berkaitan isu Nazlan dan pendirian Ketua Hakim Negara membela nya membuat ramai rakyat meluat dan mula persoal keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak Sepatut nya pemerintah bersama gabungan Pa...
Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan Diraja

Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan Diraja

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 605 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak akan mengemukakan penghakiman menentang oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli kepada Yang di Pertuan Agong dalam permohonan petisyen pengampunannya Bekas Perdana Menteri itu memfailk...
Umno Mohon Agong Beri Pengampunan Penuh Pada Najib

Umno Mohon Agong Beri Pengampunan Penuh Pada Najib

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 299 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 7 2023 5 51 PMUmno akan menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh kepada bekas perdana menteri Najib Razak Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata Yang di Per...
Apa Denyut Nadi Rakyat Dalam Isu Pengampunan Ke Atas Najib

Apa Denyut Nadi Rakyat Dalam Isu Pengampunan Ke Atas Najib

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 570 hits
Kes Najib melibatkan wang rakyat Perbicaraan melibatkan masa dan wang rakyat Selepas didapati bersalah sudahkah Najib memohon maaf kepada rakyat dan negara Image negara dan rakyat di mata dunia tercemar melibatkan Najib sebagai punca Najib ...
Rundingan Kerusi Prn Ujian Semangat Kerjasama Kerajaan Perpaduan Kata Mca

Rundingan Kerusi Prn Ujian Semangat Kerjasama Kerajaan Perpaduan Kata Mca

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 215 hits
RUNDINGAN kerusi untuk Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang disifatkan sebagai ujian bagi melihat bagaimana semangat kerjasama kerajaan perpaduan dapat diterjemahkan kata Presiden MCA Wee Ka Siong Bagaimanapun beliau berkata setak...
Calls For Reforms Must Be Sincere And Not For Political Mileage Hafiz Hassan

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Barasuara Terbuang Dalam Waktu Chord

2 Skim Perkhidmatan Tentera Gred Z Sspa Tahun 2024

Refugee Voices In Humanitarian Response

Meerqeen Nafi Bercinta Dengan Qasrina Karim

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Disuruh Pun Tapi Saya Jaga Anak Remy Ishak Kongsi Peranan Sebagai Suami Bapa

Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Kibar Jalur Gemilang 2025

Aesthetic Clinic Malaysia Top Treatments What To Expect In 2025

Upgrade Laptop Lama Anda Supaya Laju Macam Baru Kos Bawah Rm300

Tenanglah Jodohmu Tak Pernah Tersalah Alamat

Incognito Philippines Drama